8.8.13

Lawak Tak Kelakar



Tadi time berkumpul berbuka puasa mak aku buat lawak hambar apabila aku tanya,

"Ketupat dah siap, mak?"

"Lambat sikit kali ni sebab mak lupa cara nak anyam. Orang kata kalau tiba tiba lupa cara nak anyam, tandanya dah nak mati," dia jawab.

Masing-masing senyap macam malaikat lalu. Tinggal suara mak aku je tergelak kecil seorang. Macam kelakar sangat gayanya. 

Tak kelakar langsung pun Mak. 

Terus aku takde mood nak habiskan juadah berbuka aku tadi.

Sekarang, aku perhati ketupat yang belum siap direbus dalam periuk, sambil layan hujan jam 2.44 pagi sambil berharap, ini bukan ketupat anyaman mak terakhir yang aku makan. 

Selamat menyambut aidilfitri kepada semua. Mohon maaf zahir dan batin.


8 comments :

Innanie Ariffin said...

kak sama macam ayah kita malam raya tu.. kita tanya, ayah besok nak pakai baju warna apa dulu? tiba-tiba spontan dia jawab, ayah rasa ayah nak pakai kain putih lah. semua kain putih...

gulp! meremang kita. semua diam. terus ayah gelak...

ya Allah janganlah apa-apa berlaku!

~ Cik Azz ~ said...

Kan.. Sangat tak suka nak dengar ayat2 macam tu.. Mesti hati jadi tak menentu je.. Otak dok teringat ayat2 tu je.. Hati lak dok berdoa moga takde apa2 yang tak elok berlaku..

Selamat hari raya.. Maaf zahir batin juga..

xxxxxxxx said...

Indeed earthly greeds grow weary...as eternal life inches steadily

chiku the chucuru said...

mak saya pakai jubah yang saya beli untuk dia raya pertama. tapi dia kena alter labuh dia. pastu asek ulang2 cakap, "jubah ni mama tak potong. mama lipat je. kalau mama takde nanti, kau ambik baliklah jubah ni,bukak balik je jahitan dia..." T__T

Liza Razak said...

uishh..ini namanya lawak seram..takut saya kalau dengar

Nor Rimah said...

yg hidup pasti kembali padaNYA, cuma kita x tahu bila dan tah siapa yg pergi dulu.. apa pun yg berlaku kita kena terima dengan hati yg redha walaupun kita x penah bersedia esp dari segi emosi... arwah mak dulu pun tahun yg sama setahun sebelum pergi, arwah lupa cara nak sira kuih.. puas arwah cuba igt dan bt tapi x menjadi...

selaseh said...

tak suke dengar lawak2 nak mati camni. Lagi2 dari org yg kita syg. Tapi indirectly it reminds us utk lebih menghargai mereka.

Misz Ti said...

Takutla camni...