5.4.13

Perkara Rawak #074 - Khabar Dari Alam Barzakh

Sebenarnya hari ni aku tak rasa gembira sangat.

Malam semalam aku tidur mimpikan Allahyarham abah aku.

Di tepi pantai kami duduk bertiga - seorang lagi, Along, kakak sulung aku. Aku tak berapa ingat apa abah bebelkan pada kami yang dari awal mendiamkan diri, tapi yang aku pasti, abah marah kami sebab tak jadi perempuan solehah.

Aku putuskan bebelan abah dengan mengajak pulang. Abah diam, dan belum sempat pun bangkit, dia rebah dan kemudian putus nyawanya. Dalam panik aku dan Along nak angkat abah, aku terjaga dari tidur. 

Jam 3.40 pagi.

Mainan tidur? Amaran Allah? Utusan malaikat? Atau khabar dari alam barzakh?

:(


Rindu abah banyak.




11 comments :

Aza Elliani said...

Sedekah Al-Fatihah banyak2

Hikaru Yui said...

maka, berusahalah menjadi solehah.

juls julie said...

mungkin arwah merindukan ayat3 suci lebih banyak dari anaknya... Semoga roh arwah diletakkan di kalangan hamba2Nya yg beriman,

Amin

FataMorgana said...

akak selalunya mimpi macam ni betul.. buatlah kenduri tahlil untuk arwah abah akak...

it happened to me once :(

~ Cik Azz ~ said...

Al-Fatihah... Moga arwah tenang di sana..

Kita serupa sebab sama2 kehilangan abah..

Khaleeqa Idrus said...

Biasanya kalau macam tu, arwah minta kita sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak.

Psyche said...

Mimpi, mostly adalah subconscious kita. Kamu risaukan abah kamu di sana ya.. Beri kredit pada diri sendiri, ok. Saban hari kamu berubah ke arah lebih baik. In real life, saya bukan jenis suka peluk2, tapi sini, *virtual hug*

Innanie | Ariffin said...

mungkin dia juga merindui anak-anaknya.

gadis jumaat said...

Noe, dulu aku pernah terpempan bila abang aku kasik nasihat kat aku ondeway balik dari kubur ayah kitorang. Kan ada hadis yg ckp bila anak Adam mati, terputuslah semuanya kecuali 3 perkara, salah satu tu 'Doa anak yang soleh' kan. Abang aku cakap, "Dia kena doa dari anak yg soleh baru sampai, dia tak cakap 'doa dari anak' je.. Bukan sebarang doa. Mmg kena soleh baru sampai.." samting camtu.

Seriously aku tak pnah pk camtu before that.. Jadi hidup kita ni, mmg kena nak tak nak, menghala ke arah nak jadi soleh/solehah utk bantu mak ayah kite.. Camtu jugak bila kita didik anak kita pon takbleh ala2 je. Huuu...

Just nak share, semoga bermanfaat kat ko atau sesape je..

Reen Tart Nenas said...

bertuahnya sebab dapat mimpikan dia. org tua2 kata dia rindukan kite. sebab tu hadir dlm mimpi. yg baik kite dengar je la kan.

saye, sejak arwah babah pegi, belum penah mimpikan dia. mungkin sbb die tak rindu saye kot :)

apa pun, sedekahkan al-fatihah dan mengaji la utk dia. kadang2 dlm kita sibuk hal di dunia, mungkin terkhilaf terlupakan dia seketika. wallahualam. note untuk diri saye juga :)

afirah said...

Saya nak share pengalaman saya, maybe perkongsian ini ada manfaat. Saya sering juga mimpikan arwah mak. Kadangkala mimpi tu muncul di kala kita sedih, emosi. Pelbagai kemungkinan yg saya fikir masa tu:-
1) sebab saya rindukan arwah mak saya, mostly dlm apa jua perbuatan saya teringat kat dia. even sebelum tido duk teringat time arwah ada. terbawa-bawa ke mimpi jua. sebab kita rindu sangat. mungkin

2)alam barzakh ni Allah sahaja yg tahu. fikir positif yg kita anaknya mendoakan dia. mcm yg rakan-rakan lain nasihatkan doa, tahlil(tahlil ni adik beradik, mak pun leh buat lepas solat) lagi afdal anak-anak. teringat Dato Abu Hassan Din cerita, saya buat tahlil dengan anak menantu saya lepas isyak. pun boleh. insyaAllah kasih sayang kita sebagai anak yg soleh dan solehah

3)satu lagi nasihat Dato Abu Hassan Din(juga dlm tanyalah ustaz) sebab ada pertanyaan mengenai doa dan pahala kepada si arwah. Dato ada mention. kalau kita mengaji ke, dah habis baca. kita doa, kalau adalah pahala bagiku dlm membaca al-quran ni, maka kuhadiahkan pada arwah ibu/bapaku. moga-moga sampai. sebab tu tanda kita usaha juga. insyaAllah.. kekadang sebab rindu. memang akan mimpi.
4) ada kala org buat solat sunat hadiah. yg ni ada saya jumpa. sebab niat kita adalah dia ibu dia abah kita. besar pahalanya. al-fatihah utk arwah bapa. saudari anak yg solehah, amin.