31.5.13

Jom Jawab Emel #003 - Dara

Assalamualaikum,
Aku nak tanya la pasal kahwin dengan perempuan takde dara ni. 
Aku ni lelaki, memang aku jaga sosial aku sebab aku tau zina tu dosa besar, niat nak buat tapi takut Tuhan balas sekejap je, so memang aku jauhi zina betul-betul.
Dulu aku ada sorang awek ni, memang kitorang suka sama suka, dah janji nak kahwin. Selepas setahun lebih kenal, mungkin dia dah rasa takut sangat, dia bagitau yang dia pernah terlanjur masa form 5 dengan pakwe dia. Dia mengaku yang diorang buat suka sama suka, masing2 nak try.
Allah masih sayangkan dia, dia tak mengandung masa tu.
Kitorang start couple masa tu umur 23 tahun.
Punyalah terkejut aku, patut la dia jadi solehah, jaga pergaulan gila2 dengan lelaki (tapi dengan aku dia OK biasa2 takde sentuh2 der). Punya la aku sayang sangat sampai aku sanggup terima keadaan tak suci dia.
Patut la dia selalu kata dulu dia tak baik. Yang aku aku rasa la kan, dia asal dari keluarga baik2, jaga solat tutup aurat, tapi terlanjur jugak. Pelik. Memang nampak dia dah bertaubat la, sekali tu je dia terlanjur.
Memang aku sayang dia sangat2, kitorang still contact lagi.
Tapikan, setiap hari, aku asyik terfikir, kalau dah jodoh aku dengan dia, kenapa aku nak serahkan teruna kepada orang yang dah tak suci, padahal, sebahagian lelaki lain pernah sentuh  dan berada dalam badan dia, malah tangan dia pernah sentuh laki lain, secara haram.
Katakan la kau sebagai lelaki teruna dah jodoh kahwin dengan perempuan terlanjur, apa yang kau akan buat? Mintak pendapat ya.  -  
 
-----------------------------------------

Hai xamxxxx,
Harap jawapan aku memuaskan sedikit sebanyak persoalan kau. 

Benda benda camni sebenarnya berkaitan dengan masalah mentaliti dan hati orang jugak. Aku tak pasti perasaan lelaki macam mana. Sekadar tau tu ada lah. Tapi nak mendalami, nak berimaginasi, mungkin tak se-true naluri lelaki sendiri. Sekarang aku dah pun berkahwin, kawan-kawan ramai kawen. Becampur dengan orang pun dah berkawen. Boleh katakan semua sekeliling aku dah kawen. So mungkin apa yang aku tau, rasa dan fikir boleh lah aku share sedikit sebanyak.

Ramai lelaki dan perempuan akan memegang hadis "Lelaki baik untuk perempuan baik, lelaki tak baik untuk perempuan tak baik" secara membuta-buta. Kebanyakkan diorang ni ukur perkataan baik, dari segi dara dan teruna je. Dah takde dara, terus tak baik. Dah takde teruna, terus jahat. Padahal skop baik dan jahat manusia tu luas yang amat kan? Buat baik dengan mak abah. Buat baik dengan haiwan. Buat baik dengan kawan-kawan. Suka tolong orang. Dan macam-macam lagi lah. Takkan lah just becoz dia pernah terlanjur, kita nak label dia jahat. Salahlaku seks selalunya menjadi taboo dikalangan masyarakat kita. Malang sekali dengan hakikat itu.

Sebenarnya tak salah kalau kau persoalkan "kenapa aku nak serahkan teruna kepada orang yang dah tak suci, padahal, sebahagian lelaki lain pernah sentuh  dan berada dalam badan dia, malah tangan dia pernah sentuh laki lain, secara haram.";

sebab aku rasa ianya sekaligus menyoal kredibiliti kau sebagai seorang bakal suami nanti. sebab kau kena sedia maklum yang seorang suami ni tanggungjawab besar. peranan pun sangat besar. Jadi aku cadangkan, kau kena pujuk hati supaya terima lah awek kau seadanya. Lagi pun, macam kau cakap dia dah bertaubat. Orang dah bertaubat ni, sebesar mana pun dosa dia, sebanyak air lautan dan seluas langit biru pun dosa dia, once dia bertaubat, maka suci lah dia di sisi Allah. Aku tak pandai nak berhadis tapi aku pernah dengar dan baca lah. Aku kira, awek kau tu MUNGKIN, di sisi Allah, 100 kali lebih baik dari perempuan yang ada dara, tapi masih tidak bertaubat. (tolong betulkan kalau aku silap. Kita diskusi ya.)

Ala... semua orang baik ada masa silam. dan semua orang jahat ada masa depan yang gemilang kan? ("Every saint has a past, and every sinner has a future.")

Aku rasa soalan yang paling penting kau kena tanya pada diri sendiri ialah "Boleh kah aku menjadi suami yang soleh nanti?"; Skop suami soleh ni meluas. Aku nak ulas panjang-panjang pun aku takut orang tak selesa. Macam bagus bagus ustazah sangat pulak nanti.

Jadi start hari ni, kau cuba pujuk hati kau, dah berazam, once kau terima dia and kawen dengan dia, kau sayang dia sepenuh hati (yang aku percaya memang kau sayang dia pun), and terima dia seterima terimanya.

TAPI, kalau kau tak boleh jugak, rasa ralat di hati berpanjangan, rasa teruna kau terlalu precious, better...kau let go je dia sebab aku yakin, ada lelaki yang sangat baik yang Allah dah takdirkan untuk dia. Risau nanti perasaan tu membuku, nanti dah kawen, bergaduh-gaduh, kau ungkit kisah lama dia. Sian kat dia. Suami yang dia harap nak masuk syurga sama-sama, menghina dia. Kan sedih kan? 

Wallahualam.

Tapi agak silap jugak awek kau mengaku dia dah pernah terlanjur. Sebenarnya tak perlu pun. Mungkin dia sayang kau sangat la tu.

:) 




24 comments :

100% Jade said...

Ramai perempuan boleh terima keadaan lelaki yang dah tak teruna, tapi kenapa lelaki tak boleh? Sebab ego?

NAQIAH MS said...

buat persediaan utk jadi suami bertanggungjawab tu lebih penting

Miss FZ said...

kalau perempuan tu x ngaku, nanti kalau tahu di malam pertama camne? kan lagi teruk?huhu

Alip Apai said...

Miss FZ: Memang tak perlu mengaku. Allah tak benarkan kita bukak keaiban sendiri pada orang even pada bakal suami.

farhah abd rahman said...

Pendekatan dakwah yang memang terkesan pada aku. Klasifikasi baik atau sebaliknya

kueh bakar said...

salam..tu ayat quran. annur ayat 26.

ye. Tidak beritahu adalah lebih baik. Bila bagitahu jadi macam ni la...sekurang-kurang kalau tidak bagitahu tak ada la mental damage macam ni masa nak bersenggama...

tahu di lain hari? lepas 10 tahun kawin? bercerai...its 1000 times better with 9tahun 364hari tanpa tahu...

mummy_icha said...

Sepatutnya utk hal2 lps (mcm zina ni) tak perlu bgtahu, hatta dgn suami yg sah, sbb ia blh merosakkan hubungan. UAI pun pnh jwb soalan seorg p'puan yg bru bkahwin n masih 50-50 s'ada nk bgtahu kat husbd dia ke x psl dosa silamnya. Asalkan dah bertaubat dan istiqamah dlm taubat tu, cukuplah. Yg kita ni, masyarakat nak terima atau tak, terpulanglah. Dah nama pun lelaki, nafsunya besar wpun 1. Sure rasa tercabar. Tp klu dah dr skrg rs tercabar, baik x yah teruskan. Sbb takut nti bila da kwin, ada apa2 mslh, mula la nk ungkit2. Buat sakit hati & aniaya je kat p'puan tu (kalau dia dah mmg berubah solehah). Cr org lain yg dia rs suci dan sepadan. Ayat quran yg kata penzina lelaki adalah utk penzina ppuan tu mmg berlaku dlm realiti sbb kalau dah Allah sndiri yg kata, siapa kita utk menidakkannya. Kalau ada penzina yg kwin dgn bkn penzina tu mgkin ada sejarah silamnya yg dia x tahu. Tp kalau masih syg, fikir masak2. Jgn diungkit nanti. Solat istikharah. Minta pendapat ulamak. Goodluck.

ziela amjis said...

pada sy lelaki yang dah tahu perempuan tu dara atau tidak juga bukan teruna lagi. lagipun mungkin kamu jauhi zina tapi dosa2 yang lain? bukan zina je dosa besar dalam islam. fikirkan.

Maryam said...

perempuan tu beritahu, kerana dia serious dalam hubungan ni, nak sampai ke jinjang pelamin, nak jadikan suami. it took her so much courage untuk beritahu something yang besar. jadi kenapa nak kena lihat kesucian perempuan tu sebagai benchmark untuk buat keputusan kawen atau tidak, atau serahkan segalanya pada dia atau tidak? dia dah berubah, jadi lebih baik, bermakna ada kesan sejarah silam tu pada dia sampai jadi lain sekarang. bermaksud, mungkin ada penyesalan, atau taubat.

sorang lelaki pernah beritahu saya, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik tak semestinya dalam bentuk kesucian diri. sedangkan pelacur pun bertaubat, malah mungkin ada yang dapat suami soleh. kerana dia sendiri dah jadi solehah, bertaubat, tak mengulangi pekerjaan atau perbuatan yang sama. kalau cinta, tak pandang itu semua. tapi pandang ape yang sedang berlaku.

itu definisi baik yang sebenar-benarnya.

kueh bakar said...

maryam..

taubat juga kena bijaksana. Taubat nasuha dan rahsia. Biar Tuhan je yang tahu. Jika buka rahsia atau aib sendiri - bodoh.

jika dia seorang pelacur dan taubat dan ada lelaki sayang dan nak kahwin ok.Lelaki tu dah tahu kisah silam dia.

tapi kes ni lain - dia suka dan sayang perempuan tu sebab perempuan tu baik..last tahu tak dara. Ia mengacau mental.

"eh best ke dia buat dengan aku ni? eh dia ingat tak dengan bf dia tu? eh sapa bf dia tu?eh. ker bf dia lebih power dari aku?"

ahaks

~ Cik Azz ~ said...

Baca novel The Wedding Breaker.. Ada serba sedikit tentang persoalan dara kat dalam novel tu..

Dalam novel ni pun banyak disertakan hadis yang sangat berguna untuk kita jadikan panduan..

Pendapat saya, beruntunglah sebab pompuan tu sanggup ketepikan maruah dia dengan berterus-terang tentang keterlanjuran dia dulu... Dan jika betul2 lelaki tu sayang kat pompuan tu, masaalah takda dara bukan jadi persoalan dan lelaki tadi tak perlu nak ceritakan perihal pompuan itu kepada orang lain.. Cukuplah mereka berdua je yang tau.. wallahu'alam..

Abenawe MacNeil said...

kalau aku kat tempat dia, pada aku isunya bukan pada ada dara mahupun tak.

honestly aku tidak begitu kisah kalau perempuan tu ada dara ke tak or pernah sekatil dgn lelaki lain. asalkan kamu dah bertaubat drpd dosa kamu. sapalah aku nk hukum masa silam kamu.

tapi yang aku concern adalah kesan fizikal dosa tu sendiri.

dosa insyaallah Tuhan ampunkan seluas lautan sedalam jurang segelap mana sekalipun.

tapi setiap perbuatan dosa tu KADANG-KADANG ada akibatnya yg tak bleh nak sembunyikan. kalo cuba sembunyikan pn lama-kelamaan terserlah dpn orang ramai...apatah lagi pada suami/isteri kau.

aku bagi contoh:

1)kau prnh berzina dgn laki/perempuan lain. kalo takde ape jd pastu takpelah. buatnya tetiba pas main tu ko dpt HIV ke STD ke, takkan nak diam je dgn partner kau? ataupun kau pas main tu dpt anak luar nikah ke apa? nak taknak kne bincang jgak dgn pasangan. tak kira lg buatnya laki yg kau main tu amik gmbar or 3gp korang beraksi pastu dtg satu masa ugut nk tunjuk bnda tu kat pasangan kau. ngeri beb.

2)ada kes sorg AJK surau satu kmpung diagnose oleh doktor pakar dgn barah hati thp kronik. rupanya lps tanya btul2 didapati sblum fasa hidup dia bertaubat dia dh bertahun2 minum arak smpi jd mcm tu. kesian.

aku paham bukan snang smbody nk confess dosa silam kita dgn org yg kita sayang. buatnya orang tu takleh terima mcm mana? buatnya org tu rasa tertipu mcm mana?hati prasaan org bukan kita yg pgang.

bukan senang kita nk terima masa silam seseorang, lagi2 akibat drpd prbuatan masa silam tu orang lain kena hadapi.

sbb tu kadang-kadang aku rasa bila kita buat dosa dan tak ada benda buruk brlaku pada kita lepas tu, tandanya Tuhan masih bagi kita chance untuk walk away from that wrongdoings cleanly.

bcoz some people learnt that the hard way & live their whole life dealing with the consequences & regretting every moment of it.

tp aku percaya kalo hati kita ikhlas bertaubat, tuhan akan terima taubat kita & pelihara kita drpd akibat buruk dosa-dosa kita.

dan pasti ada somebody yg sudi sayang kita as a whole package. masa silam, masa kini, masa depan kita. terima tanpa soal banyak & cakap banyak.

bai.

Maryam said...

kueh bakar:

maksudnya, cinta dan kasih sayang itu bukan sebab dia adalah dia. sebab perempuan tu baik saja. jadi niat si lelaki mungkin harus diejas jugak. kalau lepas kawen, perempuan tu tersasar, apakah lelaki tu akan ceraikan? sebab dia dah tak baik? possibilities berubah sikap tu masih ada. manusia sifatnya plastik.

tahu kita fikir rahsia tu biar kita dan tuhan je yang tahu. tak fikir, pihak lain yang mungkin tahu. lelaki yang masa form 5 tu? buatnya dia aniaya perempuan tu dan hebahkan sampai ke telinga lelaki yang ini. means dia dengar dari orang lain, lagi buruk keadaan. sebab itu saya rasa, perempuan ni tak mahu the worst happen, lalu dia bagitahu. sangat logik kalau perempuan ni beritahu lelaki ni sorang je.

kueh bakar said...

mintak maaf tuan rumah.ahaks.

maryam.
cinta dan sayang memang sebab dia adalah dia. Itu sebelum pengakuan. Ustaz, ustazah dan Islam tidak menggalakkan kita buka aib kita sebab agama lebih 'memahami' manusia. Walau pun lepas pengakuan, lelaki tetap sayang perempuan tu tapi emosi, hati, perasaan dia sudah injured..dilema.Itu yang perempuan tak paham tentang lelaki.

sebelum kau sayang orang. kau kena sayang diri sendiri dulu. dan bila dah sayang orang, jangan bagi 100 percent, bagi 90 percent. 10 percent lagi tinggallah untuk diri sendiri..dan 10percent tersebut adalah rahsia 'detik hitam' tersebut.

jika rahsia akhirnya terbuka juga. Tidak mengapa. Ia tertakdir begitu. Sebab tu aku amik 10 tahun tadi. maknanya mungkin dia kantoi selepas 10 tahun.Masa tu kau boleh tengok, laki tu terkenangkan 10 tahun yang bahagia ker atau semalam yang hitam, 18 tahun yang lampau.

kalau 'tersasar' itu bermukah. ye, kalau aku, bercerailah penyelesaiannya.

lelaki di atas. Kahwinlah. jika lepas kawin tidak sesuai dan porak poranda tidak susah juga nak melepaskan...semoga berkahwin.

Tia Fatihah said...

assalamualaikum.

alhamdulillah pada yang menyoal dan pada yang menjawab soalan. syabas pada empunya blog kerana menjawab soalan dengan baik. semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat-Nya ke atas kalian berdua.

saya juga bukanlah pakar dalam hal ini. bukan juga ustazah mahupun guru agama.

dari yang saya baca, andaikata lelaki tadi memang seorang lelaki yang soleh, berpegang kuat pada agama, insyaAllah dia sepatutnya boleh menerima seadanya perempuan tadi. dia mesti tahu, itu hal antara perempuan tu dengan Allah s.w.t. siapa dia untuk menilai perempuan tadi.

manusia mana yang tak melakukan kesilapan kan. tapi Allah Maha Pengampun bila hamba-Nya yang melakukan kesilapan tu bertaubat sebenar-benar taubat.

sepatutnya, perempuan tadi tak payah dedahkan aib dia sebab Allah s.w.t dah tutup pun aib dia. tapi yelah, mungkin dia tak nak ada rasa bersalah dengan lelaki yakni bakal zauj dia.

perempuan yang pernah buat dosa, once dia dah betul-betul taubat, dia boleh jadi 1000x lebih baik dari perempuan yang tak buat dosa tapi gitu-gitu je.

semoga Allah kurniakan seorang lelaki yang benar-benar menerima dia seadanya. amin ya Rabb.

maaf, terlebih komen sudah ^_^

xxxxxxxx said...

Theory of relativity? Nah, law of relevancy. Despite being tied to the continuity of time, our actions that shaped the event of history remain discrete as per Noe's quote: "Every saint has a past, and every sinner has a future." The near-end portion of the timeline is more relevant than its counterpart.

Marriage is a contract between two consenting parties, neither should bear the impression of being deceived at any given point of time once signed. Hence tis better to show your cards before commence with the dealing. Concealing your cards is irrelevant in this case cause the man would most likely to interrogate his spouse upon the unpleasant discovery.

Bottom line, to tell or not is up to anyone's liberty and wise judgment. The sinner would be wise to reveal (avoiding the consequences), the saint would be wise to forgive (knowing the law of relevancy).

N.B.: Tell too early then facing the risk of being exploited. Best period to reveal is during engagement when trust has exchanged hands. At this point if either party reluctant to embrace his/her historical records should then call off the deal now or forever hold his/her tongue.

xxxxxxxx said...

Oh and for the record, xamxxxx has nothing to do with me, obviously, lacking an 'x'.

amm_xgen said...

sedikit pendapat dari aku.

satu jer pendapat aku berkenaan isu masih teruna atau dara ini. past is past, kalau dia dah berterus terang dan secara terbuka memberitahu kita tentang benda tu, maksudnya hati dia dah betol2 jujur untuk terima kita dan dia juga nakkan benda yang sama dari kita, iaitu terima seadanya keadaan dia yang telah kekurang itu ( kalau dia betul2 dah berubah dan menyesal dengan kisah lalu dia itu). Sebabnya mereka yang dah menyesal ini lebih dekat diri dia dengan Allah kerana dia dah pernah buat salah dengan Allah dan dia mesti dah bertaubat dengan Allah dan semoga taubatnya itu adalah taubat Nasuha. nasihat aku kepada mereka yang nak teruskan hubungan dengan mereka yang dah takde dara nie. aku cukup setuju dengan pendapat Neo pastikan hati kita betul-betul bersedia untuk dia dan yakinkan hati agar jangan pernah ungkitkan lagi pasal benda nie kerana hati dia akan cukup sedih sekiranya dia dihina oleh seorang yang amat dia sayang (suami). kalau hati rasa tak mampu nak teruskan tinggalkan dia secara baik, dan jangan sesekali menghina dia kerana dia mungkin lebih baik dari kita kerana taubatnya dengan Allah.

Anoneemus™ said...

Saya setuju dgn pendapat Noe, dan komen pertama.

Kalau gelabah sangat cari je lah perempuan lain yang tak jujur sangat.Means you never know dia pernah terlanjur ke tak.Paranoid sorang2 je.

Dan awek yg jujur tu pulak akan menyesal sbb terus terang, dan sbb dia dah bertaubat, biarlah dia bersama dengan orang yg tak kisah langsung pasal masa silam dia.

Walaupun saya kekal virgin sampai kawen, tp sejak dulu sampai sekarang, saya masih anggap virginity itu bukan pada hymen atau masa silam.

~fam~ said...

Assalamualaikum wbt

Kak noe, teringin pula nak komen kat sini. Selamat berkenalan kak noe:)

Sy setuju kalau perempuan tu tak cerita kisah silam dia. Saya rasa dia dah taubat dengan nasuha dan taubat dia diterima Allah, InsyaAllah.

Sebab antara ciri2 taubat yang diterima adalah dia tidak mengulangi dosa yang lalu, serta menyesal dengan dosa2 yang telah dilakukan.

Masa hadapan bukan milik kita.

Kalau kita betul2 bertaubat, kita lebih mulia dari mereka yang tidak bertaubat.
Takut terkantoi nanti, bukan menjadi isu. Siapa yang pegang hati manusia kalau bukan Allah? Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita. dan Allah juga yang menentukan samaada dia akan terkantoi atau tak satu hari nanti. Minta lah pada Dia bersungguh-sungguh. Minta pada pemilik hati agar hati-hati manusia yang mengetahui tentang itu tidak akan menyebarkan pada yang lain.

Tapi, sekarang ni, dia dah bagitahu pada bakal suami dia. Berserahlah pada Allah. Minta pada Allah beri jalan yang terbaik pada dia. Kalau lelaki itu terbaik untuk dia, harapnya dipermudahkan urusan mereka. Jika tidak, pertemukan dengan yang lebih baik dan terbaik.

Apa saja yang bakal berlaku pada masa akan datang terletak pada tangan Dia. Jangan berhenti berharap dan berdoa.

InsyaAllah, Dia tidak akan menzalimi hamba yang bertaubat.

Nazim Nasri said...

betul la. kan ada kisah zaman nabi dulu ada seorang hamba Allah ni mengaku kat depan Nabi yg dia berzina and minta dihukum. tapi nabi tak nak. sebab tak perlu mengaku keburukan diri kat orang lain selain daripada bertaubat. huhuhu

~pUaN nAd~ said...

suke entri ni kak..;)

Pssst. said...

Assalam.

Kpd mr xamxxx, syukurlah anda krn Tuhan temukan dia dgn anda. Syukurlah krn dia dh bertaubat dan amat menjaga pergaulan dia dgn anda, dan berhasrat berkahwin dgn anda. Sy percaya tiap wanita yg diuji, sgt memerlukan imam utk terus membimbing dia. Sbnrnya ttg hal jodoh, bg wanita ianya lbh sukar utk mencari jodoh berbanding lelaki. Lelaki, mmg Tuhan pertanggungjawab agar dia menjadi imam keluarga.

Sy pernah slh tafsir ayat an-nur tu. Ramai anggap laki baik utk perempuan baik je. Sbnrnya ayat tu mengajak kita utk sama2 jd baik spya kita dpt yg terbaik dlm hidup. Sbb itu, hal yg lps jgn diungkit lg. Ttg hal buka aib sndiri, mgkn ada hikmahnya. Tuhan saja menguji anda, nk tgok anda ni jenis yg pndg blkg ke pndg depan.

Istikharah dpt membantu. Klu anda yakin dgn dia, doa spya dipermudah. Perkahwinan itu hadiah dr syurga...fikirlah mcm mana nak manfaatkan dan hargainya, drpd fikir ttg dosa lama psgn anda serta apa yg kita aggp kita ni lbh baik dr dia sbb jg akhlak kita, sbb kita xtau bagaimana sbnrnya kita di sisi Tuhan.

Wassalam :)

Cik Nadz said...

mashaAllah, such a good advice. Suka ayat last sekali & it really shows that how much the girl loves that guy. Or maybe she wants to test that guy's love & loyalty to her..

Bcos nobody can tell if a girl is virgin or not when she only make love for once! its like being a virgin again u know.