12.6.13

Jom Jawab Emel #004 - Gaji RM2500

Salam ladynoe.
Aku nak tau la pendapatan paling minimum seisi rumah yang mampu mendirikan rumah tangga yang harmoni wow, terutamanya bagi kos hidup yang tinggal di sekitar Lembah Klang.....
Gaji bersih RM2500 mampu ke nak kahwin dan tinggal kat area Lembah Klang? Katakan bini aku tu tengah belajar master IPTA dan kemungkinan besar dia tak nak bekerja bila dah kahwin. Mampu tak? - (emelrahsia@gmail.com)
__________________________________

Hi, Jay.

Kalau gaji rm2500 boleh je. Takde masalah. Besederhanalah.. Bertolak ansur. Jangan banyak merungut dan sabar banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak. 

Aku banyak banyak kan perkataan banyak tu sebab memang aku sangat memaksudkannya. Macam yang aku pernah jawab dalam emel-emel sebelum ni, aku hidup pun di dalam kalangan orang yang kebanyakkannya dah kawen. So aku tau serba sedikit luahan demi luahan.

Jangan jadikan duit sebagai isu. Ada buat cara ada. Tak ada, rilek rilek je.

Rasanya normal kalau bab duit ni ramai perempuan/isteri yang merungut. Sebab kita sedia maklum yang dah ada dalam satu mindset dalam kepala otak masyarakat kita yang lelaki memang wajibun menanggung lebih dari isteri dan yang sedihnya golongan isteri ni, ada yang baru tolong suami seratus dua ratus dah bising. Padahal suami tanggung dosa dia, pikul tanggungjawab lagi. Keduniaan sangat. Harap kita jadikan benda-benda tak best tu sebagai sempadan lah. Kalau ditakdirkan isteri kau mengeluh dikemudian hari, kau nasihat la dia elok-elok. Perempuan ni memang tak pernah jadi buluh. Sampai ke tua pun dia rebung. Boleh berubah-ubah emosi dan mental mengikut hormon. Lentur lah elok-elok.



Tapi siapalah aku nak sangkal hakikat kepentingan duit dalam arus masa sekarang ni. Cuma kena positifkan diri. Duit boleh dicari. Side income merata boleh dicari. Jangan anggap duit ni sebagai masalah. Tapi cabaran yang kita boleh challenge. Tak adil jugak kalau aku nak cakap yang duit bukan penentu bahagia. Tapi apa pun komunikasi yang baik, mengutamakan Tuhan, insyaAllah, akan adalah rezeki yang tak disangka-sangka.

Urus-lah kewangan betul-betul dan jadikan menabung sebagai habit hidup. Elakkan daripada membandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan sendiri (#notetomyself). Kadang-kadang memang tak boleh lari dengan kawan-kawan yang akan cerita setiap benda best yang dia beli. Kau dengar je lah. Agak-agak terbit rasa sedih dalam hati, kau pujuk lah cepat-cepat hati tu. Cari kawan yang boleh positif kan kau balik kalau diri sendiri tak boleh nak pujuk hati sendiri.

Hidup dengan apa yang ada buat sementara waktu. Bersyukur dan berusaha untuk cukupkan apa yang kurang. Aku dah tengok macam mana orang yang bertapak di atas tanah tandus. Dulu kawan-kawan dia sibuk beli barang mewah dia buat pekak je, tapi sekarang dah ada 4 biji rumah. Hasil dari menabung dan pengurusan kewangan yang baik. 

Sebenarnya aku sangat terharu sebab kau concern tentang kredibiliti kau sebagai seorang suami. Sebab ada sesetengah lelaki ni, kalau bini dia dah bekerja, gaji besar, dia buat rilek kerepek je. Tu yang tak sedap dengar tu. Jangan jadi macam yang itu lah ek.

Dan entah kenapa aku sangat percaya yang bakal isteri kau mesti tiba-tiba berminat nak buat side income jual barang online misalnya. Rasanya memang dah sifat semulajadi perempuan akan seboleh boleh nak tolong orang yang dia sayang sangat. 

(aku tengah tersenyum ni)

Selamat pengantin baru in advance.



p/s: Tapi sebenarnya aku tengah down jugak ni. Henpon aku dah jahanam. Tak pepasal aku kena korek saving aku untuk beli henpon baru. Isk.  Sebagai sama-sama menghilangkan gusar di hati, terima lah lagu tak seberapa tapi best lah jugak dari The Seedy Seed -  The Push.






JOM JAWAB EMEL ke faridahnoor@gmail.com




15 comments :

Sarina Binti Md Juhari Bin Rashid said...

bagus tu pendapat kau, yang penting ikhlas. Semoga dengan ikhlas segala perkara dipermudahkan.

haidar abdullah said...

Note to myself juga =)

Innanie | Ariffin said...

Kepada bro yang bertanya, kita nak tambah sikit lah dari apa yang LadyNoe cakap kan tu.. setuju sngt dngan pendapat beliau... cam ni... nasihat ni datangnya dari ustaz kazim elias...

sebenarnya bila kita berniat nak mendirikan rumah tangga, percayalah bahawa rezeki kita semakin murah. benda yang baik Allah akan permudahkan... masa kita hdup sorang mungkin nampak rm 2.5k tu tak mencukupi untuk hidup berdua, sbb kita selalu guna gaji kita utk kita shj, tapi once dah kawen, Allah mencukupkan segalanya. yakinlah bhw dgn 2.5k tu memang mampu menampung kehidupan dua orang. sebbnya setiap orang ada rezeki msg2. jadi let say, 2.5k rezeki utk bro, tambah rezeki isteri bro, (walaupun tak bekerja, tpi rezeki itu ttp ada) ahaaaa kan dah bertambah tu!!!

jangan risau dan jangan takut. perkahwinan satu ibadah. Yakinlah Allah akan mencukupkan rezeki insan yang mendirikan masjid!! :)

semoga bro bersemangat nak kawin lepas baca komen ini :)

**walaupun sy belum kahwin lagi! hehehe :)

Irfa said...

terbaek la Noe
tetiba akak insaf.hahaha

Syaa Rashid said...

Pheww. Deep ni. Peringatan untuk saya yg belum nak kahwin lg. Heheh. Persedian awal. Haa gitu.

~ Huda Qamar~ said...

cukup tu memang la cukup tapi kena hidup sederhana la. kalau tau gaji 2.5k pastikan ada buat saving sikit. yela dah kawin mesti akan ada anak kan. keperluan anak pun banyak nak pakai duit. pastu kena simpan jugak utk beli aset hartanah. rumah makin lama makin mahal.

isteri kalau tau gaji suami banyak tu je jangan la mintak macam2 yg suami tak mampu bagi. jangan la harap nak holiday jauh2. kena faham tahap kemampuan diri.

saya ada kawan dia sorang je keje pasangan tak. gaji 3k. tapi asyik tak cukup asyik nak meminjam org asyik tak bayar hutang. rumah sewa flat pakai moto je tapi asyik tak cukup katanya. bila selidik patut la asyik tak cukup. balik kg naik flight (alahai kat semenanjung je dah tau tak mampu tapi taknak naik bas. sanggup pinjam org sbb nak naik flight tu). alasan sakit badan kalau naik bas.

pastu mls msk. dah tau poket kering mkn biasa2 sudah la. tapi asyik nak mkn luar mengadap nandos pizza mcd subway kenny rogers etc. mmg la tak cukup kalau mkn mewah camtu (mewah la kalau bagi org biasa). seminggu sekali ke sebulan sekali ke boleh la terima.

just azura! said...

terima kasih adik noe peringatan untuk akak jugak. selalu sangat nak banding dengan orang lain ni (dush). tu yang kadang-kadang rasa down.. hidup bersederhana, dan kena selalu bersyukur, in syaa Allah rezeki datang tanpa disangka-sangka.. :)

sweet tooth said...

Nasik tambah sikit, rasanya x salah kalau ada expectation setting discussion dengan bakal wife. Cerita apa yg patut supaya boleh set expectation. Takut masa bercinta ni semua indah belaka... lupa realiti hidup sebenar. Bincang dgn bakal wife apa yang dia boleh expect dari u in terms of menampung hidup dan apa perancangan masa depan u. What kind of life yang boleh diberi kepada bakal wife. Bila dah set expectation, x de la bakal wifenya nak komplen lebih2, sebab she knows what she is getting herself into. Hanya pendapat 2 sen i :-)

Mooniqueen said...

good sharing sangat... kalau nak ikutkan gaji 10k pun takkan cukup kalau xpandai nak manage.. sebenarnya keberkatan dalam mencari rezeki tu lagi penting.. bila berkat sikit macam mana sekalipun, insya allah cukup.. lagi2 dah ada anak lagi bertmabah2 rezeki.. rezeki tak semestinya dlm bentuk duit je.. maybe dikurniakan kesihatan yang baik, anak2 yang bijak etc..

~ Cik Azz ~ said...

Mak akak selalu cakap, kalau orang berak gajah, takkan kau pun nak berak gajah jugak..

Mak pesan, kalau hari ni dapat sepuloh hengget, belanja la lima hengget je, jangan pulak kau belanja duapuloh hengget..

Kesimpulannya, jangan ikut lagak orang.. Jangan amalkan sikap biar papa asal bergaya.. Memang hancur la jadinya kalau ikut tagline tu.. huhu..

Legasi Piston Pecah said...

kene cari lagi la duit lepas nie... kasi tambahan gaji.

xxxxxxxx said...

I'd say do the math first, leave the rest to God.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu. Jangan suka tengok orang. Hidup setakat kemampuan kita sahaja. Dunia sementara. Banyak-banyak buat bekal untuk kehidupan akhirat.

Noura Jumiran said...

setuju, kalo rasa duit kurang kne la belanja ikut duit yang ada tu, kalo sentiasa rasa nak belanja lebih dari yang ada memang selamanya takan cukup.

Eima Jer said...

bagi pihak isteri pulak aku nak nasik tambah, isteri PERLU YAKIN yang suami tu mampu untuk menselesakan rumahtangga mereka nanti. Jangan ajar diri ukur harta bakal suami lepas tu risau sendiri. lagi banyak bakal interi bertanya soal kewangan lagilah bakal suami hilang keyakinan.

mak aku selalu pesan. paling penting bg seorang isteri adalah YAKIN dengan suaminya sendiri. kerana YAKIN itu akan mentuluskan lagi doa yang kita panjatkan saban hari kepada Allah.

Yakinnya seorang isteri kepada suaminya jugak bisa menaikkan keyakinan diri suami, semangat dan keikhlasan dia untuk terus memperbaiki ekonomi dan kehidupan rumahtangga.


Bersedekah sentiasa. Hulurlah duit semampu anda kepada ibu bapa kedua belah pihak. kerana gembira mereka menerima duit anak menantu ni sebenarnya adalah keberkatan Allah yang akan membantu keluarkan kita dari kesempitan duit. PERCAYALAH. akan ada sahaja jalan Allah bukak sedikit demi sedikit bila kita berada dalam situasi sempitkan duit.


ucapan 'terima kasih' yang ibu/ayah lafazkan pada kita kerana gembira dengan pemberian kita yg xsemena tu sebenarnya pertolongan paling hebat sepanjang tempoh 30 hari lalui sampailah hari gaji muncul kembali.


*sorry over panjang*