25.3.13

Jom Jawab Emel #001 - Pasal Taubat

"akak, haritu saya ada terbaca kat blog akak yang pasal akak start pakai tudung tu... my question is, macam mana akak lawan nafsu dunia? lately saya terdetik nak cuba tutup aurat. tapi bila masuk shopping mall, tengok baju sini sana, nafsu membuak-buak, akak. teringin nak pakai baju ketat, baju singkat. semua nampak cantik. sungguh, saya nak berubah. tapi nafsu tu tetap ada, akak. macam mana ni?" - piya_kering@yahoo.com

Lama dah emel ni. 24 Oktober 2011.

Dik, kalau awak baca ni, maaflah saya delay lama nak reply. Kadang-kadang benda-benda camni nak kena fikir baru boleh jawab betul-betul. Kadang-kadang pikir lama pun belum tentu boleh jawab betul betul.

Sebenarnya, aku bukan lah contoh yang baik sangat kalau sebut bab aurat ni. Malu sungguh aku nak cakap yang aku pun sedang perlahan-lahan nak menutup aurat dengan sempurna. Baju pun ada yang ikut bentuk tubuh lagi. Mungkin sebab aku besar jadi susah nak terima hakikat yang pakai baju besar, akan nampak lebih besar. Masih pakai seluar nampak bentuk kaki. Masih pakai tudung tak berapa nak labuh.

Malu nya.

Tapi apabila berbalik kepada soalan "macam mana akak lawan nafsu dunia?", apa yang aku faham ialah, macam mana aku fight nafsu masa awal-awal nak pakai tudung dulu kan? Sebenarnya takde la fight sangat. Cuma semenjak akhir-akhir ni aku selalu rasa takut nak mati. Sedih mengenang nasib diri 'kat sana' nanti dengan berkoyan-koyan dosa yang dah sedia ada.

Memang kita boleh cakap "Allah maha pengampun, " Tapi kalau kau just cakap je Allah maha Pengampun dan tak buat apa-apa untuk mengharap keampunan Dia, pun tak guna jugak, aku rasa. Aku rasa lah.

Jadi basisnya mudah sahaja. Takutkanlah azab Allah.

Pun tidak lah aku cakap aku dah clean and clear sekarang. Tapi macam aku cakap, mari lah kita sama-sama perbaiki diri dan terus mengharap keampunan Dia.

 image googled

Tapi, tak dinafikan masa mula-mula pakai tudung dulu aku hadapi cabaran yang boleh tahan jugak. Antaranya bila ada segolongan orang yang cakap aku tak lawa pakai tudung. Bos aku cakap. Dan ada certain kawan lelaki aku cakap. Sebagai perempuan mesti la aku rasa tak best. Nafsu nak nampak lawa je depan semua orang lain lah katakan..Aku teringin kot nak berfesyen-fesyen rambut. Pakai kemeja lengan pendek ke pejabat macam dulu-dulu. Tapi bila aku fikir balik, memang pakai tudung/berhijab ni adalah untuk menyembunyikan kecantikan kita. Kalau nak tunjuk cantik sangat pun, tunjuk la depan suami je lah kononnya, fikir ku pada ketika itu. Ewah.

Pastu dugaan bila banyak baju tak sesuai nak pakai. Ye la aku banyak tshirt lengan pendek dan top yang leher besar. Jeans koyak rabak. Baju jarang-jarang. Aku tak suka sangat nak pakai kardigan nanti nampak lengan besar. Tapi aku langgar je la apa yang ada dalam almari. Nak revamp sekaligus memang takdok pitih. Aku henjutkan aja lah apa yang ada. Bukan ada orang peduli pun. Tak tau la kot kalau kat sekitar aku ada polis fesyen. Lantak la korang, kata hati aku.

Pastu dugaan tak reti nak menggayakan tudung. Padahal mudah je. Tak perlu fesyen pun. Tapi nak jugak nampak urban kan. Tak patut sungguh. Jadi memang cam harom sikit la gaya tudung aku. Badan besar. Shawl singkat. Toleh sikit nampak leher. Serabai gila. Tapi bila aku start berjinak dengan pashmina yang lebar-lebar sikit, baru la solve problem tu satu persatu.

Pastu aku hadapi dugaan dari segi kepantasan waktu bersiap. Kalau dulu sarung jeans, sarung baju, bela-bela rambut sikit, and done. Tapi sekarang,  Lepas sarung seluar baju, kena pakai tudung. Tudung kedut kena gosok. Siapa yang memang hobi memang menggosok baju, mungkin tak kisah lah. Tapi aku paling benci nak gosok pakaian. Kat situ dah makan banyak waktu. Time tu memang hati aku merungut la.

Dan dugaan paling klimaks sekali ialah bila kau tengok orang sekeliling kau masih berfesyen lagi. Fesyen bukan lah isu. Sekarang pun ramai hijabista dengan fesyen pelik-pelik. Tapi aku tak gemar la. Maksud aku ialah apabila aku nampak fesyen yang aku rasa nak ikut. Contoh macam legging, skinny colored jeans, pencil skirt, vintage style, mode style, retro dan macam-macam lagi. Sesekali aku shopping nak beli seluar, bila sarung nampak dah OKay, rasa macam stylo, tapi macam tak sesuai pulak dengan imej wanita muslimah. Ketat sangat. Rasa tak semenggah tak semena-mena.

Apa pun, sebagai manusia memang hari-hari kita berperang dengan nafsu dan bisikan saitan. Lawankan lah. Jaga solat. Mohon Allah bagi kekuatan. Mohon Allah pelihara kita dari kembali melakukan dosa lama. Doa doa doa doa doa.

Itu je lah kot.

Dah la Piya Kering. Aku tak boleh nak panjang sangat bercerita bab-bab keagamaan ni nanti orang cakap aku macam Abby Abadi pulak. Apa pun aku harap, the moment kau baca semua ni, kau sudah pun menjadi seorang muslimah yang sedang berusaha melawan nafsu membuka aurat.

Amin.

Bagi menghiburkan jiwa lara akibat Monday Blues, meh la dengar lagu ni barang seminit dua.





14 comments :

@Fr!^n@ said...

kewl giler entri ini!!!
selamat menjalani ibadah di hari isnin..

Jihad fisabillah :)

NURUL JAMIAN said...

aku pun masih belajar menjadi wanita muslimah yang tidak keterlaluan. dan sekarang ni mcm terfikir2 nak pakai sarung kaki (stoking) sebab ada tgk kawan aku dah start pakai stoking tak nak nampak aurat kaki. tapi hati aku tak cukup kuat lagi. InsyaAllah kalau hati aku dah betul2 kuat mungkin satu hari nanti aku pakai stoking mcm kawan aku tu. Mana tahu kan?

:: Mrs.Eady :: said...

entry yg sgt baguss....!

Innanie | Ariffin said...

kalau tak keberatan, saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin menyentuh hati pembaca blog akak dan mungkin boleh mmbantu si penghantar emel.

http://www.coklateyes.my/2012/12/kenapa-saya-tak-tutup-aurat.html

Nurza Diana said...

Saya dulu pun macam akak. Saya sbnarnya dh lama niat nk pakai tudung tp masa tu sy dilema sbb org2 yg rapat dgn saya which is my family, semua tak berhijab...saya jadi macam.."kalau aku pkai tudung, mak aku tak..apa org ckp nnt?" Masa tu sy terfikir mcm tu..satu lagi, sy terfikir apa reaksi n pandangan cousin2 saya nnt kalau sy pakai tudung..tp sy cuba ketepikan semua tu...sy pakai jugak and alhamdulillah tak lama lepas saya pakai tudung, mak dan adik sy pun ikut pakai tudung..

Pasal fashion plak mmg dugaan..sama mcm akak, teringin jugak nk pakai coloured pants bagai..tp figure besar..nnt sendat sana sini..mcm tak sesuai je..
Nak ikut fashion hijabista tu semua tak minat..

Sy kuatkan diri utk terus berhijab dgn fikir yg saya buat ni utk Allah s.w.t, kebaikan diri sy dn utk ayah sy..sy fikir smpi bila dia nk tanggung dosa sy tak pakai tuduhg..

Apa2 pun sy masih belajar lg..

ELeEa said...

masih dalam proses utk jadi muslimah yang baik

Nursaila Norman said...

akak, apa akak rasa ni saya sedang rasa skrg..saya bru seminggu lebih bertudung..mmg dtg perasaan down bila berhijab dgn btl sbb xboleh dh nak berlegging,ketat metat..maksudnya rasa diri sendiri x up to date, x berfesyen..sampai satu tahap semalam (ahad) bila jln2 tgk baju terus rasa 'kalau xbertudung mesti cantik pakai baju ni' damn!

tiba2 dekat rmh suami cakap slow dekat sblh sambil tgk tv..dia cakap saya dh xmcm dulu,pakaian dh x up to date mcm dulu..dh mcm wanita biasa2..ms tu mcm down jgk..

suami sambung lagi ayat dia 'tp bila b fikir2 blk,xpelah..umur kita pun bkn muda lagi..mmg sesuai la berubah pun..'

sobs! ingat dosa n allah byk2 mesti syaitan susah nak hasut sgt..hehe!

farhana shamsuddin said...

lets do it together.. slow2

Anoneemus™ said...

Rasa nak nangis.

Ladynoe™ said...

Neem: nak nangis sebab nukilan atau sebab lagu?

Nurul Nadiah+Khairil Syazwan said...

Entri yang jujur Noe! Jom sama2 yuk jadi lebih baik

meen said...

Bestnya baca.. ramai nak brubah kepada lebih baik.. Ingatlah satu, hidup ini bukan utk dunia sahaja. Ganjaran lawan nafsu ini di akhirat esok...

Reen Tart Nenas said...

saye dulu pun free hair. alhamdulillah, skang dah berubah. tp masih cuba berubah. susah nak berubah yg penting kena ada sokongan org sekeliling. lagi satu, solat pun penting. bila cukup solat, perasaan ko nak togel balik mesti x jadi pasal ko akan rasa sia2 ko solat tp x tutup aurat. sama2 kita cuba dan usaha :)


*dugaan beso saye bila tengok minah saleh pakai jeans ketat and shirt putih and rambut beralun2. alangkah cantik kalau aku dpt pakai camtu kembali *eih

Farha Nilna said...

exactly apa yang saya rasa and fikirkan selalu. Oh Allah, kuatkan lah semangat dan imanku... :)