5.7.13

Perkara Rawak #076 - Rawak 30-an

Kelmarin aku duduk berbual dengan Kak Ju tentang pengalaman masing-masing. Oleh kerana kak Jue ni agak banyak umurnya, maka tak boleh la aku nak nafikan yang pengalaman dia memang lagi empuk dari aku.

Kak Ju ni beranak empat. 3 perempuan sorang je lelaki. Perbualan kami bermula bila kak Ju tanya aku bila aku rancang nak next baby? Kalau ikutkan perancangan hidup sejak aku remaja dulu, aku memang nak anak setakat 3 orang je lah. Bukan aku taknak challenge mak aku yang mampu beranak sampai 5 orang, tapi atas sebab-sebab logik dan teknikal, dicampur dengan teori dah tahyul sedikit sebanyak, setakat ni, perkiraan aku, memang 3 orang je lah anak.

Kalau agak-agak Fandi nak tambah anak 4-5-6 orang, aku ikhlas izinkan dia berkahwin seorang lagi dengan mana mana gadis atau janda pilihannya......di neraka.

Anak bungsu kak Ju, kini baru berumur 9 tahun sementara anaknya yang lain sudah pun berumur 24, 23, 19 dan masing2 tengah di menara gading. (dah lama tak guna perkataan menara gading). Kalau ikut perkiraan umur, kak Ju last mengandung semasa dia berumur 37 tahun. Lalu aku bertanya dengan penuh gaya;

“Apa perbezaan mengandung semasa kali pertama dulu, dengan yang bungsu tu? Dengan umur akak pun 37 tahun. Ada beza tak dari segi tahap kesihatan?”

Kak Ju jawab lebih kurang macam ni;

“First akak mengandung umur akak baru 24 tahun. Masa tu akak muda dan over excited. Excited tu sebenarnya bagus, tapi sebenarnya meletihkan. Bila akak dah umur 37, keadaan semua dah stabil. Mengandung pun sebenarnya rasa happy kalau nak dibandingkan dengan yang mula-mula. Sebab masa tu gaji kita dah stabil. Dah tak terkais-kais macam masa muda-muda. Kalau nak pegi swasta pun tak payah nak risau pasal kos. Setakat 7-8ribu kos tu kita dah menyimpan sikit sikit masa muda. Pastu anak-anak yang lain dah besar. Reti makan sendiri, urus diri sendiri. Akak dapat spent time dengan diri sendiri secara aman damai. Balik kerja boleh ngaji untuk baby dalam perut lama-lama. pastu i can pampered my self. Bila rasa nak beli barang-barang baby pun main beli je. Semua kerisauan semasa kita muda-muda dah tak ada. Emosi stabil. Kewangan stabil. Fizikal stabil,”

Aku terpana macam budak tadika yang kali pertama dengar cerita Cinderella.

Aku selalu anggap perempuan yang dah berumur 30 dan ke atas mempunyai sinar yang tersendiri. Terlalu banyak cerita untuk diceritakan. Atau mungkin disimpan sahaja. Banyak tempat jatuh yang dulu kalau difikir sangat menyakitkan, tapi kadang-kadang rasa seronok bila dah tahu mana port yang buat kau jatuh.

Selera pun dah tak adik adik lagi. Mungkin dulu kau suka perkara A, tapi kini kau suka perkara B. Kalau dulu tengok lelaki asal comel keluar masuk gig je dah suka. Mungkin masa kau dah berumur sikit nanti kau akan tengok dari segala sudut.  Kena macho sikit. Rajin Eksesais sikit. Janggut-janggut sikit. Dada berkepak sikit. Mata kecik sikit. Tapi hidung mancung kena banyakkk sikit. Pastu rajin pegi masjid.

Calon menantu, misalnya.

Hehe.



p/s: Semoga umur diberkati.




10 comments :

Mooniqueen said...

Betul tu...persepsi (betul ke ejaan ni) :) kite maybe berubah mengikut edaran masa dan zaman kite...

ddJaafar said...

rezeki tu sentiasa ada untuk anak-anak.

yang dd rasa sangat perbezaan masa mengandung ni adalah : anak pertama masa umur 26.maka aktiflah dd.

anak ketiga masa umur 30.fuhhh..rasa nak tido je sepanjang pregnancy tu.hehehe

Mohd Fauzli said...

Pengalaman mendewasakan kita... setuju dengan Kak Ju tu...

Anoneemus™ said...

Yeah if I ever got married again pun I would still wait till the time is right to have a child. Lain orang lain lah resipi hidup dia, kan?

Na Rieana said...

wah tak sabar nak rasa excited macam yang pertama kalinya...... hehe

Irfa said...

mana butang like nih ;)

mummy_icha said...

Bagus kak Ju ni. Sharing beautiful moment with us too :-)

Byzura Mj (By) said...

tetiba rasa nak ngandung lagi. eh tetiba :D

makcik tempe said...

happynya kak ju? Lain orang lain pandangannya.

xxxxxxxx said...

Fandi wrote: 'calon menantu'...di neraka b-(