10.7.13

Kacang Botol di Tingkat 16

Sejak aku kecik abah memang rajin ajak aku berkebun. Kalau dia ke kebun, dia akan ajak aku. Oleh kerana aku satu-satunya anak dia yang sasa, dia selalu suruh aku angkut baja, pasu dan benih benih pokok untuk disemai. Abah aku muka bengis. Tapi tangan "sejuk" sebab apa dia tanam semua menjadi.

Sedikit sebanyak hobi abah tumpah ke aku. Walau mak cakap duduk di rumah atas angin, susah nak bercucuk tanam, nak nak di tingkat 16 ni; tapi ku gagahkan jugak beli benih benih dalam peket. Aku beli tanah organik dan pasu-pasu kecik. Saja aku nak sangkal teori mak aku tentang hobi bercucuk tanam dan tinggal di kondominium tinggi melangit. Bukan tak boleh beli pokok dah siap. Tapi saja.

Jadi 2 bulan yang lepas aku tanam pokok Kacang Botol. Jenis sayur ulam kegemaran yang aku akan makan dengan nasik setiap kali lunch. Itu je lah pun ulam yang rajin dijual.

Kacang botol ni jenis tumbuhan memanjat. Jadi benihnya aku semai betul-betul tepi pagar balkoni rumah aku. Seminggu selepas semai, ia mulai tumbuh. 2 minggu dia dah menaik. lepas tu dia dah mula memanjat di setiap besi gril. ada 3 pasu, jadi dari dalam rumah aku boleh tengok pokok hijau yang segar sedang memanjat dengan jayanya. Aku memang jaga semua pokok-pokok aku. Mana yang patut aku siram 2 kali sehari, aku siramkan. Baja, suplemen organik, semua lengkap lah.

Genap sebulan, dia dah memanjat semakin tinggi. Tinggi...tinggi dan tinggi sampai mencecah siling balkoni. Seronok bukan main aku menunggu buah nak tumbuh tapi tak bercambah cambah lagi.

Tiba-tiba Malaysia dilanda jerebu.

Seminggu lebih kita hidup dalam jerebu teruk.

Pokok-pokok aku nampak macam sakit. Termasuk lah Kacang Botol aku. dia dah tak memanjat lagi. Daunnya semacam bertompok putih. Daun melayu semacam kena jangkitan entah apa. Tapi aku tetap tak putus asa. Aku siram dia. Aku cakap-cakap dengan dia;

"Sayang get well soon,"

dan akhirnya daunnya berubah kekuningan dan kering. Aku tak putus asa. Aku masih siram. Siram siram siram walau aku sendiri tak pasti daun yang kuning kering mcam tu ada peluang lagi tak nak menghijau dan segar semula.

Dah dua minggu dah aku masih bertabah dan percaya pokok kacang botol aku akan segar, hijau dan memanjat kembali.

Macam biasa aku akan cakap "Cantik lah balik macam dulu, please," setiap hari. Sampai aku tak sangka termenitis air mata aku tengok pokok yang aku semai sakit, layu, nak mati.

Fandi tengok aku menggeleng. Dia kata aku weird. Pokok tu dah mati dah. Buang je lah. Pokok je lagi pun.

Dia tak tau; kerana perangai aku yang 'weird' ni lah, aku masih disamping dia. Bukan tak pernah pokok di hati aku mati tapi ku siram, baja dan segar kembali. Yang dia nampak; Aku weird dan suka membuang masa dengan benda yang bukan-bukan.

Sebab mana-mana aku pergi, selalu aku dengar;  "Selagi boleh sabar, sabar," Banyak lagi baja bagus bagus yang kau boleh guna.


Aih rindu betul kat Abah.



14 comments :

ddJaafar said...

saya masih menunggu pokok cendol.

heheh.

Rapunzeel Cikilolo said...

sedihnye...

bkn orang yang tgn 'sejuk' memang suke ckp dgn pokok kan?

Cik Puan Rara said...

alahai sedihnya.dh mati ke pokok tu.hmm xpelah.tanam lain eh.rara ni xleh menanam.nt sume mati.hehehe.

Irfa said...

MEMULA BACA GEMBIRA TP ENDING SEDIH LA PULAK :(
TANAM BALIK LA..POKOK TU CEPAT TUMBUH

chiku the chucuru said...

"Bukan tak pernah pokok di hati aku mati tapi ku siram, baja dan segar kembali."

"Selagi boleh sabar, sabar.."



Deep meaning noe.. selagi boleh sabar...

O'gosh Iskandar said...

erm..sedih plak dah..

Mrs Kamilah said...

Samalah sayur kegemaran kita. Rindunya nak ber'gardening' lagi.

mummy_icha said...

Mcm suami saya, muka penjajah cina tapi tangan sejuk tanam apa pun hidup segar. Nasib baik lepas jerebu pokok2 kecik kami kat luar pagar tu tak mati. Nasib baik jerebu hanya mematikan pokok saja, tak cukup kuat utk menyebabkan manusia mati. Kalau tak... Sabar noe, nanti beli benih lain, tanam lagi. Selagi boleh tanam, tanam... :-)

Nur Abu Bakar said...

Ni bkn cite pasal pokok, mcm cite pasal hati jer :/

ana kimi said...

xpe, siram banyak-banyak lagi k, bia pokok kacang tumbuh sampai ke langit, hehe

talkwithmykeyboard said...

spechless kak.. T_T
macam mana akk boleh cari dan cari dan cari baja-baja yang bagus tu..

sbb sy .. susah nak jumpa baja-baja bagus dan cuba untuk bertahan mcm kak noe buat..sekali mati..lenyap terus..

xxxxxxxx said...
This comment has been removed by the author.
xxxxxxxx said...

Nothing is ever what they seem, even the mountain crumbles upon contact with the Quran...set your words to roam free beyond the language barrier

~ Cik Azz ~ said...

Mungkin pokok tu terlebih baja kot.. Sebab pasu dia kecik, tentu tanah diapun sikit je.. Panas pun ya jugak tu.. huhuhu...

Akakpun selalu cakap dengan pokok tapi pokok bunga la sebab akak memang suka tanam pokok bunga..

Kacang botol ni kalau diikutkan tak payah jaga beria.. Kadang2 daun dia dah luruh semua tapi tak lama lepas tu akan keluar pucuk baru.. Itu yang tanam atas tanah la sebab akar dia masih lagi hidup menjalar..