2.8.13

Sepatu Longgar.

Kaki aku tak pernah kecik. Maksud aku, dari aku kecik saiz kaki aku akan berganda dari umur. Darjah satu, aku akan pakai kasut saiz yang mak aku pun boleh muat. Dah takdir. Orang ejek macam mana pun aku tak boleh nak ubah. Kalau ada petua diet mengkecilkan saiz kaki, dah lama aku amalkan.

Sekarang aku sarung kasut saiz 9.

Yang tak seronoknya tentang saiz kaki aku dan sepatu-sepatu, adalah apabila aku sedar hakikat kaki aku ni saiznya ditengah-tengah. Saiz 8 bukan, saiz 9 pun bukan. Kalau ikut penaakulan mantik, antara 8 dan 9 ada 8.5. Tapi jarang nak jumpa saiz 8.5 kecuali kasut merapu seperti All Star Converse atau Palas Jazz yang memang aku dah tak terfikir nak beli pun. Lagipun aku sedang membicarakan tentang sepatu yang aku selalu pakai ke pejabat. 

Kalau aku sarung saiz 8, muat tapi sempit. Sarung saiz 9 selesa tapi nanti bila dah lama-lama pakai akan membesar longgar dan menyusahkan hidup aku. Sepatu ni kalau dah kembang dan melonggar memang selalu mengundang bencana. Sama ada kau terpaksa menonggeng dikhalayak ramai sebab nak betulkan tali, atau semasa kau berjalan, kaki kau cenderung akan terkeluar dari kasut. Memang dah banyak kali aku melangkah penuh gaya akhirnya malu sebab terpelecok. 

Baru kejap tadi selepas terpelecok depan bank dan aku terfikir, asyik-asyik pun macam ni. Aku beli saiz 9, selesa, tapi akhirnya menyakitkan.

Mungkin lepas ni aku kena beli saiz 8, bersakit-sakit dahulu, bersenang kemudian? Eh, boleh ke macam tu?

Manusia dan pemilihan tak ubah macam aku dengan masalah sepatu. Pilih saiz selesa yang akhirnya menyusah dan melukakan. 

Apa kata lepas ni kita beli saiz yang ngam-ngam, kena sakit sakit sikit ketika mengatur langkah, tapi berakhir dengan keselesaaan. Sampai mati?

Ngam?








20 comments :

~mrs azmi~ said...

kita sekapal... kaki macam sampan mak kata.. klu plih kasut memang size 40/41. klu uk size kene 7/7.5. masalahnya kat malaysia ni size beso production sikit sangat! bila dah suka design sekali tanya saiz dah abis... potong betul!

nurul harnani said...

great. ada maksud mendalam dan kena mengena dengan life manusia, '' kena sakit sakit sikit ketika mengatur langkah, tapi berakhir dengan keselesaaan''

lumrah kehidupan :)

salam ukhuwah dr nanie

mama maman aka yana said...

tgk jenama kasut gak... kekadang besar kekadang kecik.. :)

yg paling bengang, masa try kat kedai cam besh tp bila dah pakai satu ari.. masa tuh la rasa nak campak kasut tuh.. huhu (kaya tokey kasut)

faiezspeaks said...

Aku pun size 9. Mak aku cakap kasut aku macam sampan.

Anyway, aku rasa ko boleh beli cam silikon thingy tampal kat dlm kasut. Bahagian tgh tapak kaki. Dia akan cam mengetatkan kasut sket.

So ko beli la size 9, agak2 dah longgar, ko tampal la mendalah tuh.

kueh bakar said...

9? huyo...

laki suka pakai kasut bundle sebab tu laa...kasut dah tak kembang2 lagi...ngam2 sedap pakai...

tapi skrg kasut bundle pun macam mahal jerk harga dan yang baru kalau ada less memang murah juga...

ko kena beli kasut hand made laa..jimi cu ada.:P

jurainims said...

Noe...we are in the same boat. What I did...bli kasut saiz 9 pastu tepek amende nama tah kat dlm kasut tu. Scholl ada juai. So blh pakai dgn gumbira tanpa celap celup kaki ittew. Kalo bli kasut saiz kecik..mmg akan besar di kemudian hari, provided kita pakai sokmo. Tp dh kasut x selesa xde nya kita nk pakai selalu. So bila kasut tu nk kembang ye dak?

Aini Amir said...

Dalam makna tu noe. Sejak2 ni gaya penulisan kau pun mcm DEEP.

Anoneemus™ said...

Kaki neem antara saiz 37 dan 38. So beli saiz 38, pastu tampal liner. Saya spoilt.
Tidak rela bersusah2 dengan saiz 37 kerana dah pernah kena, saiz 37 yang gagal menyelesakan setelah sekian lama.
Pengalaman hidup banyak mengajar.

aslina majid said...

Sebenarnya saiz apa yg dorg ni banyak kuarkan? Sebab sy ni saiz kecik pun kemain payah nak cari. Saiz 4-5. Manjang je abes.

Innanie Ariffin said...

pada saya lah kan kak.. pengeluar kasut Malaysia ni sangat tak productive... mereka tak buat research bahawasanya saiz kaki orang Malaysia bukan lagi saiz 4-5. ingat ni kaki amoi ke kecik-kecik. tak puas hati betul kita...

kita ni kaki gajah!! saiz lebih 9 mungkin!

linda said...

Samaa... mmg payah betul cari size kasut... tp hanya di vincci ada jumpa kasut keja yg ada size 7.5. Tempat lain xpenah lagi...

xxxxxxxx said...

I thought I said jangan macam-macam kan? Never listen do we? *sighs*

~ Cik Azz ~ said...

Sama la kita.. Akakpun susah nak cari saiz kasut.. Sebenarnya akak memang tak boleh pakai kasut bertutup sebab kaki akak kembang kat depan.. So, kena pakai sandal atau capal je.. Selesa..

*Tak suka pakai kasut yang menyakitkan hanya kerana nak nampak cantik.. sengsara hanya kerana nak cantik..? No way la... hehh..

orangbiasa said...

smaa la masalah kita noe...tapi saya lebih kepada saiz lebih besar..sebab kaki yang panjang...tp paling cocok dan sedap hawkeye je la...saiz 10/41 sedang cantik terletak dan selesa berbanding jenis lain saiz 10/41 tapi tumit atau jari kaki terlebih atau terkeluar....sabar je la dengan dugaan yang ni :)

peej said...

sangat deep
apa yang sering kali aku rasa.

"Manusia dan pemilihan tak ubah macam aku dengan masalah sepatu. Pilih saiz selesa yang akhirnya menyusah dan melukakan."

ddJaafar said...

sama masalah kita di sini.nak beli kena di tempat yang sesuai.

kalau kasut untuk berpoya poya,banyakla tempat yang boleh dicari.tspi kalau kasut untuk bekerja,macam harammm mencari.susah.siap bertempah pun ada.

ShilaShower said...

Samalah kita. or specific lagi aku sebelah kaki size 9, sebelah lagi 8.5 ahaha.

aliqaliqa said...

aku rasa kedai mcm charles & keith ada perkhidmatan mengembangkan kasut sebelum dipakai guna machine. you should give it a try.

selamat hari raya

Bunga Rampai said...

selamat hari raya noe...
Kalau beli kasut saiz kecik sikit, sakit. luka. berparut. bila jadi macam tu, rasa menyesal lebih tebal sebab kesan yang ditinggalkan tak padan dengan outcome dia. maybe risk averse. not unlike sepatu, jiwa mampu berubah tanpa had sampai expiry date.

Yong Wani said...

Anoneemus...liner tu leh wat kt mana ye? sy beli byk heels size 9 & 8.5 dlu..tp x berani nk pakai sbb gemuk. bila dh susut sket nk la pakai tp saiz kaki dh jd 8. ade cdgan tak? selain dr anoneemus kata liner tu...ape bende yg leh wat utk ketatkan kasut?