9.7.13

Prelude Seram Sempena Ramadhan

Semalam Jam 12.45 tengah hari tadi.

Tandas pejabat aku terletak di hujung bangunan pejabat. Tandas perempuan di hujung sebelah kanan. Tandas lelaki di hujung sebelah kiri. Ada satu pintu tengah yang menggabungkan kedua-dua ruang itu untuk sesiapa sahaja yang lalu nak ke pejabat aku dan lif ke mana-mana.

Lalu selepas ke tandas, aku berjalan nak balik ke pejabat. Setentang dengan aku ada seorang perempuan berbaju putih, tudung labuh hitam menuju ke arah yang sama dari tandas lelaki. Oleh kerana aku rabun, jadi aku memang tak nampak langsung raut muka dia.

Aku tunduk acah acah betulkan butang pergelangan baju aku haritu bagi menghilanggkan kejanggalan. Niat aku, kalau dah dekat sikit, aku memang nak senyum selisih lah macam biasa.

Tapi bila aku angkat je kepala, perempuan tu dah tak ada.

Dalam kerut dahi spontan aku berlari nak tengok samada dia dah sampai ke lif atau masuk ke mana-mana pintu pejabat.

Tetap tak ada. Lagi pun kalau dia masuk mana-mana pintu pejabat, akan dengar bunyi "tit" kad akses dan "gedegang" pintu ditutup. Tapi memang tak ada.

Aku pusing satu department nak cari pemakai baju putih dan tudung hitam labuh. Tak puas hati sebab tak jumpa aku masuk ke jabatan sebelah menyebelah. Buat muka kering masuk jabatan orang takde motif sambil perhati sorang demi sorang. Nasib baik aku memang terkenal dengan sifat ramah tak ramah sangat jadi kalau orang kerut kerut dahi tengok aku, aku sengih je la.

Memang tak ada.

Sekarang ni aku terfikir, yang aku nampak tudung hitam tu, sebenarnya tudung atau rambut?


ah celaka.






19 comments :

julia jamaludin said...

hehe..nasib baik lah rabun yek..

Maryam said...

rabun pun ada kebaikan dia. kalau akak tak rabun, tak tahuuulah nampak ape

mummy_icha said...

isk isk... seram gak tuh

Shahada Fauzi said...

ok..itu seram..hehe..

tudung kot..bukan rambut..mujurlah rabun..hehe..

~pUaN nAd~ said...

akak, mungkin nak lalu wat kali terakhir sblom masuk ramadhan kot. mlm ni kan dah kene ikat dah.hewhewhew. sib baik jugak akak rabun. kot tetibe nampak pompuan tu xde muke camne?hewhewhew. selamat bpuase kak..;)

Azizi Zain Hetfield said...
This comment has been removed by the author.
Azizi Zain Hetfield said...

Orang istimewa saja yg terpilih untuk terserempak dgn benda2 halus ni.

Azizi Zain Hetfield said...

Orang istimewa saja yg terpilih untuk terserempak dgn benda2 halus ni.

D Yatie said...

Nasib baik rabun. Kalau tak, mau menjerit dah. Huuu

Irfa said...

eh seram la pulak.huhu

beta kupu said...

kan...rabun penyelamat, kalau tak mau pengsan! hehe

Byzura Mj (By) said...

dah sudah. hewhewhewhew

xxxxxxxx said...

Don't let curiosity get under your skin...given enough curiosity, the cat meets its Maker.

ddJaafar said...

jangankan noe,aku sendiri takbleh blah dengan xxxxxxxx ni.hahaha..

ok.ini lawak orang rabun nama dia.

Ashypink said...

ok seram..meremang aku baca cerita ni huhuuu org kate kalo kite meremang bulu roma dgr cerita seram..maksudnya betolla tu huuuuuu

Cik Puan Rara said...

hehehehe seram gak tu.haih~

coklat~vanilla said...

Kawan akak kt opis ckp mmg sblom msk Ramadan, depa wat pesta sket. Jemahat lps, mom ada ceramah perdana it opis. Kami keluar p jumpa sorang officer. Tggl minah tu sorang dlm opis..selamba je benda tu
mlintas lalu bkomunikasi dgn kwn akak tu.


Utk makluman,kwn akak tu mmg diberi Allah nmpk bnda halus ni

coklat~vanilla said...

Kawan akak kt opis ckp mmg sblom msk Ramadan, depa wat pesta sket. Jemahat lps, mom ada ceramah perdana it opis. Kami keluar p jumpa sorang officer. Tggl minah tu sorang dlm opis..selamba je benda tu
mlintas lalu bkomunikasi dgn kwn akak tu.


Utk makluman,kwn akak tu mmg diberi Allah nmpk bnda halus ni

Aina Aadnan said...

Rabun ni best. Dulu masa kat asrama, balik dari toilet, mata mesti mcm nak pandang ke tangki air. Org kata tangki air kan mcm berhantu sikit, tapi disebabkan rabun, pandang je la. Agaknya hantu kalau approach kita pun dia jadi bosan sebab takda respon. Hehe