8.1.13

'Tanda' yang kadang-kadang kau tak terfikir tapi sebenarnya, fikir-fikirkan lah sekejap.

Pagi tadi tayar kereta aku dua-dua bocor ditebuk orang. Entah apa sebab si pentebuk tu menjadikan aku mangsa, tapi takpa, aku maafkan lah dia.

Semenjak akhir-akhir ni aku rasa hidup aku selalu berliku. Macam bersambung-sambung. Rezeki sedikit sempit. Dapat duit hari ni, hari ni kena keluar sebab masalah tak dapat di elak.

Kereta rosak, imac rosak, tayar bocor, mesin basuh rosak. Semua perlu duit. Aku stress ni.

Aku rasa sesak. Mula-mula aku tak terfikir apa kejadahnya lah yang melanda hidup aku ni. Dugaan ni semuanya kecik. Memang aku tak fikir lansung sebab musababnya. Benda-benda celaka yang berlaku di dalam hidup seharian, buat apa nak difikirkan sangat.

Tapi hari ni aku mula terfikir; terdetik

Apalah dosa yang aku buat sampai Allah murka dengan aku macam ni?

- Pakai baju ketat?
- Bersolek bukan untuk suami?
- Menggatal?
- Dedah aurat?
- Lengah solat?
- Jarang balik jenguk mak?
- Riak?

Kadang-kadang memang kau (manusia) tak sedar yang Allah sedang menghukum. Aku malas nak cakap lebih lebih kang semua dok sorak ke aku. Biasa lah manusia ni kalau sorang kawan yang dia kenal dah lama tiba-tiba cakap benda-benda kerohanian ni, mula la dia nak sama kan kau dengan Wardina la Bob Lokman la Abby Elite la.

Cuma betapa aku bersyukurnya sebab aku boleh terdetik macam ni daripada aku terus alpa dan Dia semakin murka lalu merentap benda yang lebih besar lagi.

Haih.












16 comments :

Anoneemus™ said...

Entry yg seswai untuk saya.

tanpanama said...

sabarlahhh kawan...

JuJuEE said...

neem, nk access to your blog

Rapunzeel Cikilolo said...

ini latihan untuk sifat sabar.

aku doa kamu. berjaya tempuh segala.

sya_zazoo said...

Allah nak tunjuk yang kita ada sekarang ni semua milik Dia termasuklah roh yang ada dalam jasad kita. Dia nak kebergantungan sepenuhnya pada dia.
Aku pun sedang alami benda yang sama.:(

faY said...

rasa nk muhasabah jugak ni.

x L S x said...

what can I say is sabar. :) dugaan Allah membuatkan kau dekat denganNya :)

Wanita Mutalib suka Share Instagram's Pictures said...

tumpang juga kat sini LadyNoe.

Cik Neem, nak excess ke blog. boleh ker? terima kasih.. :)

Suraya Hafizi Jafar said...

Hehe. Bukan sebab menghukum je, tp mungkin sebab Allah sayang? Kan? Dia uji lebih kita redha, dapat pahala. Dia uji lebih kita sedar, meningkatkan takwa..

Myra said...

tak sure kesahihannya but

Saidina Ali ditanya bagaimana nak tahu hukuman atau ujian yg melanda, beliau jawab:

"Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah,kamu makin jauh dariNya, manakala ujian pula apabila kamu diuji Allah,kamu makin hampir dan dekat denganNya"

And Allah knows best

KonspiMaker said...

Memang betul ujian itu utk peringatan

Anoneemus™ said...

Noe, awak punya readers ni tak kasi email add macamana nak kasi access... :p

ELeEa said...

bertabah selalu ye =)

JuJuEE said...

neem, jurainimohdsalleh@yahoo.com

sorry noe, menyemak kat sini

wani said...

Hi Noe,sori sebok dekat awak punya comment box.

Hi Neem,boleh tolong add waniazmi1709@gmail.com

Nikie said...

As Salam Noe,

Ujian paling besar bilamana kita "jauh" dengan Pencipta. Syukurlah kita ada nikmat utk mengesan 'TANDA' tu.

Neem, add saya aminoha1981@yahoo.co.uk. TQ in advance

-MIZA-