16.6.13

Kad Ucapan Hari Bapa Untuk Abah (Recall)


Setiap kali menjelang sambutan hari bapa, aku akan ingat satu peristiwa di mana aku nampak anak buah aku tengah crafting kad ucapan hari bapa untuk papa dia.

"Wah wahhhh cantiknye...Daniel buat apa tu?"
"Daniel buat kad untuk Papa. Hari ni kan Hari Bapa"
" owh..." sambil aku mengangguk angguk.
"Ashu tak buat ke untuk Bapak ashu?" tiba-tiba Daniel kasi soalan berbaur sedikit tak cerdik.

"Bapak ashu siapa?"
tanya aku balik.
"Tokmok la" Daniel jawab selamba
"Ha, tokmok mana?"
"Dah meninggal.." dia jawab sambil tersengih sengih menampakkan giginya yang besar besar tu.
"Ha tau pun, kad ape lagi aku nak buat?"

"Takpe, ashu buat sekarang, nanti hari kiamat, bila tokmok hidup balik, ashu kasi la,"

Senyap.

Hari ni aku termangu sepi. Mengenangkan memori antara aku dan abah. Kali terakhir aku bagi kad hari bapa kat Abah adalah semasa aku 9 tahun. Kad tu aku buat sendiri dan aku selitkan di celah celah album foto forensik dan pistol di atas almari bajunya. Aku ingat lagi muka abah tersengih suka. Macam berbunga-bunga hati dia bila tahu anak bungsu dia ni peduli dengan keberadaan dia.

Aku ni nakal orangnya dulu. Macam tak terjanji hasrat seorang Abah bila tengok anak perempuan dia senakal aku. Semasa aku remaja, aku tak pernah akrab dengan Abah. Abah garang. Dia mengajar dengan sepak terajang. Tetap, dibibir dia, aku lah anak paling dia sayang sekali. Entah apa istimewanya aku, Abah saja yang tahu. Yang aku selalu ingat, semasa kecik-kecik dulu, aku lah yang selalu digendong usungnya ke mana-mana saja dia pergi.

Paling buat aku rindu adalah bilakala aku sakit, Abah adalah manusia paling risau. Dia akan berjaga malam untuk monitor aku. Aku ingat lagi time aku kena apendix masa kecik-kecik dulu. Aku menggelupur sakit perut jam 2 pagi. Hujan lebat kilat sabung menyabung. Abah panik terus bawak aku ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Masa tu abah masih lagi pandu Opel Kadet lama. Hujan sangat lebat, pasang viper paling laju pun tak dapat nak tengok jalan raya dengan jelas. Dalam perjalanan ke Hospital dengan aku yang mengerang, aku nampak lampu terang bertentangan kereta kami disusuli dengan bunyi hon besar bertalu talu. Rupa-rupanya Abah dah termakan jalan sebab memang tak nampak langsung. Kami hampir berlanggar dengan sebuah lori yang besar. Aku menjerit

"Abah!!! Lori!!!!"

Abah sempat elak ke bahu jalan. Kami berhenti sekejap. Masing-masing senyap. Aku yang dari tadi mengerang pun terus senyap. Hujan di luar masih lebat.

"Abah..Dekno takut.." abah jawab "Dekno jangan risau. Abah ada." sambil usap kepala aku perlahan.

Selepas sampai hospital, aku kena tahan wad untuk masa 1 minggu. Peristiwa tu aku dan Abah je tahu agaknya. Sebab bila aku tanya mak, mak kata dia tak ingat pun yang abah pernah cerita tentang tu.

(Kesat air mata)

Selalu aku berpesan dengan anak-anak buah aku. Jangan derhaka dengan bapa-bapa kamu. Jangan pernah ada rasa benci di hati dengan bapa-bapa kamu. Apa pun salah silap dia, membenci bukan cara yang betul.

Jangan jadi macam aku. Dah tiada, baru merindu.





8 comments :

kueh bakar said...

sobss..

btol. dah tiada baru merindu.

~ Cik Azz ~ said...

Abah akakpun dah takde dah.. Memang rindu la kat dia.. Cuma sekarang ni pesanan dia je yang diingat selalu..

Akakpun masa kecik pernah kena tahan kat wad sebab terbakar tanpa sengaja.. Sebulan duduk hospital. Masa kena tu abah takde sebab dia askar, susah nak balik.. Tapi dia tetap balik jugak tengok akak..

Al-Fatihah untuk arwah2 abah kita.. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan mereka yang beriman.. Amin..

sweet tooth said...

adoi...nangis plak pagi2 senin nih baca entry ni... sobsss...

ddJaafar said...

yang ada abah pun boleh rindu.
tskkkk..

Irfa said...

akak masih ada mak dan ayah
juga masih ada ibu dan bapa mertua
tak terbayang mcm mana kalau mereka dah takde nanti
apapun alfatihah buat abah noe ye

FataMorgana said...

hari ni sahabat baik saya kehilangan ayahnya,pergi yg takkan kembali.. :(

xxxxxxxx said...

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/57464-fathers-day-a-sad-truth-for-some

Mamamarina said...

nanges ok bace ni.