3.6.13

Benda bercanggah yang aku dah lama perhati. Mula mula aku rilek je tapi kali ni saje je aku nak ulas sikit.

Aku perati je ada sorang hamba allah ni dia pernah blast satu artikel mengatakan yang pentingnya seorang isteri rajin memasak. Alkisah Isteri dia ni orang terpelajar, tak pernah buat kerja rumah, asalnya masa mula-mula kawen langsung tak pandai masak. Pangkat besar tapi tak sombong nak belajar masak. Download resepi from interwebs and now dah hustler memasak. Masa tu aku rasa ada betul jugak kata dia. Sebab aku pun asal tak berapa pandai masak. Tapi semenjak kawen, aku sendiri reti nak pandai dan rajinkan diri. Mak aku pun selalu pesan. "Penuhkan perut suami, kosongkan testis dia". Okay mak aku takde la cakap direct kosongkan testis. Tapi aku faham la maksud mak aku tu. 

Tak lama lepas tu hamba Allah tu blast satu artikel tentang kepentingan mendidik anak perempuan sejak kecik. Pun aku takde nak betah sangat. Sampai dia kata dia rasa bangga bila bangun tido je anak dia tanya "ada apa2 kerja tak nak buat?" And diikuti dengan ayat macam best best. Pentingnya ajar anak pempuan kemas rumah, memasak dan sebagainya. Kalau tak nanti dah kawen takde la malu sangat sebab tak reti buat kerja. 

Aku bukan nak sangkal fakta yang dia tuliskan. Kira betul lah semua tu. kira dia lah parent yang paling hebat walau anak baru kecik kecik dan kau nak perlekeh anak orang lain yang dah besar dan 'tak menjadi' di mata kau tu. 

Cuma...aku rasa macam ada benda bercanggah bila kau cakap isteri kau dulu asal tak reti masak, tak pandai buat kerja rumah, tapi masih sangat bagus dan berinisiatif nak belajar masak walau dia seorang berpangkat besar katanya. Dan kemudian kau cakap pentingnya ajar anak perempuan buat kerja rumah dan memasak sejak kecik supaya senang bawa diri bila dah besar nanti? Mana pergi fakta "inisiatif" kau tu? Sejujurnya aku memang anak manja mak aku tak pernah suruh aku buat kerja rumah hatta angkat baju di ampaian. Lagi lah aku ni siap orang panggil tomboy masa kecik dulu. Tapi bila dah kawen, aku jadi reti nak buat semua tu. Dan tak payah heran kalau aku cakap aku pernah jumpa (selalu) perempuan yang feminin, imej berpakaian kemas, rajin bersolek, tapi kau masuk rumah dia pun kau boleh sesat. Spender sidai kat meja makan, tuala gantung kat tengah tengah rumah. Harap power memasak je tapi rumah tunggang langgang. Bila berbual, siap mengaku ada mak yang garang yang selalu suruh dia buat kerja rumah masa kecik kecik dulu. 

Inisiatif adalah kata kunci. Inisiatif.

Apakah sbenarnya yang kau cuba ketengahkan?

1) Isteri kau hebat dan patut dicontohi
2) kau parent yang hebat dan bagus untuk dicontohi
3) anak kau best, anak orang tak best sebab tak didik dari kecik macam yang kau lakukan
4) semua tentang kau best.
5) anak kau confirm best sampai ke besar

Sebenarnya...bagus kalau kita punya rasa keterujaan dalam diri kita bila dikurniakan pasangan yang baik. Anak yang baik. Normalnya dalam dunia serba kongsi sekarang, kita akan menulis itu ini, kongsi itu ini di alam siber mahupun di mana-mana.

Tak kisah pun, cuma kalau niat kau nak hentam orang lain dan menjadikan diri sendiri sebagai contoh, itu macam tak cool jugak. Mungkin kau boleh ubah ayat sikit supaya tak nampak macam kau mendewakan diri sendiri. Aku follow ramai motivator, penceramah agama, tak pernah sekali aku dengar diorang ajak orang lain buat baik sambil mendewakan diri sendiri. 

Rilek rilek sudah la bang... Rilek rilek sudah...





27 comments :

Maryam said...

dabik dada betul tu.

Ladynoe™ said...

MARYAM: yes betul. mendabik dada overload.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Itu sudah jadi macam dia tak nak anak perempuan dia jadi macam isteri dia.

Kalau tengok dari konteks ayat la. Eh, kenapa aku macam pernah baca artikel yang bercirikan sama je ni?

Heh.

misz beauty said...

Macam tau je ni. Ehehhee :-D Dah mmg dia jenis mendabik dada kot. Eh! Hehehe

KetidakSempurnaanYang Indah said...

::betol...saya tak pernah belajar atau disuruh buat kerja rumh or memasak. Masuk form1 sampailah habs degree dok hostel,balik cuti semester mcm permaisuri order makanan, lepas stdy tros kawen. Tapi lepas kawen rasa mcm terreti sendri utk masak penuhkan perut suami::

ibu grace said...

rasanya sapa yg baca ni tau kot siapa brother yg dimaksudkan.

aku tak kisah sangat pasal bini dia dah terer masak tu.

tapi aku sensitif skit pasal anak. ye lah setiap anak yg dilahirkan itu unik dan istimewa. jangan lah dok up kan anak kau paling best. macam lah aku ni loser sangat tak pandai ajar anak aku cakap macam ni 'ibu, kakak nak tolong ibu kemas rumah'. lambat atau cepat je. the time will come.

apa2 pun, kita ambik dari sudut positif. aku pun tak terer masak, keja pun cabuk je, tapi bila tengok wahhh bini dia lecturer, phd overseas. rasa bangang sangat lah aku ni tak masak kan..

ok..positif...positiffff

Irfa said...

KALAU BACA BLOG MACAM YG NOE TULIS TU..CUKUP2LA SEKALI SINGGAH..TAK DTG LAGI LEPAS TU.HEHE

Nurul Fahri said...

Tak tahu nak cakap apa
Tapi cume blh gelak kecik dalam hati.
Hikhikhik

Cik ina do do cheng said...

setuju : )

masa anak cik ina kecik cik ina pun tak ajar mereka buat kerja rumah , masak bagai tapi bila masing-masing dah besar pandai je dorang buat apa yang patut.

Pinkwatch said...

hehheeh.. mcm tau je siapa yang di maksudkan.. hehehe.. dia jenis suka buat2 konon2 merendah diri tp dalam setiap status yg di tulis tu mesti ada riak jugak.. riak dalam merendah diri gitu.. heh

J u l i a 。.゜✿ said...

hehehe macam pernah dulu husband noe share article dia di fb.. yea eh yang tu eh ?

aslina majid said...

Ahahaa... Mcm aku? Time arwah mak ade je la rajin cam dier describe. Cube arwah mak dah takde? Umah aku still macam umah, akak ipar aku tak kisah tgk umah huru hara. Aku lagi la tak amik port nak mengemas. Kemas bilik sendiri dah ah. Kemas umah, tahan ah 10 minit, pastu balik ke keadaan asal. Aku yg letih.

aslina majid said...

Masak? Nak tolong? Alangkan aku masuk dapur masak utk semorang pon aku tak sempat makan, punya berkira... Baik aku masak utk sendiri je.

Kalo arwah mak ada lagi memang la aku tolong sikit2 walaupon tak disuruh.

Aku adik ipar dia, bukan org gaji.

azim said...
This comment has been removed by the author.
Anoneemus™ said...

Nak dabik dada jugaklah camni. Sbb sblm kawen masak mee goreng pun tak pandai. Tp lepas tu dah boleh kalahkan mak mertua.

Berjaya dabik dada.

ruggedmom said...

mungkin dia nak buat contoh saja bukan nak bangga diri tapi tak setujulah kalau suruh ajar anak perempuan sajer buat kerja rumah...anak lelaki pun boleh kalau dilatih

mummy_icha said...

Ala klu da kwin tentu lama2 tahu sndiri klu bab masak. Tp klu bab mngemas rmh tu nk kna lentur dr kecik. Sbb aku byk tgk jenis isteri yg terror bab masak tp failed bab mngemas sbb x biasakn dr kecik. Ala sapa blogger tu nk la tau :-p

ummu syafiqah said...

Salam, ni first time komen setelah lama membaca je.

Berkali2 sy ulangbaca posting tuan blog ni sy tak rasa beliau tak bersetuju dengan artikel brother yg dimaksudkan. Rasanya macam itu satu topik yang general yang ada betulnya.

Cuma yang sy faham, brother tu suka kritik orang lain dan sy percaya penulisan brother tu lebih kepada unsur peribadi. Dan dalam setiap posting beliau, ada unsur riak dan macam yang tuan blog ni kata, MENDEWAKAN DIRI SENDIRI. Brother tu terlalu kritik anak orang lain yang dah besar. sedangkan anak masih setahun jagung. Saya faham bila tuan blog ni kata macam tu, sebab bayangkan perasaan orang yang baca artikel brother tu dah punya anak yang dah besar. Mesti mereka akan rasa sangat terpukul. Dan memukul kredibiliti ibu bapa yang lebih berpengalaman dengan mengatakan mereka tidak mendidik anak sejak kecik sebaik dia, adalah salah dari segi moral of authority.

sy rasa itu je kot topik artikel kali ni. tak ada isu nak menangkis kebenaran artikel brothr tu. sebab tu tuan blog ni hight light "Mungkin kau boleh ubah ayat sikit supaya tak nampak macam kau mendewakan diri sendiri. "

kepada AZIM, pandanglah ke depan. Tak perlu nak toleh dan kesal sebab tak pernah tolong ibu awak dulu. Mungkin ibu awak tak kisah dan apa yang di harap adalah mendoakan dia di sana nanti. Allah pun tak judge hamba dia di masa silam asalkan sudah bertaubat dan berubah. Saya tak nampak isu pilih kasih dalam memberi yang terbaik dalam konteks artikel ni. Kalau awak diajar sejak kecik tentang mengemas rumah, belum tentu awak akan kekal rajin mengemas sampai ke besar dan berumahtangga. Tak ada apa yang manusia buat kat dunia ni dapat dipastikan dengan sepasti pastinya. Kita hsnys mampu merancang.

harap awak positif dengan komen saya.

Wassalam

mokti said...

salam noe. mendidik anak utk membiasakan diri dgn kerja2 rumah itu mmg bagus. tp syg, selalunya hnya ank2 perempuan yg ditekankan dgn perkara ini. jarang dilihat ank lelaki diasuh mengemas, mencuci & ke dapur. krn konsepnya ank perempuan harus bersedia utk memasuki alam rmh tangga.

ramai yg lupa, kalau ikut asuhan agama, kerja2 rumah itu adalah beban yg harus di pikul oleh si lelaki. justeru, knp ibu bapa cenderung mempersiapkan ank2 perempuan dgn kerja2 rumah? membiasakan diri dgn kerja rumah mmg x salah, tp tak wajar sekiranya hnya anak gadis yg harus memerah kudrat mereka.

ya. kalau bab yg ini, x ramai lelaki yg nk ikut agama, cuba kalau bab menambah cawangan, habis semua hadis & ayat al-quran dikeluarkan.

Ladynoe™ said...

NEEM : Salah tu neem. Konsep dabik dada ialah u kena blame everyone else first, then baru hangkat diri sendiri.

kihkohkih.

LelakiS said...

ingat semua org reti nak rasa rendah diri...x der la nampaknya.

Liana Ezzana said...

nampak tak kat dahi brader tu ada tulis 'Aku best!'

heh. :D

Dzil Khadeeja said...

Noe ckp kat brother tu, "rilek brother, brother rilek"
haha...

xxxxxxxx said...

Can I say zip-it? Zip-ping our traps in situations where two-wrong won't make a right...

Capt Lalok said...

luas sungguh dada dia..sehinga boleh mendabik sebegitu......

hymie jamie said...

saya baca post ni mula2 dah dapat agak siapa tapi takut salah.lepas tu cari2 artikel bro ni pasal u cakap tu tak jumpa.ntah camne semalam terjumpa ada someone post terus teringat post u ni.i dah unfollow dia lama dah sebab setiap kali dia post je mesti hati i rasa nak ngumpat.

doakan je semoga dia berubah.huhu

Reen Tart Nenas said...

hah aku pun baca post ni. kat fb. nyampah pun ada. eee nyampah la. mmg die dewakan diri sendiri. up diri. aku ni pun dah kawen tp blum ada rezeki nak ada anak. cam xbleh blah nak bangga bini ada PHD. ntah. hebat ke ada PHD. tak pun kot. biasa je aku rasa. hahaha
cuma part didik anak tu aku nak je ckp. skang bleh la anak ko kecik. tunggu remeja esok. tp aku doakan ank ko (brother tu la) anaknye baik2 aje sampai ke tua.