25.4.13

Oh Plateau!

Kebanyakkan masalah yang biasanya dihadapi oleh orang yang sedang menurunkan berat badan ialah plateau.

Plateau ni macam sejenis fenomena jahat yang akan men-demotivated kan hampir 90% orang yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ramai yang akan berhenti dari usaha yang sedang dijalankan. Ada yang bersenam akan berhenti bersenam. Yang menyalahkan produk. Dan ada yang, mungkin, fikir diri ditakdirkan gemuk selamanya.

Plateau selalunya berlanjutan selama 2-8 minggu. Ya, ada yang meroyan 2 bulan sebab berat tak turun turun. Tapi percayalah, kalau korang keep on berusaha, sampai satu tahap, berat kau memang akan jatuh.

Kawan pejabat aku yang tengah consume Herbalife pun sudah mengaduh benda yang sama. Macam tu jugak la orang yang di bawah coach aku. Malah aku pun pernah menghadapi masalah yang sama. Tapi macam biasa, aku memang selalu beri komitmen untuk kasi mereka ni semua tak jatuh semangat untuk teruskan usaha.

Kalau korang perasan, mula-mula aku blog tentang Herbalife, aku cerita berat aku 69kg. Masa tu sebenarnya aku tengah Plateau. Berat aku statik kat 69kg dalam tempoh sebulan lebih sebenarnya. Aku pun mengaduh jugak. Sebab berat 69 kilo ni macam kat tebing-tebing gitu. Kau makan lebih sikit, naik balik 70kg. Aku taknak lagi dah jadi warga 70-an i tell u. Jadi, aku punya plateau memang berlanjutan sampai 4 minggu. 

Plateau ni adalah apabila badan kau dah tau apa yang kau sedang buat. Bagi yang ambil Herbalife, badan kau macam dah faham, yang kau tengah kontrol kemasukan kalori dalam badan. Dah faham yang pagi kau ambil hanya 200calori, snack 100 kalori, tengahari 600-800 kalori, snack lagi 100 kalori dan malam shake pun 200 kalori. 

Mula-mula badan kau mungkin memberi kerja sama nak loose weight. tapi lama-lama dia dah agak macam kerekkk sikit taknak bekerja sama dengan usaha yang sedang dijalankan. Jadi, apa yang kita kena buat ialah kena 'trick' sikit badan kita supaya ia kembali ke trek asal untuk kita capai target kita.

Jadi, ini adalah tips tipikal untuk kita beat si plateau jahat ni. Tak semestinya korang kena buat semua sekali gus, tapi kena cuba mana satu yang berkesan dengan badan kita. Yang penting kamu jangan putus asa dengan apa yang diusahakan, dan just stay on track. Cuma perlu main trick sikit je iaitu;

1) Kurangkan makan.


Kalau sebelum ni makan tengahari stok belasah kuah masak lemak cili api, ayam goreng tepung kfc dan sambal yang berminyak sangat tu, apa kata ubah, kepada lauk yang lite. Nasik, with mooOOre sayur dan ayam or ikan yang kurang minyak.

Or subway? Or capati? Or Soto? Or Nasik lauk tomyam? Or apa-apa lah yang korang rasa lebih ringan dan rendah kalori dan lemak dari yang sebelum ni.

2) Makan Banyak Sikit.


Dey minachi?! Tadi kata makan sikit?! 

Ya, tapi tengok kes dulu. Lain orang lain cara. Tip yang ini adalah untuk mereka yang makan sikit-sikit. Contoh; sebelum ni tengahari dia makan sandwich je ke..atau jenis fobia nasik ke.. Korang kena tau yang kalau pengambilan kalori yang terlampau sikit sangat pun tak membantu untuk badan membakar lemak yang ada. Dari 1200 kalori setiap hari, cuba korang anjak ke 1600-1800 pulak. Bagi yang ambik Herbalife, korang just perlu adjust meal lunch korang je. Cuba dalam seminggu or dua. Tengok hasilnya.

Atau mungkin korang boleh ubah kekerapan snacking? Dari 3 jam sekali, kepada 2 jam sekali?

3) Berhenti Bersenam Sekejap


Bagi yang rajin bersenam, aku cadangkan korang rehat sekejap dalam seminggu or dua or tiga. Kalau ketagih jugak bersenam, mungkin korang boleh kurangkan sikit. Contoh, kalau dah biasa jogging 5km, untuk sementara waktu, cuba jogging less than 5km. ATAU;

4) Cuba teknik senaman yang baru


Daripada berjoging, cuba berbasikal pulak? Atau berenang? Atau latihan angkat berat?

5) Banyakkan Lagi MINUM AIR


Kalau dah biasa 3 litre, cuba add 1 litre lagi. Aku sedar ramai orang bagi alasan kat bab minum air ni. Berita sedih untuk orang yang malas minum air.. usaha anda.. TAKKAN menjadi..kalau masih fail bab ni. Sekian.

6) Banyakkan Aktiviti Fizikal


Ini yang paling aku suka. Infact dalam banyak-banyak tips, aku praktikkan yang ini dulu lah untuk lawan plateau ni. Aku tingal di tingkat 16. Jadi setiap selepas balik kerja aku akan naik tangga sampai tingkat 10. Sampai sekarang pun aku masih praktikkan benda ni kalau time tengah rajin lah. Tapi takde la sekali gus aku panjat sampai 10 tingkat. Mula-mula aku dapat panjat sampai 3 tingkat je. Tu pun rasa macam nak pecah dada aku. Seminggu aku naik sampai 3 tingkat je. Minggu depan aku try sampai 5. Kemudian tinggi lagi tinggi lagi. Sekarang memang sampai tingkat 10.

Siapa yang nampak aku tercungap-cungap mintak nyawa tu, korang abaikan je lah.

And..it works! Selepas sebulan aku praktik benda ni, from 69 berat aku turun 67.5kg.

7) Banyakkan tidur dan berehat


Bila kita kurang tidur, sebenarnya akan memperlahankan kadar metabolisme dan menyimpan banyak lagi lemak. 

8) Adjust snack. 

Kalau sebelum ni biasa snack biskut, mungkin boleh mula snack makan buah je?


------


Sekarang berat aku 66kg. Tapi mesti ada buffer. Timbang selepas makan jadilah 67.5kg gitu. Sebab tu aku selalu pesan kat orang, nak timbang, pagi-pagi selepas bangun tidur, selepas kencing/berak sebelum minum or makan apa-apa. BMI aku dah 23 which ideal. Tapi kalau boleh aku nak turun lagi sampai 62-64kg. Tobat tanak berat-berat lagi dah.

Current weight 65 - 66kg. 

Kebanykkan kita lebih nak tengok angka di mesen penimbang. Sama la aku pun. Tapi sebenarnya kita kena fikirkan jugak yang fat loss tak sama dengan muscle loss. Kadang-kadang kita perasan seluar kita dah longgar. Tapi kenapa berat statikkkkk ni??! Be cool. As long as korang dah buat ikut jalan yang betul, tak perlu nak risau banyak sangat.

Cuma kena sabar banyak sikit.

Penimbang memang jahat. Jangan jumpa dia selalu. 2 minggu sekali pun dah cukup kalau gian sangat nak naik atas dia.

Fuh panjangnya. Sebelum habis, korang layan la gamba-gambar kat bawah ni. Kot boleh menguatkan lagi semangat korang ke.


Hensem sudah.


Fuiyyoooo dari nampak atok atok terus nampak ahkak ahkak gitu.




HURRY UP!
:D



Sumber:



5 comments :

cikcoklat a.k.a Haiza said...

hoi..xtahan tgk hat xxl leh jd s...ni y stress nih..diet d mulut..tapi makan dok mcmtu jugakk..adoiiiiii...

Hikari said...

penimbang tak jahat nor.. cuma tak reti menipu.. LOL!!

Mahirah Ridzuan said...

pasal penimbang tu kategori sy la tu... suka beno naik atas dia tiap2 hari... so sy kena lepaskan gian utk jumpa 2 minggu sekali...

Puisi Artikel said...


Engkau bagaikan cahaya
Yang menerangi jiwa
Dari segala gelap dunia

Engkau adalah setetes embun
Yang menyejukan hati
Hati yang ditikam kebodohan
Sungguh mulia tugasmu Guru
Tugas yang sangat besar

Guru engkau adalah pahlawanku
Yang tidak mengharapkan balasan
Segala yang engkau lakukan
Engkau lakukan dengan ikhlas

Guru jasamu takkan kulupa
Guru ingin ingin kuucapkan
Terimakasih atas semua jasamu
PUISI CINTA BERAT GADIS ALFAMART + PUISI KATA CINTA GOMBAL ROMANTIS PARAH BANGET + PUISI PACAR EMOSI BAHASA JAWA TOP BANGET + Puisi Ibu Kartini Untuk Bapak Kartono + PUISI RINGKAS LUGAS TIDAK JELAS + To my angel in the sky + The innocent child in mother’s + PUISI PRESIDEN OBAMA TENTANG INDONESIA + Please don’t give your child the name of + The Baby Must Be + To my little baby + PUISI JANGAN PAKSA AKU NYONTEK UAN + Puisi Aku Yang Terpaksa Bisa + The Gift Poems + My sweet baby + PUISI GADIS KOTA MADIUN MANTAB + 3 PUISI ANAK YATIM PIATU MENGHARUKAN + PUISI CINTA PERJUANGAN KALAU KAU DATANG + PUISI KATA-KATA CINTA JADUL TAPI GAUL + PUISI SAHABAT TERBAIK HIDUP DI BUMI + PUISI PERDAMAIAN DARI PRAJURIT TENTARA + PUISI HAKEKAT NYATA SEBUAH KEMATIAN + 5 PUISI CINTA REMAJA PERTAMA + 3 PUISI TENTANG KEMATIAN DAN KESEDIHAN + PUISI SUAMI TERCINTA UNTUK ISTRI TERSAYANG

Mizuki Shuichee said...

Sekarang saya tengah mengalaminya ;)