30.11.13

Klasifikasi Kata-kata Yang Menyakitkan Telinga, Mata Dan Hati

(Bacaan ini tidak sesuai untuk pembaca yang ingin menjaga kesucian hati)

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Online http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=carut
carut bermaksud - pelbagai perkataan yg keji lagi kotor.

Adakah hanya aku atau ada juga orang lain yang sama macam aku yang mengkelaskan kata-kata menyakitkan hati kepada beberapa bahagian tertentu. Sebab kadang-kadang ada banyak tafsiran yang kita tak boleh di pukul rata. Oleh itu aku bahagiakan kepada 2 bahagian kata-kata kasar yang selalu diungkapkan oleh rakyat Malaysia pelbagai bangsa.

Mencarut dan memaki

1) Mencarut
  • Pundek
  • Pukimak
  • Lancau
  • Cibai
  • Motherfucker
  • Babi
  • Anjing
  • Bangkai
  • Po'en
  • Kotey kau
  • Sial 
2) Memaki
  • Kau ahli neraka
  • Kau betina tak guna
  • Kau jantan tak boleh harap
  • Kau perempuan pendosa
  • Kau lelaki dayus
  • Kau sundal
  • Kau mulut puaka
  • Kau murah
Mencarut ni adalah satu perkataan umum. Untuk orang yang dah biasa mencarut, dia akan carut akan segala benda. Contoh; tengah sedap makan nasik sekali cicak berak atas lauk kau. Kalau orang dah biasa mencarut dia akan cakap "Babi punya cicak,". Orang takkan cakap "Dayus punya cicak,"

Dapat beza tak maki dengan carut tu macam mana?

Dapat beza tak perasaan bila di carut "Kau babi!" dengan di maki "Kau perempuan takda maruah!" tu macam mana?

Kadang-kadang ada separuh manusia yang anggap perkataan carut tu adalah sangat keji padahal dia memaki sesuka hati tu takpa. Bila kita persoal semula dia kata "Aku cakap benda betul,"
Tapi apa pun dua-dua tu memang tak baik lah. Kedua-dua kategori ayat kasar yang aku listkan di atas memang menyakitkan mata kalau kau hamburkan di laman sosial dan menyakitkan telingat sekaligus hati kalau kau hamburkan depan muka mangsa keceluparan kau.

Tak ramai orang boleh terima pertuturan yang kasar (notetomyself) dan tak selalu juga hati akan sentiasa kebal apabila di maki berkali. (juga, note to my self)




P/S: Azam semenjak Oktober 2013 - Aku taknak mencarut lagi dah.



6 comments :

J u l i a 。.゜✿ said...

jauhi carutan tu permulaan yang baik noe.. kalau boleh dalam hati pun jangan carut. biar hati sentiasa positive. bila marah.. pejam mata, tarik nafas & istighfar.

sayang noe !

~ Cik Azz ~ said...

Carut tu selalunya dikaitkan dengan perkataan berkaitan alat sulit..

Maki tu macam babi, sial, cilaka tu..

Itu apa yang akak faham laa..

xxxxxxxx said...

Cussing is like smoking, everybody loses save for the devil and of course the tobacco company...let's put on hijab to our words; spoken, written or otherwise:

http://www.youtube.com/watch?v=Dd7dQh8u4Hc

DYatie said...

Sama2 kita perbaiki diri ye. ;)

hikari said...

kalau tipikal org melaka, mencarut tu dah jadi bahasa harian dah..

cik said...

sy org melaka.
tapi tak pula suka mencarut.
tipikal tak tipikal.
dunia berubah dah.
kita tahu nilai baik buruk.