1.5.13

Kerana, "Every Child Is An Artist

Aku selalu nak kan anak-anak aku mempunyai minat yang sama dengan aku, iaitu art (seni) atau being creative. Aku perhati Sabrina memang jarang terdedah dengan benda-benda kreatif ni. Tak macam aku masa baya-baya dia dulu. Umur 3-4 tahun dah gasak melukis dan mewarna.

Mungkin sebab zaman dah berubah. Orang dulu modal tak banyak sangat. Zaman sekarang dengan ipad la ipod la segala.

Aku bukan nak paksa anak-anak aku suka apa yang aku suka. Tapi cuma satu langkah untuk pendedahan awal je lah. Saja nak cungkil cungkil and kenalpasti apa bakat yang anak aku ada. Aku pernah bagi pensel warna dan kertas lukisan, tapi berakhir dengan conteng conteng je. Daripada menconteng kertas lukisan beralih ke dinding, baik aku buat benda lain lah.

Jadi, minggu lepas, aku ajak Sabrina buat Mould & Paint Sealife (seperti yang korang boleh tengok sendiri kotak kat gambar bawah ni. Set kotak macam ni aku rasa dah berlambak sangat kat kedai-kedai. Korang boleh dapat pada harga serendah RM12 - RM30 je.

Oh Sabrina tak kidal macam mak dia.

Taraaaa..siap dah mewarna. Yang tak berapa nak cantik tu mesti lah Sabrina punya hasil kerja. And yang tak berapa nak cantik tahap okay okay sikit tu pulak, Aboh dia punya hasil kerja. Hehehe

"Blue Fish!" Kata Sabrina.


Dalam kotak include magnet berpelekat jadi kita boleh lekat kat belakang dia. Tapi sticker tu tak melekat dengan baik, jadi aku kena guna gam lah.


Ahaaa.. Dah siap and boleh lekat kat peti ais. Sabrina nampaknya sangat bangga dengan hasil sulung dia ni. Sampai Natrah nak usik sikit pun dia tolak sampai tersembam anak kecik aku sorang tu.

Sobs sobs

:'(




11 comments :

Miss Xyz said...

Ahaha, cantik apa. Macam best je benda ni rasa nak beli and try lah. Tapi, macam susah nak jumpa je.


(ahaha, pdhl dah jadi budak sklh menengah XD)

Innanie | Ariffin said...

simple task macam ni memang membantu perkembangan kanak2. and i'm really proud of you kakak. tahniah sabrina!

hime s said...

skill pgg berus da ader

Rapunzeel Cikilolo said...

memang not bad hasil tangan sabrina.

acheh wah

:)

Ahmad Arba'in Ali said...

nak anak gak!! haha

xxxxxxxx said...

...and because every child is a blank canvas.

Nadia said...

tetiba ending sedih lak nor ni.

ddJaafar said...

sukanya! -- anak saya mesti suka mendamenda macam ni.dan jangan jeles,anak sulung dan no.3 ikut ibu dia,kidal.dan suka art.haha.

ederq said...

noe, anak i pun suka menda2 camni. paling dia suka buat finger paint. buat sendiri je edible, homemade paint. so tak risau dia terjilat ke apa ke kan. guna finger/palm/kaki budak suka je. mak dia je kurang suka sebab kena kemas afterwards haha.

Putra Kembara said...

suka tengok hasil seni anak kecil sebegini..moga akan lebih kreatif bila dah besar nnt insyaAllah :)

dekan fizik said...

kak beli benda ni kat mana?