22.4.13

Ralat Lagi (Tentang Nukilan Letak Balik)

Macam biasa, aku dah rasa ralat berpanjangan. Tentang nukilan aku sebelum ni. 

Ramai mengaduh 'sedih'. Bagi aku situasi tu tak sedih lansung. Aku hadapi situasi tu dengan kerut-kerut kening sebab, ya, hanya aku yang berdepan dengan situasi tu. Aku tak sedih. Tapi hati aku macam.."hak'enaaannn..."

Mungkin emosi kita berbeza. Mungkin cara kita berdepan dengan situasi pun berbeza. Mungkin korang membayangkan kejadian yang lebih ekstrim. Niat aku, hanya nak berkongsi rasa 'hak'enan' di hati. Tapi apakan daya cara kita makan dan hadam ssuatu cerita tu ternyata berbeza.

Ada yang komen okay-okay. Ada yang komen marah-marah. Ada yang kutuk.

Ini lah yang aku risaukan. Takut kita dapat dosa mengumpat. Dosa kering.

Dan puncanya adalah aku dan tiada yang lain, aku yang bercerita.

Haih.

Semoga Allah ampunkan kita. Ampun kan aku. Yang baik dijadikan tauladan. Yang buruk, kita doa-doakan semoga peroleh hidayah dan kita semua tak ikut jejak yang sama.




7 comments :

Shahada Fauzi said...

betul..lain org lain cara die nak terima penyampaian org dan akan jadi macam2 pemahaman..manusiaa...

apa pun, semoga kita semua dijauhi dari semua menda yg tak elok..yg baik jadikan contoh, yang tak baik jadikan teladan..

Cik Yunie said...

last week aku pergi ikea.ada lah seorang ibu kepada 2org anak ni..sorang anak si bapa dukung,sorang lagi si ibu pimpin..mereka naik escalator..nak sampai atas tu,anak yg dipimpin ibu terjatuh..yang aku hairan nya,anak nya ditampar depan org orang ramai oleh si ibu.aku pulak yg mcm pelik gila.apa salah anak dia?
umur mungkin dlm linkungan 2-3tahun..apa dia tahu?manusia macam²..harap kita semua jauh dari perangai² mcm ni.

InaYusoff said...

aku penah juga kes macam komen kat atas ni..

anaknye lewat daftar pertandingan mewarna..
dan dan tu terus ditamparnye anaknye depan kami..
tampar yang bukan calang-calang..
tampar kuat-kuat..

maknye pakai uniform nurse..

aku pun tak paham kenapa ade manusia macam ni..

Razfira said...

cara penyampaian dramatik kot

Hikari said...

penuh perasaan para pembaca blog ko ni.. hehehe..

Soul Nazri said...

Saya pun sama..semalam di kedai makan..satu keluarga makan sama-sama..husband n wife with baby..n sorang lagi macam mak kepada the husband..sepanjang makan senyap tak sembang apa-apa..then the wife bangun pergi bayar tinggalkan the baby with her MIL..MIL yang dah tak larat tu bangun n kena tengok baby..kami yang terlihat 'pemandangan' tu kesian sangat dengan the MIL..my mum cakap lagi teruk dari orang gaji..

Soul Nazri said...

nak sambung lagi..masa the wife tinggalkan baby,..dia senyap saja takde pesan apa-apa with her MIL..dia just tinggalkan macam tu saja..n kebetulan time tu hujan..maybe diorang perasan kami duk jeling..the husband payungkan his mom dulu masuk kereta.then baru his wife and baby. sangat sangat sedih,..