19.6.13

Produk Herbalife Yang Sesuai Untuk Saya?

Setiap kali aku terima text di Whatsapp, sms atau emel, rata-rata semua akan tanya aku yang mana satu produk Herbalife yang sesuai? Pack apa yang sesuai untuk diambil? Apa fungsi setiap satu?
Okay lah,

Macam yang aku pernah cakap, Herbalife ni bukan ubat. Ianya makanan yang bakal korang gantikan dalam rutin pemakanan korang. Contoh' Waktu Sarapan dan Dinner, kita minum Shake je. Herbalife ni kalori control diet. Jadi kalau Sarapan dan Dinner korang dah ambik makanan yang rendah kalori takde kolestrol dan kaya nutrisi, mestilah akan efek pada penurunan berat badan.

Kalau ditanya apa produk Herbalife yg patut diambil, sebenarnya jawapan adalah berbeza mengikut individu. Herbalife adalah produk yang mempunyai target tertentu. Apa masalah kamu. kaji. Dan aku akan sajes apa yang korang patut consume lah.


Berikut adalah senarai produk herbalife yang boleh membantu penurunan berat badan serta fungsinya sekali;


FORMULA 1 SHAKE (perisa Dutch Chocolate, French Vanilla, Strawberry, Cappuccino, Tropical Fruit) :

Ini adalah core product herbalife di mana ianya adalah shake yang mengandungi semua Vitamin yang diperlukan badan. Kalorinya hanya 90-250 tertakluk kepada cara penyediaan kamu lah. Kaya dengan 55 Vitamin dan fiber. Segelas Shake Formula 1 ni mengandungi 
  • Kalsium macam 2 cawan yogurt
  • 1 biji buah oren
  • Vitamin E macam sesudu mintak bunga matahari
  • Vitamin A dengan 100gm Keju Chedar
  • Kalium dalam 1 biji pisang
  • Protein dalam 1 filet ikan kod bakar
  • Magnesium dalam 100gm bayam
  • Niasin dalam 1 hidangan daging berbiri bakar.

Aku cadangkan ganti sarapan dan dinner kamu dengan shake ini untuk kesan yang optimum. Dengan cara itu, kalori akan mudah terkawal dan memang akan cepat untuk lose weight.

FORMULA 3

Protein tanpa lemak ni selalunya dicampurkan sekali ke dalam shake formula 1. Ianya berfungsi untuk kasi korang kenyang lebih lama lah. Apa yang aku faham tentang Formula 3 ni, ianya bantu pembinaan otot dan menggantikan lemak yang tersingkir tu dengan otot-otot. Sebab tu kalau sesiapa berpengalaman ambik Herbalife, rata-rata akan shape up kat bahagian pnggang, punggung, bawah ketiak, sebab kat situ je lah pun yang selalu menggeleber aduinya pun.

Dan semua anak didikan coach aku akan bagi feedback "Jeans lama dah muat!"

Protein ni memang tak ada lemak, tak de karbohidrat, kolestrol, garam, gula dan segala pemanis.

Ada yang campur dalam yogurt, kacau2, then minum. Ada yang campur dalam sup. Mat saleh siap buat kek campur benda ni. Tapi kalau aku nak hidup senang, aku campur dengan shake Formula 1 je lah.

Fakta yang paling menarik yang aku tau pasal Formula 3 ni ialah, ianya dapat mengelakkan badan kita naik balik kalau once dah dapat ideal weight, dan nak stop consume herbalife. Tapi aku rasa itu bergantung kepada cara hidup/makan yang korang pilih jugak la kot. Kalau after dapat ideal weight, korang belasah kfc hari-hari dengan takde senaman, pun macam tak menjamin jugak lah.

TEAMIX (Lemon Flavor 50/100gm, Peach Flavor 100gm only)



Teamix ni campuran teh hijau berkualiti. Teh hijau ni memang dah sedia maklum sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme di dalam badan. Aku pernah diberitahu bahawa secawan teamix, sama macam korang jogging padang bola sepak 5 pusing di mana korang memang rajinnn sangat nak jogging hari hari gitew khennn.. kof kof kof.

Teamix membantu pembakaran kalori berkesan dan mengurangnya pengurangan berat badan sebanyak 20% lebih pantas dan selamat lah. Ianya boleh detoks sekali dan disingkirkan melalui air kencing lah.
Selain bantu meningkatkan tenaga dan kurang letih, ianya juga berfungsi antioksidan untuk awet muda lah.

Tips bagi orang yang rajin bersenam : Minum teamix 30 minit sebelum memulakan aktiviti. Dan semasa aktiviti pun minum ni sekali. Memang akan sweaty gila. Burn extra kalori.

Boleh dihidang panas dan sejuk

HERBAL ALOEVERA CONCENTRATE


Selalu aku akan tanya samada ada masalah constipation ke tak? Hari-hari buang air besar ke tak? Sebab ia adalah tanda utama yang mengatakan kamu ada masalah penghadaman. Bila ada masalah penghadaman, bermakna susah la nak turunkan berat badan. Teori dia mudah je. Kamu makan hari-hari, tapi buang air besar jarang-jarang. Agak tidak sihat disitu lah kan.

Aloevera concentrate ni membantu membersihkan dinding usus. Bila dinding usus dah bersih, penyerapan nutrisi (yg korang amik dengan formula 1 dan 3) akan lebih berkesan lah.

Ianya terbukti dapat membantu proses penurunan berat badan sebanyak 20-30%. Bagi yang rasa sistem penghadaman dah okay, nak amik ni pun lagi bagus sebenarnya. Lagi cepat turun.


TC FORMULA


TC Formula ni dikatakan sangat membantu mereka yang mempunya metabolisme yang rendah. Selain dari mencergaskan badan, ianya membantu mengawal selera makan.

TC Formula ni baru masuk Malaysia. Aku pun baru nak cuba. Selalunya distributor akan cuba sesesuatu produk dulu, kemudian baru lah boleh cerita hasil dia. Hari ni hari kedua aku consume benda ni, aku rasa memang kurang lapar dan bertenaga. Nanti dah genap sebulan aku makan benda ni aku akan review balik lah.

Sila lah Emel faridahnoor@gmail.com atau WhatsApp/SMS di 0123102140 untuk bertanyakan harga


Adakah Kamu Kena Ambil Kesemua Produk Di Atas?

Oh tidak semestinya. Macam yang aku cakap, sebelum kita mula consume Herbalife, fahamkan dulu badan sendiri. Apa masalah kamu, dan kemudian selepas faham fungsi2 setiap produk ni baru lah korang decide yang mana korang nak amik.

Kalau korang nak ambik Shake Formula 1 itu sahaja pun boleh loose weight. Tapi jangan la jangka penurunan yang laju. Apa pun kena sabar dan disiplin lah.

Pilih coach herbalife yang berpengalaman, bermakna yang dah pernah consume produk-produk di atas. Atau lebih baik lagi, coach kamu yang dah pernah gemuk, dan kini kurus dengan Herbalife. *kof kof kof*

Nantikan promosi Botol Air dan shacker percuma untuk pembelian pek Herbalife di bawah ini. (Free gift hanya untuk pembelian pada harga retail sahaja)

Set ini dapat Percuma Shacker Cup

 Set ini dapat Percuma Shacker Bottle

 Set ini dapat Percuma Shacker Cup dan Water Bottle



Pack yang aku buat ni adalah hanya cadangan sahaja. Kalau korang nak beli loose, nak buat pack sendiri pun boleh.

Kalau berminat nak membeli dan jadikan saya sebagai coach kamu, sila lah Emel faridahnoor@gmail.com atau WhatsApp/SMS di 0123102140 

Ewah.











4 comments :

Irfa said...

dh pernah berwasap dgn noe sblum ni
skrg tgh kumpul duit ;)

Hikari said...

yeay.. jeans lama saya dah muat.. dah semua baju2 pre preggy.. woha!!

nk lagi optimum eksesais.. baru badan pun fit!

Teks DiBlogspot said...

Ia makasih ya tipsnya


http://teksdi.blogspot.com

Norul Abdul Halim said...

Nak Tanya, kalau dah minum supplement lain macam aura white ke, jus delima ke, jusr kurma ke, susu anlene ke, boleh berselang denagn herbalife juga? karang dah terlebih minum macam-macam dalam satu-satu masa, plak nanti. Please advise.