14.5.13

Akhirnya, Berbaju Kurung Jugak Aku.


Aku jarang berbaju kurung. Kalau orang tanya, kenapa aku jarang pakai baju kurung, bukan sebab aku saja nak eksen feeling moden dan western. Aku ni orang kampung je asalnya. Tak pernah sekali nak lupa diri.

Cuma sebelum ni aku pernah jumpa akak tailor yang sangat keji, jahit baju aku entah hapa-hapa jadinya, membuatkan aku serik nak tempah lagi. Dan, kalau beli yang dah siap, aku akan susah nak cari saiz. Sebab selalunya baju kurung ready made, kainnya sangat senteng tak menyebelahi nasib perempuan-perempuan tinggi macam aku.

Hakikatnya aku masih mencari dan mencari lah. Mana nak cari baju kurung sedap pakai? Mana nak tempah? Mana nak beli? Sebab bagi aku, apa lah ertinya melayu kalau tak pakai baju kurung.

Sampai lah aku jumpa Azidah Collection.

Azidah Collection ni jual baju kurung cotton je. Korang gi la cek. Corak fabrik pun comel-comel. Mereka melabel perniagaan mereka sebagai "Pakar baju kurung cotton", gitu. Pertama kali aku jumpa Azidah Collection ni aku pun skeptikel jugak. Aku dah bajet, mesti ada problem tang kain. Mesti senteng. 

Tapi tak. Syukurnya aku sangat lah suka dengan AzidahCollection ni. Sebabnya;

1) Fabrik selesa. Sejuk
2) Jahitan Kemas. (Most important)
3) Jahitan cantik ikut badan (bukan ketat). Bahu terletak.
4) Harga mampu beli. Do the maths.
5) KAIN TAK SENTENGGGGG!!!!!

Nampak? Eksaitednya aku bila tang kain tak senteng tu. Sebab tu major problem perempuan yang tinggi ni. So kawan-kawan yang tinggi yang selalu ada masalah sama, boleh lah jenguk ke Azidah Collection untuk pilih, beli, pakai dan rasa sendiri keselesaan baju baju kurung cotton dari AzidahCollection ni.

Dalam laman web Azidah Collection ni ada tertera sample fabrik dengan corak pilihan. Korang boleh cek sendiri fesyen baju kurung yang disediakan samada Baju Kurung Moden atau Baju Kurung Pahang.  Carta saiz juga disediakan.

Ini baju kurung pertama aku from Azidah Collection. Ada satu lagi aku belum shoot. InsyaAllah tak de aral aku akan share lagi.



  First day sampainya parcel.

Ya... Selalunya kalau suruh aku posing meraga-raga baju memang susah nak menjadi. Tengok tu muka tu. Macam garang tapi berusaha untuk terlentok manja.

Sisi tepi. Alamak ada tudung saji pulak kat belakang tu. Hampeh.

Siap ada zip kat tepi camni ha.


Okay dah lah. Pergi lah jenguk Azidah Collection. InsyaAllah puas hati.




22 comments :

oshinz said...

so cute corak tu. matching u much sis dear. =)

Anoneemus™ said...

'Sebab bagi aku, apa lah ertinya melayu kalau tak pakai baju kurung.'

Ha ha takleh blah ayat Noe.

Erm, btw klu kain tak senteng bagi Noe, orang lain kena potong la hujung kain tu ye?

My name is Wanita, and this is my story... said...

cantiknya! :)

Cik Puan Rara said...

amboi muka,ce senyum sket.hehehe.cantik lah awok ni!

Ladynoe™ said...

ANoneemus: hehehehe neem, kalau orang tak berapa nak tinggi, lipat ja la kat pinggang.

Foxy Farah said...

kurus kurus! mcm pelajar kolej je. cantek sangat awak ni :) xo

chenta said...

cantek..sliimm...
ah stress tgk.. !!!

Suspek Utama said...

yela..kesian jgk kt org tinggi ni..yg rendah, kalau kain labuh, boleh alter lg, potong je pon..yg senteng, x lawa plak nk cantum2 kain bg padan ye tak..

Nurul Nadiah+Khairil Syazwan said...

kemain selim makcik ni. heheh nway i love cotton kurung too. gimmi paip

ddJaafar said...

santiknya!

ok.hari ni done tamat pembacaan blog Perempuan Jomblo.baca blog ni dari mula start bulan lepas.ahahaha.

tiger-mother said...

tinggi berapa ya Noe ni...?

xxxxxxxx said...

Zip-it! b-(

Ladynoe™ said...

Annoying much si xxxxx ni.

ddJaafar said...

eh.lupa.zip tu function utk apa?sebab letak kat ketiak?aah la,corak baju semua super ohsem kat situ.

zakirasli .. said...

Assalamualaikum, saya singgah sambil follow blog best mcam blog ni :D

xxxxxxxx said...

Zip-it! zip-it! zip-it!

Ladynoe™ said...

Hahahaa dia boleh return balik ke sini semata nak tengok reaksi aku. Takde life or fancy me much?

xxxxxxxx said...

A 2-second commentary hardly zap anyone of his/her 24hours life. That leaves you with the allure of your second guess ;)

Ladynoe™ said...

Kah kah

gelakungu said...

tinggi awak berapa eh?
sy 167cm.agak2 kalau saya beli senteng tak kain nye?terutama di bahagian lengan

Ladynoe™ said...

Lebih kurang la kita. Tinggi saya sikit je.

shera said...

salam.
tengok pakai shawl tu cantik kemas je kt bahagian depan. pakai anak tudung jenis cemane ye? ;) salu pakai macam terlepek je kat dahi :(