9.3.13

Neutralizer


Hai. Lama tak berbual tentang kisah hidup manusia sekeliling. Asyik sibuk cerita pasal diri sendiri dan bsnes Herbalife je sejak kebelakangan ni. (kofkofkof)

Sebenarnya apa yang aku nak tulis kali ni dah lama bermain dalam kepala otak aku. Sengaja aku taknak luahkan sebab aku takut tersalah ayat kang tetiba je ada orang nak terasa yang bukan bukan. Ye lah, kadang-kadang niat kita baik, baik baik baik tapi sebutir ayat kau silap sampai mati lah orang mark kau.

tapi takpe, kali ni korang anggaplah aku dah malas nak simpan benda yang bermain dalam kepala aku ni lagi sebab bukan sekali, bukan dua, bukan tiga, tapi banyak kali aku jumpa fenomena yang sama yang aku nak cerita ni.

Sebagai seorang anak, sebagai seorang menantu, sebagai seorang insan, pernah tak korang jadi tempat meluah perasaan mak mak korang? Tentang segala benda. Tentang keresahan jiwa dia. Tentang kesedihan sanubari. Tentang cerita duka dia. Tentang rasa senang dia. Tentang terharunya dia. Tentang kecewa, gembira dan macam-macam lah? Pernah?

Aku selalu.

Mak aku aku adalah kawan aku yang paling akrab. Dia senang berbual dengan aku, dan aku adalah pendengar dia yang setia. Begitu jugaklah sebaliknya. Selalu cerita yang dia kisahkan adalah benda yang dah pernah berlaku. Benda yang baru nak dilakukan. Benda yang baru niat niat je. Benda yang dia anggap anggap. Gosip liar. Gosip jinak. Dan macam-macam lagi lah.

Dan seperti tipikal wanita tua yang dah jadi ibu ni, setiap cerita dan tutur disertakan dengan penuh emosi. Kalau dia gembira sangat dengan anak-anak dia yang lain, dia bercerita dengan tangis syukur. Kalau dia berduka apatah lagi. Memang macam tu lah resmi orang tua yang bergelar ibu. Modal kami adalah air mata. Air mata tu mengukuhkan situasi. Menguatkan imaginasi pendegar.

Dan aku rasa normal kot dalam banyak-banyak cerita yang dikongsi ada je kisah tentang rasa tak puas hati terhadap menantu di dalam hati mak mak ni. Silap sikit, mesti nak salahkan menantu yang kadang-kadang tak ada kena mengena. Kadang-kadang bukan lah mak aku nak menyalahkan pun, tapi kecenderungan dia nak drag ipar-ipar aku dalam satu permasalahan tu memang adalah.

Aku perhati benda ni jadi bukan kat mak aku je. Kat mak orang pun aku pernah dengar cerita. Kat mak orang sana. Orang sini. Orang sinun. Normal. Even aku pun pernah diburuk-burukkan oleh mak orang lain. Padahal kadang-kadang permasalah tu takde kena mengena dengan aku. Ada yang twisted story. Ada yang cerita direka-reka. Biasalah kita bukan hidup berurusan berkawan dengan nabi. Memang kadang-kadang ada sikit perangai lahanat orang yang memburuk-burukkan dibelakang kita pun tak tau.

Tapi apakah kita sebagai anak, sebagai orang muda, sebagai pemimpin yang masih kuat, masih cerdas akal fikiran, sebagai khalifah di bumi Allah ni wajar lakukan? Adakah kau kena tambah serbuk lada itam kat mata mak kau supaya dia akan menangis lebih kuat? Adakah kau kena iyakan segala cerita mak kau? Adakah kau kena tiba-tiba melompat mengentan macam orang tak waras? Penat belajar sampai degree master sekali hal remeh bodoh camtu pun kau tak boleh nak digest?

Aku bagi satu contoh;

Satu hari mak kau mengadu yang kakak ipar kau telah membolot hampir separuh gaji abang kau yang menyebabkan abang kau papa kedana macam dah miskin sangat dah. Macam-macam mak kau cerita, menantu queen kontrol lah, takut bini lah, bini tak guna lah, manusia tak boleh bawak bertolak ansur lah dan macam-macam lagi. Bila kau tanya, "Mana mak tau ni?" Mak kau jawab "Kawan satu opis abang kau si Samat yang bagitau," sambil air mata berjuraian di pipi. Kau pun percaya. Terus kau fuck akak ipar kau gila babi. Kau kata, patut lah abang kau pokai je. Patut lah selama ni kau mintak tolong duit kat dia, dia tak dapat nak bagi. Patut lah itu patut lah ini.

Nasihat aku, kau tenangkan lah mak kau. Jangan simbah petrol. Entah dari mana cerita si Samat samdol ni sengaja bukak kau pun tak tahu. Seeloknya kau neutral kan lah perasaan mak kau. Bagi dia view yang lebih positif. Kalau hafal hadis, kau bacakan hadis sekali. Aku tak hafal, so selalunya aku hanya akan jadi neutralizer je lah. Optimistik sikit. Tah-tah abang kau ada hutang dengan bini dia sampai 100-200ribu. Kau mana tau. Nak suruh kau tanya sendiri dengan abang or bini dia, confirm kau tak mau. So be rasional la.

Contoh kedua;

Mak mertua kau cerita dengan kau yang dari awal berkahwin dia dah ajak anak lelaki bungsu dia tu tinggal bersama serumah. Tapi mak mertua kau cakap, BINI anak dia tu taknak. Sampai hati taknak tinggal sama-sama? Sombong. Belagak. Tanak campur orang. Taknak hormat orang tua. Sambil menangis-nangis sedih la tu konon. Lepas tu kau pun tanya "Ye ke mana mak tau?" dan mak mertua kau kata "Amar sendiri yang cakap, bini dia taknak," lalu kau pun percaya. Malah kau terus bingkas pegi dapur kupas mangga buat colek untuk makan sambil sambung bergosip. Dah lah kau taknak tanya sendiri kat biras kau tu, malah, kau percaya and mark biras kau yang tak tau menau.Padahal bini si Amar ni tak pernah tau menau pun pelawaan mak mertua kau tu.

Jadi lah neutralizer. Bukan batu api. Kadang-kadang, separuh lelaki, oleh kerana mengenangkan tanggungjawab dia kat mak dia kekal hingga ke mati dan taknak lukakan hati dan perasaan mak sendiri, dia nak selamatkan bontot dia, dia hulur bontot bini dia.

Contoh 3

 "Kenapa taknak balik kampung Rashid?" "Isteri saya la mak...susah sikit lah nak ajak dia balik kampung.."
Ha lepas tu mak kita yang dengar camtu, habis lah punah jiwa dia sebab anak laki dia lebih ikut cakap bini. Padahal time mak dia call tu, Rashid tengah bersungguh main gem tembak-tembak kat PS3. Pastu malam pulak Rashid nak tunggu cite Twilight Saga kat HBO. Kalau balik kampung, rumah mak takde Asrto HBO. Disebabkan takut mak sendiri kecewa dengar alasan bodoh dia, Rashid bagi lah sebab konon bini dia yang taknak balik kampung, misalnyaaaa...Padahal bini Rashid tengah berzikir lepas solat Zohor tak tau apa-apa.

Yang kau pun bijak sangat pegi tambah serbuk cili, cili padi, lada sulah dalam lauk yang dah memang banyak lada hitam. Lebih malang lagi kalau kau memang pernah isu dengan orang yang diperkatakan. Apa lagi semakin menyala lah api. Ingat, isu kau, isu kau. Kalau iyapun kau tak suka seseorang tu, jangan lah terlalu bersangka buruk sampai semut mati pun kau nak salahkan dia.

Soalannya, korang nampak tak impikasi BESAR yang bakal terjadi akibat dari contoh-contoh yang aku bagi ni?

Kita mungkin tak segagah Saidina Umar. Atau selantang Fatimah Az-Zahra. Kalau kita tak mampu atau tak mau nak berdepan bersemuka nak tanya kedua belah pihak, sekurang-kurangnya kau jadi la NEUTRALIZER dalam mentaliti dan emosi orang-orang tua kita. Tenang kan dia. Terangkan kemungkinan disebalik perkara yang dah jadi, dan kau pun tak payah lah nak simpan tanggapan buruk tu sekali dalam benak kau.

Kita ni pahala dah lah tak banyak. Takkan lah nak tambah.................................korang sambung la sendiri.

Kan aku dah cakap jangan tonton sangat drama Rashid Sibir tu....




17 comments :

faY said...

susah nak puaskan hati semua org ni. haishhh

HoNEybUneE said...

Kalo saya mintak izin sharekan entry ni kat fb saya boleh x noe?

Nursyahida Osman said...

Isu tanak duduk ngn mertua tuu wuu

Ladynoe™ said...

Boleh. Silakan.

Anoneemus™ said...

Adik ipar I tanya hubby 'kenapa abang tak gi surau?'

Jawapan dia 'sbb kak neem tak suka duk rumah sorang2.'

Banyak je yg jawapan sbb neem tak suka tu, neem tak suka ni. Mmg kita lah yang paling buruk perangai, berlagak, sombong dan high maintenance.

xxxxxxxx said...

Everything is morally justifiable save for the final 'conclusion'. The message in this entry most prolly has been reiterated many times over the course of his career. It depends on how one would perceive the cup of tea...half-full or half-empty.

aslina majid said...

Kesian rashid sibir. Drama dia dipersalahkan.

Haha!

Shahada Fauzi said...

betol tu noe..kalau kite ni jenis orang tua suka mai ngadu seeloknya kita jadi seorang yang boleh meneutralkan geldak jiwa dorang..bukan menjadi batu api..

nurul qaseh said...

mak sy slalu ckp..dia xde kwn lain nk blh diprcyai utk mgadu hal kcuali kami adik bradik..tp org yg slalu dicari bl ade hal,dia akn cr sy wlaupn hal2 yg sekecil kuman..cth: adik sy slalu bgn lmbt..tiap2 hari dn stiap kali itu,mak akn kol sy mngadu dia bengang dgn adik sy..mgkn dia nk sy nasihatkn adik sy atau skadr ingin brbual dgn sy.jwpn yg slalu sy bg:'mak sbrlah ye..ni sume dugaan..'dn mak sy akn jwb, 'ko ni asyk ckp cmtu j,cbe la mrhkn adik ko tu..'..pulak?mgkn mak xsmpai ati nk mrh adik..positif2..

Wan Yusnira Wan Jusoh said...

setuju noe. kite anak perempuan ni macam ni la. jd menantu perempuan pun bukan la perkara mudah.

kalau jadi tempat mengadu, tadahkan la telinga. jd pendengar. ada yg boleh diiyakan, ada yg eloknya diamkan saje. akak ni pun bukan la menantu yg perfecto tp cuba jgk buat benda yg mertua suka. dan kdg2 ada benda yg kita tak suke/puas hati, cuba la bersabar. paling kuat pun luahkan pd suami & mak sendiri je.

esok lusa kita pun akan ada kat tempat mak & mertua kita (insyaAllah kalau panjang umur). ada anak & menantu. apa yg kita buat kt dorg akan dapat balik kat kita nanti. so cuba la buat benda yg menyenangkan hati dorg, bukan kusutkan lg keadaan.

kha said...

perasaan kena hina, kena cerca itu hanya Tuhan saje yang tau..

liza aziz said...

setuju dengan noe!

mizzleen said...

boleh sy share kat fb?

Unknown said...

Mohon utk share Kat fb ye sis! Post Sgt mantap :)

. said...

kak noe. i always adore cara akak bagi nasihat. macam itula yang senang nak cakap so akak da cakap semua dengan words yang rasa dah halus habis dah. as always, saya mohon share.

Shepha said...

selalunya kalau sy balik sebulan sekali,mama dah kumpul story utk dihamburkan sepanjang malam. kadang2 cerita ulangan pun tp disbbkan kita jarang balik, layankan jela.

ada satu tu, mama cerita ada la dia gundah gulana hal2 harta tanah sekangkang kera kat kampung nun.sy cuba jd se-neutral mungkin,dan berkata,"alah ma, tanah sekangkang kera, setakat boleh buat kuboq ja, ma dok susah hati buat penat ja"

rasa mcm dah cukup neutral -__-"

bulan depan dapat mak mentua, harap2 boleh neutral jugak ah HAHA

Irfa said...

terbaik Noe
ada jugak kisah ni dlm kehidupan akak
huhu