4.10.13

Doa

Aku baru dengar Ustaz Asri cakap, “Allah akan terima doa hambanya yang ikhlas dan bersungguh-sungguh”

Jujur, sebagai golongan marhain yang sentiasa sibuk mengejar kesempurnaan rutin hidup di dunia, jarang aku menujukan sebulat hati aku apabila berdoa. Kadang-kadang tak sempat, aku doakan ”Rabbana Atinna fiddunia" ja.  (Astagfirullah)

Tapi ada kala aku mahu sangat-sangat, sangat-sangat mahu, aka ada rasa satu perasaan kesungguhan dalam doa. Kesungguhan yang diri kita sendiri je tahu. Kesungguhan dan keyakinan yang paling tinggi hanya Allah maha pengasih dan penyayang. Yang tahu apa yang baik untuk aku. Yang tahu samada layakkah aku untuk apa yang aku minta.

Macam dahulu betapa aku mahu kau kembali kepada aku, siang malam aku doa, dengan air mata, agar kau dikembalikan kepada aku, dan Allah kabulkan doa aku.

Dan apabila aku kau sakiti lagi, sekali lagi aku berdoa semahu-mahunya keluar dari kesakitan ini, siang malam aku titipkan dengan air mata,

;dan sekali lagi, Allah kabulkan doa aku.

Hanya Allah maha mengetahui segala percaturan hidup hambanya. 

Aku janji, lepas ni aku tak nak main-main lagi bab doa.


17 comments :

nurul harnani said...

DOA ialah senjata mukmin. allahuakbar. allah maha mengetahui isi hati hambanya :)

haidar abdullah said...
This comment has been removed by the author.
haidar abdullah said...

"Tiada Tuhan melainkan hanya Allah. Tuhan Yang Haq serta Nyata. Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah yang menetapi janji dan dipercayai"

MyLadyBuzz said...

Ye lah , aku pun selalu masa doa dok ingat, menu nak makan la, keje x siap lagi la..pasal masalah la.. haih ~ kene berubah ..

Good Luck to u noe~ (^_^)

zara aulia said...

Ha hilang dah pes kak Nab

Noe,
Doa sahaja apa yang terdetik bagi aku tak ada istilah main main...kerana Allah maha mengetahui..ko doa A tapi ko nak B,kalau C yang terbaek dia akan bagi C..

Noe
Aku selalu doa sungguh2 untuk satu hal ni,tapi belum di makbulkan..aku rasa aku belum cukup doamsungguh sungguh..mcmana ko doa sungguh2 tuh?

mrs.smile said...

Doa adalah penghubung kita dengan Allah..walaupun apa yang kita minta tu tak semuanya termakbul..sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

MS sampai hari ni masih berdoa untuk yang satu itu..tak pasti samaada dah dimakbulkan oleh-Nya atau tidak. kadang2 doa kita dah dimakbulkan olehnya tetapi diberi didalam bentuk yang lain, kita yang tak perasan :)

Syuhada Adros said...

Kak Noe,
bertabah lah. :)

xxxxxxxx said...

Doa ialah ibadah. Hidup adalah ibadah. Mati pun ibadah tapi hanya sekali. Sebelum bersungguh-sungguh untuk kematian, ada eloknya bersungguh-sungguh dalam kehidupan. Wallahu'alam.

xxxxxxxx said...

http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131005/ke_02/Derita-lantaran-suami-tidak-bertanggungjawab
"cinta dan kata-kata manis daripada seorang teruna kepada seorang gadis di alam percintaan tidak sama dengan ikrar dan akad yang dilafaz kala sah bergelar suami isteri. Ia satu amanah yang perlu dipikul sehingga ke akhir hayat dengan rasa insaf dan penuh tanggungjawab atas persetujuan berkongsi satu kehidupan"

~ Cik Azz ~ said...

Moga kita semua sabar dan tabah dalam mengharungi dugaan hidup..


Moga kebahagiaan itu menjadi milik kita... Amin..

DRshairah said...

betul, kdg2 Allah makbulkan doa dlm bentuk lain.. saya selalu minta supaya di kuatkan hati dan iman, tp, sy perasan makin lama makin byk pulak cubaan, ujian yg sy dpt.. Finally, terbaca satu artikel, bahawa sy dpt apa yg sy minta, cuma cara Allah bagi tu lainn sikit.. semakin byk cubaan dan kesusahan, smakin kita jadi kuat. bagaimana? bila satu demi satu ujian tu kita dpt atasi, tu bermakna kita dh merangkak naik ke satu level yg lebih dr diri kita yang sebelum ini. Kalau sebelum ni, 5 cubaan shj kita mmpu tggung, selepas atasi ujian ke-6, bukankah bertambah kuat hati kita kan? :)

teruskan berdoa, sbb doa senjata kita mukmin yang paling utama!

eda_ej said...

jom doa sungguh2.. Allah maha mengetahui kan...

Adara's Closet said...

http://barelysupermommy.com/2013/10/12/marriage-a-good-advice/

VivicMalarn said...

Kak Noe,
Saya suka sgt baca smua entry kak Noe. Sampai twitter ke instagram semuanya sy suka sebab banyak sgt pengajaran.
Be strong kak Noe..
Much love..

Petak Bunga said...

sebab kita perasan sibuk.

Lupa berdoa.

Allah sentiasa ada.

Petak Bunga said...
This comment has been removed by the author.
cik said...

doa.
Dia ada.
Selalu.
Sayang Nya tak pernah luntur.
Pada kita para hamba.

lepas lepas ini,
Doa kami tetap mengiringi.
Agar akk, senyum dari hati.