9.5.13

Hati Lelaki. Sebenarnya macam mana?


Kali terakhir aku sebelum ni aku terjebak dengan TV Siries ialah masa cite Kasih Alia. Semua sebab Sharnaaz Ahmad. OK aku terpaksa mengaku, kali ni aku dah terjebak tengok tv siries, Dahlia di Astro Mustika. Semua sebab Faizal Hussin dan hotnya Raja Ilya. 

Cerita tu mengisahkan Razman, suami Dahlia yang hemsem tu ada skendel dengan Haliza, kawan baik Dahlia sendiri. Selepas 10 tahun berkahwin dan 2 orang anak, tahun ke-7 perkahwinan mereka Razman dah stat ada awek lain. Heartbroken jugak cerita tu. Orang yang ada darah tinggi kronik, aku rasa tak payah lah tengok.

Situasi tu semua macam familiar dalam hidup aku. Pernah berlaku di kalangan orang yang paling dekat dalam hidup aku. Plot kisah hidup mungkin berbeza. Tapi isi yang sama. 

Berkali kot, aku jumpa lelaki yang ada awek lain selepas isteri sendiri. Tak termasuk yang dalam cite Dahlia tu lah.

Yang aku perhati, dalam situasi ni, lelaki akan lisankan benda yang sama. Persamaannya ialah;

  1. Lelaki akan cakap kat awek yang dia sayang awek dia tu je. Tak sayang pun isteri dia.
  2. Atau Lelaki akan cakap sayang jugak isteri dia. Tapi banyak lagi sayang kat awek dia.
  3. Apabila terpaksa mengaku dengan isteri dia, lelaki akan cakap, dia dah ada awek lain, tapi still sayang dengan isteri dia.
  4. Lelaki akan bersungguh-sungguh berkata dia sebenarnya sayangkan jugak Isteri dia, tapi akhirnya menceraikan isteri dia dan pergi ke awek dia.
  5. Atau Lelaki akan bersungguh-sungguh berkata dia sayangkan jugak isteri dia, isteri dia redha, tapi bila dapat kawen dengan awek dia, ketara sangat yang sebenarnya dia lebihkan isteri baru dia dari yang lama dan akhirnya berakhir dengan penceraian jugak.


Reaksi tipikal seorang isteri korang boleh imajin sendiri. Situasi kat atas tu semua aku pernah jumpa. Tak payah lah aku ulas panjang-panjang. Lagipun, ini hanyalah situasi yang aku pernah jumpa. Banyak lagi aku tak pernah jumpa. Contoh macam isteri solehah yang redha suami nak kawen lagi satu. Dan suami pun adil saksama. Rare, tapi ada.

Aku pernah bincangkan benda ni dengan Fandi. Soalan aku, satu je;

"Sebenarnya, hati lelaki ni macam mana?"

Jawapan Fandi : "Tak tahu nak cakap,"

Herm.



p/s: kalau nak komen, aku mintak kamu jangan kutuk orang yang berpoligami dan bermadu. Benda halal. Sunah Nabi (SAW). Isteri-isteri Nabi (SAW) kita juga bermadu. Syarak membenarkan. Mind your fingers. And words.



22 comments :

Cik Puan Rara said...

hmm tulah kan.tapi xboleh ke lelaki setia je dgn isteri.xboleh ke kalau xpandang pompuan lain.bila ckp kang kata kita menentang poligami.tapi sbnrnya kita ingin kan kesetiaan je.

Nadia said...

Nor. xkan sampai create label `Dahlia'? hehe. personally to me bila lelaki (suami) dah jatuh hati kat perempuan lain mmg pedih. apa isteri buat pun dah x nampak eloknya..just my 2 cents ;)

shahirahkhairudin said...

ramai orang laki laki yang baik. cuma hati orang laki laki ni sensitip aku rasa. jangan disentuh.

jadi, boleh tak aku nak salahkan orang perempuan yang jadi orang ketiga tu?

kueh bakar said...

betol la fandi jawap tu...

"tak tahu nak cakap"..

tapi sebenarnya laki je memang malas nak cakap...tambah-tambah kalau perempuan yang tanya...nanti banyak susulan jawapan...ahaks

~ Cik Azz ~ said...

Lelaki, kalau pompuan yang tanya dia, memang dia malas nak jawab.. Kalau jawabpun sambil lewa je..

Cuba kalau kaum sejenis dia yang tanya, perghh.. laju je dia bagi jawapan..

Mungkin si isteri kena pasang sorang spy lelaki untuk korek rahsia suami.. Pastikan suami tak tau yg spy tu kawan si isteri.. huhu..

Atikah Akma said...

Assalamualaikum.

yang saya boleh kata, apa-apa pun hati itu Allah yang pegang. sesuatu takkan terjadi tanpa izin Dia. cuma kadang-kadang kita sebagai manusia tidak tahu atau, terlepas pandang, atau tahu tapi tidak sedar akan kekuasaan qada' dan qadar tuhan.

mungkin di awal peringkat perkahwinan kita dengan yakinnya berharap hati kita dan pasangan kita akan sentiasa sayang menyayangi. hakikatnya, realiti kehidupan itu, tiada satu pun yang kekal di dunia ini termasuk hati manusia termasuk orang yang paling dekat dengan kita sendiri.

saya agak setuju dengan kata-kata fandi "tak tahu nak cakap". dan saya rasa perkara tentang ujian hati yang berubah-ubah ini bukan sahaja diuji kepada lelaki malah perempuan juga.

kita tidak layak untuk berkata dengan yakin akan perkara-perkara tentang masa akan datang bahkan esok sekalipun. saya agak terkesan dengan ayat dari surah al-kahfi ini dimana surah itu disarankan untuk dibaca pada hari jumaat;

“dan janganlah kamu berkata mengenai sesuatu; sesungguhnya aku akan mengerjakannya besok pagi” ayat 23

“kecuali dengan menyebut ‘ Insya Allah’ dan ingatlah pada Tuhan bila kamu telupa dan berdoalah semoga Allah memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari ini” ayat 24

sedar tidak sedar, setiap kali kita ditimpa masalah akan pulang kepada tuhan, dan apabila kita mengadu pada Dia, secara lambat-lambat kita akan mula redha dengan masalah kita dan mula sedar dengan mengingati Allah hati itu akan tenang. kerana hakikatnya, Dia sahajalah yang mampu mendatangkan dan menghilangkan sesuatu kepada kita.

hakikatnya, fitrah manusia itu adalah kembali pada Tuhan. dan kebahagiaan itu juga fitrahnya adalah daripada Dia juga bukan terletak pada manusia. ramai yang terlepas pandang termasuk diri saya sendiri.

maaf bercakap panjang lebar.:)

ChentaHati said...

been there. done that. exactly.

Miss Nangada said...

sama je situasi perempuan dh bagi hint seribu kali termasuk body language ponnn lelaki tak reti2 nak get the point. Hati perempuan yg komensen pon tak boleh nak agak apatah lagi hati sendiri yg tah bila nak tetap.

miszme_ieda said...

Pada saya, Mungkin hati lelaki ni besar (not literally). Dia boleh sayang ramaaiii orang. and dia boleh sayang 2 or 3 or 4 orang dengan sama banyak.

susah nak paham kan?

that's why diaorang boleh kawin sampai 4.

tapi kalau tanya whether sayang mereka tu genuine atau tak, senang je nak tau. kalau diaorang ajak kawin, sanggup terus terang dengan isteri, be a gentleman dengan berlaku adil- chances are sayang diaorang itu ikhlas.

tapi kalau setakat nak buat geli2 tapi tak berani nak memperisterikan dengan sah- chances are it's just a lust. not love.

kueh bakar said...

cik azz..

mula-mula pasang spy..lepas tu skandal dengan spy...

haruuuuuuuuu

Irfa said...

pandai fendi jawab ;)
hati kita milik Allah
hari ni sayang
esok sayang org lain
kita tak tahu..doa jelah yg baik
itu je yg mampu

Rapunzeel Cikilolo said...

aku suke la entri ni.

bagi aku yang baru bertunang ni. aku sendiri pun konpius dengan hati lelaki.

tunang aku tu, memang berhubung dengan ex die. dan mengaku die takde ape-ape ngan orang tu.

dan kalau bergaduh smpai tahap nak putus pun ttp pilih aku.

hati lelaki tu mcm mana eh?

boleh bahagi eh antara perempuan yang die suke dengan tak suke2 hati die?

haha! emosi lak aku.

nak bg tau memang lelaki sndiri pun tak tau hati die mcm mana. kite ni kena jd sabar dan independent je la.

Maryam said...

lelaki kata perempuan kompleks
saya rasa lelaki lagi kompleks
entah. ke depa takda perasaan? musykil~

Aini Amir said...

pada aku---aku ckp je lah ni.

kalau tak suka / ada gf lain / bf lain / atau alasan yg sewaktu dgnnya ckp. berterus terang dr buat kat belakang2. mmg hati akan remuk, hancur. tp dunia belum. let it go..kita masih ada esok utk hidup.

mendatak hijau said...

sy perhati,kes camni selalu berlaku pada usia perkahwinan 10 tahun..lingkungan itu laa..

tapi ade seorang suami penah ckp kat sy...

"Sampai bila laki kau boleh syg kau"

#berpeluh

Cik Tia said...

susah nak faham hati lelaki. dan saya ambil keputusan untuk tak cuba memahami mereka kecuali suami sendiri.

AiTotYati Mat said...

Salam,

Ai kenal suami dari form 1.
Lps 11tahun, kami kahwin. Ms kahwin yakin Ai kenal isi hatinya.
Tapi walau dah kahwin 8tahun ni, kesimpulannya hati lelaki mmg misteri.

Hmmmmm

xxxxxxxx said...

Every game has its own set of rules. Life, indeed is a game (not in the recreational sense but a complex series of multi-objective decision making processes). There is only one rightful path to win this game and that is Islam. Abiding its rules and success is guaranteed. Polygamy is permissible - men have the right (might not necessary be a privilege, rather a trust/responsibility) to apportion their hearts to multiple recipients but not women. Sure we have biological and even social excuses to justify this seemingly unjust mechanism but the bottom line is, God made us different for a reason. After all, opposites attract, no?

Hikari said...

currently in the situation..

le freak c'est chic said...

Few Months lepas, time dengar tazkirah sebelum sembahyang jumaat. Ustaz ada cakap.. yg tuhan memang cipta hati lelaki begitu.. hati lelaki memang boleh sayang satu atau lebih... dan sayang nye tetap sama. cuma cara die tunjuk berlainan. Anyway, Ustaz tu cakap lagi.. the reason tuhan jdkan hati laki begitu.. sebab tuhan sayangkan peremuan. Ada sambungan kisahnye.. tp malas pulak nak cerita panjang2.

Hikari said...

kalau dah ustaz memang cerita mcmtu sbb dia kan lelaki.. ahahahaa..

kyla imelda said...

Hehe lawak hikari