12.7.13

Ringkasan Kronologi Berpuasa Dengan Herbalife

Ohai, selamat berpuasa bagi semua umat Islam yang membaca.

Mintak maaf lah bagi yang menunggu entri kali ni. Tak banyak yang aku nak tuliskan cuma aku nak share serba sedikit cara berpuasa dengan Herbalife. Ye lah, selain dari merebut amalan-amalan khusus, tak ketinggalan juga ada sesetengah umat yang ambil kesempatan Ramadhan untuk menurunkan berat badan.

Okaylah terus terang, sepanjang aku hidup, bulan Ramadhan bukan platform yang tepat untuk aku turunkan berat badan. Aku tak pernah pun kurus semata puasa. Sebab tipikalnya, aku macam korang jugak (eleh baik mengaku.) Time berbuka aku akan bantai makan dalam kuantiti yang tak jelita langsung. Kemudian after terawikh, aku akan ada sesi second round. Pastu memang sebulan la tak bersenam or such. Jadi samada berat aku akan maintain, atau turun sikit 2kg, kemudian apabila aidilfitri menjelma, berat aku akan naik 12kg.

Tapi tu dulu la.

Sekarang aku nak cuba turunkan lagi berat aku dalam 4-6kg sempena ramadhan ni. Dengan satu cara yang disarankan yang aku sendiri cuba nak ikut. Bagi yang nak turut serta sekali, moh lew;

1) SAHUR
Bangun awal 4-4.30 pagi
Minum segelas air. 250-500ml
Bancuh alovera 400-500ml, minum.
Bancuh teamix 400-500ml
Bancuh Shake 300ml, minum
Makan kurma 3 biji.
Minum lagi air 500ml

Hadapi puasa dengan senyuman yada yada yada..

Berbuka. Ini adalah bahagian paling susah. Setiap orang yang dengar mesti buat muka default tak tau nak cakap apa. Tapi susah ni mainan psikologi dan nafsu je sebenarnya. Sila lah lawan.

2) BERBUKA
Makan kurma 3 biji minum segelas air
Minum segelas teamix 400-500ml
Bancuh Shake 300ml, minum.
Pergi solat Maghrib dulu.

Kemon...u can do it. Bukan tak boleh makan fevret food langsung pun. Herbalife Formula 1 Shake ni alkali base. Apabila perut kita seharian kosong, ianya akan semulajadi berasid. Jadi sangat bagus berbuka dengan HL ni, perut pun tak terkejut selepas hampir 13 jam perut kita kosong berpuasa.

3) AFTER SOLAT MAGHRIB DALAM 10-30 MINIT, KORANG DAH BOLEH MAKAN MACAM BIASA.. ha 10-30 minit je..kemonnnn...Tapi aku harap pemakanan yang menjaga jugak lah. Aku tau ramai yang berat hati nak menjaga makan ni. Aku tak suruh pun korang cut meal korang gila-gila. Tak pernah sekali pun aku cakap tak boleh makan nasik segala. Boleh tapi jaga la sikit corak pemakanan tu. Dalam sepinggan nasi tu adakanlah sumber protein dan sayuran. Just jaga je makan. Nak makan popia ke, karipap ke makan je. Bagi aku senang je. Kalau makanan tu aku nampak minyak meladung-ladung, atau manis sangat, memang aku elak selagi boleh. Come on...

Kemudian selepas makan makanan kegemaran tu, minum lah lagi teamix segelas. Ha baru cukup 3 kali teamix untuk sehari.

Lepas tu buat lah apa-apa yang patut yang korang rasa bermanfaat sempena bulan Ramadhan ni.

4) Sambil-sambil tu boleh lah korang habiskan lagi 1-1.5litre air sebelum korang masuk tido. 

InsyaAllah, badan akan jadi lebih bersih dan sihat apabila kita bersahur dan berbuka dengan Herbalife ni. Organ dalaman dapat rehat secukupnya dan badan dapat detoks dengan baik. Sel badan pun mampu untuk generate 100% lebih sihat dalam masa 30 hari, InsyaAllah.

Jadi, serius, ambil lah kesempatan Ramadhan ni dengan sebaiknya untuk menjaga badan.

Nanti mesti ada yang mengaduh

"Ala nanti mesti nak terkencing je,"

Tengok.

Suruh eksesais malas.
Jaga makan malas.
KENCING PUN MALAS? Kencing je kot?!

For the record, my current weigt is 66kg. Jom together turunkan berat badan at least 4kg sempena Ramadhan kali ni?

Semoga berjaya!








11 comments :

W!LLy Wonka said...

sy nk tyr.. sy dpt jadual pemakanan untk hrblf bg bln puase la..

tp dlnm jadual tuh suh mkn dahulu.. dlm 10 pm br mnum shake..

yg mane cara yg btol eh? yg akak bt ke yg dlm jadual tuh?? ke either or bleh gne??

Lizzie Yasmin said...

Banyak nya minum air waktu sahur. Aku memang tak boleh kot. Tapi will try step by step.

Lizzie Yasmin said...
This comment has been removed by the author.
penulis v.s pelukis said...

saya nak cuba.. nak cuba ni.. :) tehee

Ayuni Ayatillah said...

Baca awak tulis jadi semangat pulak saya. Heheh. Tapi mmg lemah bab jaga makan :( Iskk...sahur OK dah tak makan nasi, tp bila berbuka tu selera mak aih...For now cuba elak manis dan minyak..harap2 can make it a habitlah kan..

Herbalife ni mcm menarik..tgh pk jugak nak cuba..hmmm..tgklah kalau ready nnti saya emel awak ye :)

heribogis said...

Hai semuanya..salam kenal ‎​ Ɣªª dari jakarta indonesia invite pin ✉ввм 214DE68B

ZAID KING said...

aku tgk tatap belek n kaji aku semakin ari semakin tertarik dgn produk herbalife ni aku puji tul cara tulisan dan penerangan lady noe nilain dari yg lain

Siti Is Also My Name said...

Salam...sy nk tanya..haritu noe cadangkan 3 jam lepas shake baru amik makanan berat kan...so skrg kira2 sejam lepas tu la kan,after maghrib 30 minit...xapa ke? sy bukak puasa shake + kurma...dlm pukul 11 mcm tu baru makan..tu pun kena tgk makan apa..kuih2 je atau mi goreng ke sepinggan...takut pulak nk makan banyak2 sbab dh pukul 10.30-11.00 kan...mcm mana ye..apa cara terbaik..? tq in advance...

Adara's Closet said...

noe.. saya dah lose 7 kg.. after 3 months consuming herbalife.. saya admit mmg saya tak displin sangat mcm noe.. tp sangat teruja.. sbb tak pernah terfikir nak lose weight sampai 7kg hanya dengan rilek2 dan tak berlapar.. pastu masa bulan puasa punr asa energetic je.. tak lembab macam dulu2.. thanks for your inspiring posts abt herbalife.. !!

Irfa said...

igt nak ambik HL bulan posa ni
sbb posa last year ambik HL boleh turun 5kg tapi sayang, sedikit teknikal problem ..............(isi tpt kosong.hehe

mizzleenaothman said...

Hi Salam perkenalan ni first time i singgah blog u.jemout dtg blog yer.