22.8.13

Perasaan Yang Dipinjamkan

Senang je nak datangkan mood menulis. Bangkit jam 3-4 pagi. Putar muzik Kitaro. Ikut lah kalau jenis layan post rock barat, dengar la mana-mana band yang kamu suka.

Tak ada benda sangat aku nak cakap sebenarnya.

Cuma sejak kebelakangan ni aku banyak rasa pelik pelik tentang perasaan sendiri. Fikir aneh aneh tentang fikiran sendiri. Logiknya, aku semacam tenggelam untuk merasa apa yang aku rasa. Dan berfikiran mendalam tentang apa yang aku fikir. Macam mimpi, dalam mimpi. Kau kena sampai tahap kebas tertinggi untuk mendapatkan perasaan macam aku sekarang ni.

Dan aku memang jarang untuk sampai ke tahap sebegini. Aku bukan seorang pemikir sangat pun. Perasa mungkin iya. Pemikir -- bukan. Jenis meletakkan subjek ikut rasa. Bukan untuk difikir. Jenis meletakkan perkara dalam hati. Bukan pada akal.

Ya ikut rasa, binasa. Klise tapi relevan.

Sebab tu aku jadi macam ni. Macam mana? Macam apa-apa lah.

Barangkali kerana lampamat menikmati rasa yang dipinjamkan kepada aku, aku leka dengan kesedapan dunia. Aku merasa dan terus merasa. Cinta datang, aku sambut. Aku dakap dekat ke hati dan aku terus leka di dalam satu adunan cerita. Aku tak fikir sangat pun apa akan jadi akibat dari setiap perkara yang aku buat; Aku hanya percaya kemenangan terletak pada jiwa yang aman merasa.

Sakit datang, aku raih. Aku genggam sampai berdendam. Aku pegang sampai bertahun dan akhirnya aku sendiri bengkak dalam. Semacam berbaring di atas deduri halus. Ingatkan boleh selesa tidur. Rupa-rupanya menempah maut sendiri.

Sekian lama aku leka merasa, hari ini buat pertama kalinya aku meletakkan diri aku dalam lubuk pemikiran yang paling dalam. Soalan demi soalan aku persoalkan.

Cintakah aku?
Bahagiakah aku?
Teguhkah aku?
Kuatkah aku?
Dicintaikah aku?
Dibahagiakankah aku?
Diteguhkankah aku?
Betulkah jalan yang dipandu?
Dipandukankah aku?
Apa yang sebenarnya yang aku mahu?
Dapatkah aku apa yang selalu aku mahu?

 (aiseh kopi tak ada pulak. Kalau tak, mesti lagi dramatik)

Kadang-kadang aku rasa, 'RASA' itu sendiri sungguh rumit untuk dipastikan. Sifat tak berjasad. Yang kau tak nampak sangat benarnya. Kadang-kadang kau boleh paksa dan palsukan rasa. Ikut nasib jugak lah kalau kau boleh rasa perasaan orang terhadap kau.

Bukan tak pernah aku bangun tidur dan terus rasa macam dah tak rasa apa-apa.

Sebab itu relevannya rasa dan aksi MESTI selari. Kau sayang, tunjuk sayang. Kau peduli, tunjuk kau kisah. Kalau menghargai bukan setakat di bibir. Kalau manusia boleh menikam tanda benci, aku boleh faham akan belaian itu adalah tanda cinta. Tuhan pun marah kalau kau percaya tapi tak menyembah Dia. Apatah lagi kita manusia hina yang beremosi.

;dan rentetan demi rentetan, maka tersedar lah aku betapa lama aku melupakan Dia tatkala hati sibuk merasa sedangkan setiap sekelumit benda dalam dunia ni pun adalah pinjaman-Nya.

;dan apabila perasaan yang pernah dipinjamkan itu, diambil semula oleh Nya;

apa lagi saki yang tinggal?




P/S: Lampamat - terlampau amat. (memang tak ada dalam kamus dewan. Bahasa orang kampung ni)




12 comments :

xxxxxxxx said...

Classical mid-life crisis, never fear, the storm shalt pass...don't walk off the plank just yet.

True enough we always expect one thing from others but at the same time neglecting others' expectations of us. 'Nirvana' can only be achieved when harmony is in balance.

Tips: Oughta affix "*" next to a jargon; Googling like crazy only to found nothing, immediately a sense of despair sinks in and as a consequence only half of the brain is utilized to read the rest of the article while having the other half secretly making sense of 'lampamat'.

mama maman aka yana said...

ya allah.. apa kau rasa aeperti ku rasa.. cuma ku tak pandai meluahkan apa ku rasa.. bernanah dlm dada

Peragut Junior said...

aku tau perasaan tu. kadang2 kita rasa positif, tp ada masa kita stress gak kan.tp bak kata mak aku, hidup ni payah kalau complex sangat.memang la apa yang dalam kepala kita ni complicated, tapi action tu simplify kan.hihi

haa lg 1, kau buat la apa2 pun kau nak, asalkan benda tu tak against agama.

SoSoMe said...

apa yang aku rasa..diterjemah dan dizahirkan dgn cukup baik oleh kamu...

MokcikKentinKSKB said...

Ayat second last tu yg aku boleh hadam stakat ni. Betul..rasa yg kita rasa tu pun sebenarnya pinjaman Dia. Sementara boleh rasa ni...buatlah apa yg patut esp. utk Dia.

Zara Aulia said...

Aku selalu tegas kan Kasih Saayang harus di zahir kan..ko sayang sorang sorang pendam dlm hati,buat dek..pasangan ko rasa tak di peduli kan,pastu sakit hati..pastu apa..ko nak cakap sebenar nya saya sayang kan awak..aku tak suka.aku perlukan belaian dan kasih sayang.

Na Rieana said...

kau hebat.
mengerti hati yang belum terlambat.

peace. =)

kueh bakar said...

Lampamat betol

rasa dan aksi MESTI selari
MESTI sinonim

rasa tanpa aksi atau
aksi tanpa rasa

MESTI tak jadi

Sara Lynn said...

perasaan yang sama dgn sy....

mrs.smile said...

sendiri pernah tertanya tanya soalan yang sama..saya mengerti apa yang kamu rasa ceeewaaah

Ami Scott said...

Straight menikam jiwa...aku rasa apa yang kamu rasa...adakah ni mid life crisis atau bila masuk 30 an...segalanya yang kau sengalkan kau cuba rasionalkan...akhirnya makan dalam...tapi bila kau ingat si Dia..automatik nanah yang kau tambunkan hilang sekelip mata...dan nanah tu membusut semula bila kau mula leka

farah wahida said...

Saya dah alami... betul... adakah semua akan merasai...perit.