28.5.13

Perkara Rawak #075 - Scene Jeles Dengan Life Orang Lain

Scene ni femes dikalangan perempuan. Oleh kerana lelaki banyak bertumbuk dari menaip, maka aku tak tau apa modal lelaki bila diorang bergaduh. Banyak kali aku perhati kalau perempuan-perempuan bergaduh, mesti modalnya ialah

"Jeles sangat dengan life aku" dan "Jeles dengan life orang itu ini".

Selalunya modal tu wujud bila ada satu pihak ni merasakan life dia sangat best dengan life orang yang digaduhkan tu. Dan tak dinafikan jugak, scene ni wujud bila kau tak rasa life kau best pun tapi orang suka cari gaduh dengan kau dan kau saja nak tarik modal yang dia "jeles dengan hidup kau"

Kadang kadang orang tak jeles pun, tapi perkataan "jeles" tu macam explain almost EVERYTHING kepada motif pergaduhan yang tercetus; dan perkataan "jeles" tu jugak lah macam pencetus untuk semarakkan lagi api. Kadang-kadang memang betul betul jeles pun. Sebab aku pernah jumpa orang yang tak boleh tengok orang lain senang sikit, dalam drama melayu televisyen la.

Persoalan aku, betul ke diorang ni jeles dengan life orang? Wujud ke perasaan jeles dengan life orang sampai mendorong ke pergaduhan? Dan kalau betul ya, wujud, best sangat ke kehidupan korang sampai terdorong rasa perasan yang semua orang lain jeles dengan kau?



Sebenarnya pagi tadi sepanjang on the way ke pejabat aku teringat pengalaman deal dengan manusia yang 'macam macam hal' ni. Memang ya pun. Kadang-kadang benda yang kau buat, kalau boleh taknak melibatkan mana-mana orang pun. Itu pasal aku kurang kongsi pasal hidup kat dunia siber ni. Lain orang lain penerimaan. Kadang kau rilek rilek je. Tapi orang cakap kau macam-macam. Kadang kau takde niat nak menunjuk, tapi orang akan cakap kau belagak. Tak boleh nak salahkan orang sangat, sebab asalnya, memang kita yang overshare (#notetomyself). Kadang kadang memang dah trend zaman sekarang kita berkawan kat dunia siber. So nak berkontek pun kat dunia siber. Secara tak lansung ramai tahu. Dan yang ramai tahu tu tak semua mengamalkan kehidupan bersantai. Dah memang itu flow nya. Tapi kena la terima yang watak-watak antagonis ni ada di mana-mana chapter. Mereka judge dan mengkeji memang tak pernah apply lesen pun.

Aku pun pernah jugak la ada orang duk menyampai cakap orang tu jeles life kau, jeles life itu ini. Aku bertenang je. Malas nak layan benda kelakar. Aku pikir yang dok menyampai tu pun apakejadahnya? Bosan hidup ke apa?

Bonusnya aku bukan jenis bangsa suka bergaduh sangat.

Berterima kasih lah untuk secebis kebaikan aku yang itu.

Bye.




P/s: betul betul rawak punya entri ni.




5 comments :

Shahada Fauzi said...

gambar tu best! hahaha..

err..pernah jugak jumpa orang yang suka up status gitu..kite tenggokkan je la..takde kerja nak menyebok..

Anoneemus™ said...

Paling best kalau yg ingat kita jeles tu, orang kuat MLM.

KiD said...

pantang tengok orang lebih sikit ye dak? hahahah.

Nur Aneesa said...

Bestnyaaa post yang sportinggg

Kayna said...

gambar tuu lawak abes. terus paste bg hubby. kahkahkah.

tapi serius, ada org mcm tu.. just create your own life laa kan. Hmm ntah. Mungkin dia pun xde idea. Eh?