9.6.13

Natrah

NOTA: Entri penuh bergamba dan cerita keibuan overload.

Tak banyak aku bercerita tentang Natrah kat sini kan? Macam tak eksaited dengan anak kedua pulak kan?  Orang yang memandang aku menerusi alam siber dan blog memang cenderung cakap macam tu la. Tapi aku yang menanggung rasa cinta yang tak bertepi ni...ya, Tuhan saja yang tahu.

Cara aku mengandungkan Natrah berbeza dengan Sabrina. Time Sabrina aku muda dan masih ada mode mengada-ngada dan manja. Semasa dengan Natrah aku banyakkan berjalan dan buat kerja sendiri. Sebab aku teringin nak rasa kelahiran normal. Orang cakap nak bersalin normal kena banyak berjalan.


Semasa Natrah masih di alam rahim aku dah bawa dia ke tanah suci Mekkah dan Madinah. Walau ianya tak menjamin apa-apa, tapi sebagai ibu, aku rasa macam bertuah jugak lah. Ye la, time mengandung pun gagahkan jugak aku ke sana demi untuk beribadah bersama mak dan anak buah aku. Masa ni Natrah baru 5 bulan dalam kandungan kalau tak silap. Banyak pengalaman pahit manis kami kat sana. Setiap kali aku ingat, mesti mata aku bergenang. Cerita lain. Next time lah berbual.


 
Dan mungkin berkat doa, aku berjaya lahirkan Natrah secara normal. 

Natrah lahir putih. Tapi tiba-tiba kulit dia jadi hitam macam ni. ahahahha. Kalau tak kerana sejak dari lahir Natrah memang diserahkan nurse ke pangkuan aku, mesti aku bajet aku tertukar bayi masa kat hospital dulu. Tapi bila fikir balik, kulit aku pun memang gelap. Jadi Natrah ni memang berkulit gelap ikut aku lah kot.

Masa dia mula-mula lahir berat dia 3.2kg je. Kenapa ada 'je'? Sebab Sabrina lahir debab 3.85kg. Sekali keluar macam dah budak sebulan. Terdetik jugak rasa bersalah dalam hati aku sebab masa mengandungkan Natrah aku macam menjaga makan sikit. So bila keluar anak kurus, aku rasa sedih la.


 Natrah 1 bulan. Time tidur selalu tersengih sengih. Dari kecik sampai la sekarang.

Natrah keluar rambut tak selebat Sabrina. Ramai orang cakap muka dia macam aku. Cuma rambut ikut rambut Fandi. Natrah untung, dia lahir terus duduk rumah baru. Sepulangnya aku dari kota suci, terus masuk rumah baru di mana Fandi dah siap punggah pindah barang dari rumah sewa ke teratak comel baru kami.

Jadi di situ lah, kami memulakan kehidupan baru yang serba sederhana kami.

Natrah's First Eidulfitri Portrait in our new crib.


Seperti biasa, genap sebulan, kami akan cukur licin rambut anak kami. Dalam hal cukur ni aku serahkan je ke Fandi. He's a great brave Abah. Ewah. 

Natrah ni mudah tersenyum dan tergelak. Faktor tu lah buat aku selaluuu rindu dia walau berpisah sekejap ke pejabat.

Natrah 2 bulan. She got my lips, kan?

 Natrah 3 bulan. Masa ni aku perasan badan dia dah mengembang macam donut. Sihat wallafiat dengan susu ibu.

Mungkin badan dia yang tak berapa nak berat dan tulang yang kuat, dia dah start meniarap sejak 3 bulan. 

The Siblings. Seperti kebiasaan, Sabrina memang selalu buli adik. Kadang di tolaknya. Kadang di tepis adik dia. Mula-mula Natrah tak faham. Tapi lama-lama dia rasa terganggu dan mula bereaksi. Apa pun aku doa, agar diorang jadi sahabat baik sampai bila-bila.

 Natrah 4 bulan.

Seperti Sabrina jugak, aku memang nak biasakan anak aku yang sorang ni dengan buku-buku. Kalau dia main iPad sekali pun, apps yang aku dedahkan ialah apps edukasi, abc, mengeja dan sebagainya.

Kalau Sabrina si Bintang Sulung. Natrah si Bintang Manja. Kalau ada aku, dengan orang lain dia kurang mahu.

Semenjak ada Natrah, kami kerap ada aktiviti keluarga. Kalau time duit berlebih kami ke amusement park. Kalau time rabak, kami ke taman-taman rekreasi atau kadang-kadang ke kolam renang bawah rumah je. Asalkan weekend tu untuk kami dan anak-anak.

Natrah 5 bulan

Masa ni dia dah start mengesot dan nak belajar merangkak. Tapi Natrah ni mungkin manja sangat, setiap kali dia gagal nak merangkak, dia akan frust dan merengek.

 Natrah 6 bulan. Dan seperti kebiasaannya, semua benda nak masuk mulut.

Natrah 7 bulan, aku dah mula kenalkan dia dengan iPad secara langsung. Sebelum tu dia tengok tengok dari jauh je. Mujur kami ada dua iPad, (1 yang memang beli, 1 dapat hadiah cabutan bertuah). Jadi takde la berebut dengan Sabrina.

Natrah 8 bulan. Time ni natrah dah mula jalan paut kat sekitar sofa.

Salah satu aktiviti anak beranak hujung minggu.

Natrah 9 bulan. Masa ni dia dah laju merangkak. Dah mula berdiri sendiri dan masih berjalan jatuh. Cepat jugak Natrah ni berjalan. Mak aku kata, Natrah cepat berjalan macam aku dulu. Mak Fandi kata Fandi pun start berjalan time 9 bulan. Mana-mana lah. Semua mak nak mengaku anak power. Heheheh.

Kami di Genting Highland. Masa ni balik kampung mak aku untuk mengundi. Dari rumah mak aku ke Genting Highland cuma 20-30 minit sahaja. Yang paling seronok ialah Sabrina. Natrah pun seronok jugak la. Tapi cuma dia kecik lagi. Next time kita datang lagi.


Natrah 10 Bulan.

Dia dah pandai sentuh iPad. Dah pandai slide. Tapi belum pandai open apps la. Masih perlu bantuan orang. Apps yang dia paling suka ialah My First Words. Dulu Sabrina mula belajar pun dengan apps yang sama. Korang boleh cuba install untuk anak-anak korang jugak. Cuma aku tak pasti samada apps ni ada dalam gadjet lain selain iOs apple atau tidak.

Dah mula makan bubur nasik. Oh ya, Natrah dah tak fully breastfeed sejak 8 bulan. Terlalu sibuk di pejabat sampai selalu miss time mengepam, sampai susu aku pun dah kurang. Sama lah macam Sabrina dulu. Jadi sekarang Natrah lebih banyak minum susu formula je lah. Dan dia pun dah ada gigi 2 batang di gusi bawah. Pun agak cepat dari Sabrina.

Natrah 10 Bulan.

Dah berjalan ke sana ke mari. Dah taknak merangkak dah. Kemain sungguh.

Gelagat adik beradik. Natrah suka tengok Teletubbies. Kemain eksaited kalau nampak benda tu. Sabrina la yang start perkenalkan. Sampai sekarang, kalau dia menggelupur kat publik, aku akan bukak katun teletubbies tu kat phone aku. Baru dia senyap.

Semenjak ada Natrah, aku rasa semakin bertanggungjawab untuk segalanya. Jadi, segala benda remeh memang aku tak layan sangat. Kalau kerja dipejabat dah habis, aku akan balik rumah terus kalau tak ada benda penting lagi.

Aktiviti lain pun, kalau tak cendorong ke arah kekeluargaan pun aku tak minat nak pergi. Semuanya aku lakukan sebab anak dan keluarga yang Allah amanahkan kat aku. Lagi pun memang tiap-tiap minggu aku dah banyak plan yang menunggu.

Tunggu lah nanti kalau anak dah besar sikit dah faham banyak benda, baru aku asingkan secebis masa untuk diri sendiri.

Sekarang dah masuk June. 23 hari bulan ni genap Natrah 11 bulan. Kemudian lagi sebulan, genap dia setahun. Ulangtahun pertama Natrah mungkin aku tak sambut pada July. Sebab bulan puasa. Kalau sambut pun sesama keluarga  je lah. Ogos tak boleh kacau sebab bulan merai Aidilfitri. Mungkin kami buat kecil-kecilan pada September. Family and close friend je lah macam biasa.

Cepatkan masa berlalu?


p/s: Tengah strugle meng-qada puasa tahun lepas. Natrah keluar time bulan Ramadhan. Ada 16 hari lagi ni. Sempat kaaaa????

8 comments :

Maryam said...

your daughters semua pretty akak :)

ana kimi said...

suka sangat entry keibuan ini, rasa macam nak dapat anak jugak!

Shahada Fauzi said...

baru nak tegur yg lips natrah memang sebijik ko noe..tapi ko dah mention dulu..hehe..

comel sgt entri keibuan ni..suka!

Alia Laila said...

Tersentuh saya baca. Haih :')
Sempat kak ganti puasa, sebulan lagi sebelum Ramadan :)

Nurish said...

Comel tengok baby. Moga Allah beri peluang itu juga....

ღnFashyaღ said...

Saya pun ada lagi 15hari utk qada' puasa. Insyaallah sempat. Natrah and my son sebaya. So cute natrah...comei sangay tgk baby2 da pandai berjalan.

ღnFashyaღ said...

Saya pun ada lagi 15hari utk qada' puasa. Insyaallah sempat. Natrah and my son sebaya. So cute natrah...comei sangay tgk baby2 da pandai berjalan.

kueh bakar said...

konpiden habis dalam air...macam cover kaset nirwana...ahaks