28.5.13

Jom Jawab Emel #002 - Soalan ala-ala retis secara pukal.

1) Cuba cerita cara jaga kulit. Macam mana nak dapatkan kulit putih bersih macam u?

Retis sangat soalan ni okay. Aku sebenarnya selebet je orangnya. Orang kampung. Kulit melayu stok main congkak korek tanah masa kecik-kecik dulu. Kalau korang nampak dalam gambar kulit aku macam ala-ala mulus, tu semuanya camera trick, lighting, angle dan nasib baik yang menyebelahi.

Dan yang paling penting aku tak putih.

Langsung.

Bagi menjawab soalan ni, aku jawab je la skincare product yang aku pakai. Sekarang aku campur-campur. No more Safi Rania Gold semenjak diperkenalkan dengan Cosmoderm. Bagi aku Cosmoderm ni okay la. Boleh la. Takde la power sangat. Lagi pun kulit aku kurang (bukan takde) bermasalah. Cuma tang kusam tu aku tak tau la cemana nak buat.

Sekarang aku dah tak pakai bedak langsung. Aku pakai krim pelembab ja. Bertabah je aku dengan bare face. Tak lawa pun. Cuma buat masa ni aku gagal nak cari bedak yang sesuai. Pernah jugak aku pakai Benefit. Oleh kerana aku hitam, so muka aku nampak kelabu. Sama la dengan BobiBrown pun. Padahal dah test baik punya kat kedai diorang. Bila sendiri tepek, jadi lain. Pastu aku beralih ke bedak murah sikit iaitu Ronasutra. Tak kelabu. Okay ja. Tapi aku bosan. Entah kenapa aku pun tak tau. Agaknya ini la revolusi nak jadi makcik makcik muka kusam malas nak bersolek kot.

2) Masa birthday sabrina hari tu, u ada buat printing sendiri ke utk label and deco? U pakai printer apa ye? jenis paper guna untuk print? beli kat mana?

Haah.

Aku buat sendiri semua deco dan labeling besday party anak aku. Ini lah untungya kalau kau jadi designer. Kalau tak jadi designer, asal kreatif dan pandai guna design software pun lagi bagus. Korang google je la "Besday Parti Budak Umo 2 Taon Punya Deco". Berlambak keluar contoh design yang boleh diilhamkan.



Tapi buat masa sekarang aku memang susah nak terima apa tempahan untuk birthday party deco ni. Sebab aku sibuk. Setiap kali buat persiapan birthday party anak mesti aku akan tido lambat. Untuk anak sendiri memang sanggup la. Nanti-nanti lah kot aku nak pencen awal ke, aku duk rumah bukak bisnes sendiri je dalam bidang ni. 

Printer, aku pakai printer cokia EPSON ME320. Okay la kualiti dia. Takde la superb. Tapi boleh la. Ikutkan hati nak je aku print kat opis secara harom, tapi oleh kerana aku ada jemput rakan opis jugak, memang aku tak berani la. Kihkohkih. Printer aku tu saiz A4 je. So untuk print poster yang lebih besar saiznya, aku buat la tiling pastu cantum cantum pakai double sided tape.

Paper yang aku guna mostly sticker paper la. Nama pun labeling kan. So aku print atas sticker paper tu. Aku gunting, and tampal. Sticker paper ni aku beli kat The artshop Taman Melawati tu. Untuk item yang perlukan kertas yang tebal sikit, aku lebih suka guna Ivory Card.

3) Bole tak story sikit mengenai pengalaman awak & natrah guna botol mimijumi. Harap awak reply la eh. Kongsi pengalaman awak.


Tak banyak yang aku nak cerita pasal botol mimijumi ni.

Botol ni agak mahal. Yang kecik je dah RM84 kalau tak silap. Berbentuk tetek untuk tujuan nak kasi anak kau senang nak hisap botol sebaik sahaja kau habis pantang dan masuk bekerja. Diameter puting dia memang agak wide la. Tapi puting dia agak keras. Dan panjang. Pelik pulak aku tengok. Puas aku google image puting wanita serata dunia. Takde pulak aku jumpa yang panjang macam ni.

Tapi anak aku jenis sumbat la botol apa pun, semua diorang sebat. So memang tak de masalah dan pengalaman sangat nak diceritakan. Cuma sekarang aku dah tak pakai botol tu sebab aku beli yang kecik (4oz). Natrah dah start minum 5oz. Aku beli botol susu babykiko biasa je penyudahnya.

4) Baju kurung cotton Azidah Collection tu betul ke tak senteng? Tinggi Noe berapa? Kalau saya 167cm ni senteng tak agak-agak?

Tak senteng. Tinggi aku 169cm.




Agak-agak datang bosan nak bertanya soalan kat aku, emel sahaja soalan korang dengan subjek "Jom Jawab Emel" Bagi yang masih menunggu terjawabnya persoalan korang, diharap bersabar dan bertabah lah dengan istiqamah.

Hehe.




7 comments :

J u l i a 。.゜✿ said...

Noe !!
ju pernah nampak puting nenen macam mimijumi tu ! pernah cerita kat blog sebab terkejut sangat orang tu tunjuk nenen dia kat webcam. hahaha

ok goodnight. ailebiyu noe.

Irfa said...

Soklan diorg ni comel sgt .hihi

orangbiasa said...

aiseh...baru pilih2 baju kurung kat azidah tu...sekali noe kat tinggi 169cm...sy ni tinggi 172cm agak2 senteng tak ye??

Ladynoe™ said...

orangbiasa:

labuh kain dia 40inchi.

O'gosh Iskandar said...

bagus jugak soklan2 diorang ni...

Forskning Beta said...

Kain azida ni material dia guna apa?

I ada nak bagi hadiah kepada pembaca blog I yang bertuah.

Sila datang jangan tak datang ke belog I.

http://betacemerkap.blogspot.com/2013/05/ada-hadiah-untuk-pembaca-istimewa.html

Nadira Naima said...

tang kulit kusam tu memanglah. stress fikir nak buat apa jadikan tak kusam.