25.8.13

Pes Kak Nab

Waktu kenduri kahwin aku dulu, semua orang puji lauk kenduri aku sedap. Siap orang tanya, aku promote dan sekarang Kak Nab (caterer) tu dah jadi salah seorang caterer berjaya kat daerah aku. Bukan sebab aku promote lah, tapi sebab dia memang kuat berusaha.

Pagi ni Kak Nab datang bawa benda ni.

Yang promote beriya iya adalah mak dan akak aku. Kak Nab rilek je senyum. Macam membiarkan kepuasan hati pelanggan macam akak dan mak aku do the talk. 

Aku kalau dilabel "tanpa bahan pengawet" ni aku memang laju je. Benda menyenangkan. Sedap. Senang cerita, aku rasa produk ni baik sebab tu aku masukkan/promote dalam blog aku. Akak aku cerita aritu dia buat open house, dia kata itulah open house ter-aman seumur hidup dia tak payah nak kecah kecah sangat. Masing masing wanita bekerjaya, aku faham maksud keterujaan akak aku tu.

Pes Masakan Kak Nab. Rendang ada. Masak merah ada. Masak hitam ada. Dan yang paling win, kuah kacang. Peh. 

Time aku tulis ni, mak ngan akak aku tak berhenti lagi dengan puji pujian. Kecuali kalau kamu masih lagi jenis nak tunjuk power masakan turun temurun, itu cerita lain lah.

RM10 untuk satu peket. 1 peket tu boleh dimasak sehingga 2-3 ekor ayamDapatkan Pes Masakan Kak Nab - 017 6634167 / 017 3402747
Nak beli call je nombor Kak Nab atas ni ha.
Boleh POS






7 comments :

~ Cik Azz ~ said...

Ni promot tak cukup lengkap ni... hehe.. Kena tambah beberapa perkara kalau nak promot..

Berapa harga sekilo..?
Mana nak dapat..?
Macam mana nak beli pes tu..?
Boleh pos ke tidak..?
Contact number..?

Tapi betul la.. Zaman skang ni kalau boleh semua nak ringkas.. Takmo kecah2.. Letih..

just azura! said...

suke sangat benda senang cenggini.. meh contact number nak beli juge.. :)

amm_xgen said...

kat atas tu kan dia dah bgtau harga no tel dan last sekali rasanya diberitahu boleh di pos. ermmm... baca tajuk jer kot!!

Zara Aulia said...

Noe bila nak update,berjanggut dah tengok pes kak nab

hazlina azmi said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

xxxxxxxx said...

Dah hapdet jap...pastu withdrawn :-\

zara aulia said...

Main main la noe...aku dah excited nih..