16.7.13

Dari Kuala ke Muara


Minggu lepas aku berbuka puasa di kampung mak aku. Kalau tak silap ini pertama kali selepas berkahwin, aku siap ambik cuti sebab nak berbuka dengan mak di bulan Ramadhan. Dan di rumah mak aku, aku cenderung untuk memilih ruang untuk bersendiri. Ruang yang dulu used to be my perfect ruang lah apa aku cakap ni entah.

Kemudian petang hari aku ke sungai bawak anak-anak bersuai kenal dengan salah satu anugerah besar Tuhan. Dulu time aku remaja, kalau kena marah dengan abah aku akan ke mana-mana sungai di sekitar daerah untuk melantun segala rasa dalam hati. Sambil menyedut dan menghembus karbon monoksida yang bercampur sedikit nikotin dan tar, aku akan berpuisi sendiri dalam hati. Tapi macam biasa lah, bila kau sandarkan kekecewaan dengan elemen haram, tenangnya sekejap je.

(Jangan risau. Aku dah berhenti lama dah.)

Tapi hari tu, aku bawa anak-anak dan suami - yang aku sibukkan hanya nak pegang Natrah yang gasak mengocak kaki di gigi air. Kemudian Fandi capai Natrah untuk dibawa ketengah sungai dan tinggalkan aku yang masih di tepi - aku hanya memerhati. Sabrina dah jakun tak tentu arah mengutip batu-batu dari dasar yang cetek.

Aku tenung alir sungai  - dan masuk ke alam solidariti sendiri.

Sungai -

Mengalir laju mencelah disetiap batu-batu yang kekal membatu. Laju. Dari Hulu, membawa ke kuala dan muara. Sesekali terjumpa bendasing yang tak sepatutnya menganggu lalu, tapi ia tetap mengalir. Ke teluk dan akhirnya tenang bertemu laut. Selalu pun macam tu.

Cuma kalau ada sungai yang kurang bernasib baik, ia akan diracun polusi. Sekecik-kecik polusi adalah air kencing dan tahi orang yang datang mandi. Selebih-lebih, kau google image sendiri lah ‘Sungai Klang’. Tapi yang pasti ia terus mengalir.

Tak ada siapa nak marah.

Oh ha’ah ya, tak ada sesiapa pun nak marah kejadian sungai yang bebas mengalir mengikut arus.

Dulu, aku ingat lagi, tahun 1999 ada projek nak bina empangan di Sungai Peretak Kuala Kubu. Semua rakyat jati pun marah. Bagi mereka sungai tak boleh disekat-sekat. Risau mara bencana. Katanya kalau empangan pecah, tenggelam satu Kuala Kubu Bharu. Betapa projek RM2juta dibincangkan macam projek RM2 je. Nampak? Semua orang marah kalau aliran sungai disekat.

Tak macam hati; Kadang terbit rasa suka, tapi kau risau aliran kesukaan kau tu terlarang. Atau kalau tak terlarang pun, kau kena fikir banyak aliran hati-hati lain. Hati tak boleh bercabang-cabang macam sungai; kata mereka. Kena terus mengalir ke haluan yang satu sampai bertemu laut; dengan tenang.  Atau aliran yang dah sedia ada tak boleh ada rasa benci. Kalau tak nanti; berdosa. Masuk neraka. Kadang-kadang aliran deras, puas kau hala ke arah yang betul, kau bina benteng. Susun batu tinggi-tinggi. Tapi tetap masuk ke cabang yang terlarang. Mula-mula sikit. Lama-lama susah nak disekat lagi.

Sampai lah satu ketika sungai dalam hati kau diracun polusi yang melampau sampai tahap serik nak mengalir lagi.

Masa tu ‘kerajaan’ pun dah tak larat nak launch kempen “Sayangilah sungai kita”




Dah. Jangan nak berkerut sangat.

Anyway, projek Empangan Sungai Peretak Kuala Kubu tu sudah pun siap dengan jayanya. Setakat ni tak pecah lagi- dan Peretak masih lagi menjadi tempat yang tercantik di daerah Kuala Kubu Bharu.




18 comments :

Madam Amie said...

Em.

abby said...

dalam maksud ni. biar aku digest dulu.

erranis said...

dasyat sungai tu...:-)

Irfa said...

puitis sungguh bahasa ;)

Hikari said...

IKUT HATI MATI..
SO KENA IKUT IMAN..
TAPI..
SUSAH SEBENARNYA NAK IKUT IMAN NI..
SEBAB IMAN KURANG/TAKDE DALAM HATI..

sekian
*malas nk off capslock.. masa tgh lancar idea menuruni jari jemari dan seterusnya ke keyboard*

~*kinah*~ said...

LadyNoe, macam mana akak bleh tw kitorang (maybe tak semua) ni tgh berkerut? hahahaha sbb mmg tgh berkerut pun. cis2.

kueh bakar said...

memang berkeruuttt...

hahaha.

payahnya tentang sungai - bila kau memilih cabang lain - there's no turning back...

xxxxxxxx said...

Malas nak forking this time, gonna be direct: JANGAN MACAM-MACAM NOE...JANGAN MACAM-MACAM...

Wanie Nasir said...

noe,kau ada masalah ngan fandi ka?

Ladynoe™ said...

XXXXX: hahaha ras amacam pertama kali i senyum membaca komen u.

WANIE : huh? (berkerut)

Ladynoe™ said...

KUEH BAKAR : agreed.

kinah : 5 tahun study ilmu psikologi.

HIKARI : ikut hati, mati tu pepatah lapuk. tapi kadang2 relevan jugak ye dak?

shahirahkhairudin said...

deep betul. ni kalau sungai kena kepala air pulak macam mana ni noe.

Ayuni Ayatillah said...

Aih memang saya berkerut sampai awk kata dah jgn kerut sgt hahaha. Bestla awak menulis.

~ Cik Azz ~ said...

Cantik sungai tu.. Moga airnya terus mengalir dengan tiada sekatan dan pencemaran.. Suci bersih la hendaknya.. Amin...

Na Rieana said...

anyway, kuala kubu bahru memang punya sungai yang cantik. saya sangat suka datang perak. tenang.

Haris Zuhaina said...

As Salam.
Ni kat Sg. Pinang,kan.. mmg best kat sini.. rasa kat atas tu cam ada pantai plk...

My name is Wanita, and this is my story... said...

Salam.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari pembaca setia :)

Raimizad Ariff said...

randomly search for Kuala Kubu Bharu and stumbled upon this. Finally theres someone from KKB!