5.11.13

Prelude Seram Sempena Awal Muharam - Hospital Kuala Lumpur

Baru-baru ni aku ke Hospital Kuala Lumpur melawat ibu kepada sahabat baik aku sehari sebelum Allahyarhamah dijemput mengadap Illahi. Aku jarang jejak ke HKL. Sebab mungkin aku tergolong dari orang yang mendapat rahmat kesihatan dari Tuhan. Atau sebab aku memang bukan orang KL untuk dapatkan rawatan di sana, maka kali terakhir aku ke HKL sebelum ini adalah pada tahun 2007.

Detik-detik terakhir waktu abah pergi meninggalkan aku.

Aku pun dah ingat-ingat lupa sebenarnya. Tapi yang aku ingat, pada detik itu aku selalu naik turun lif Wad C yang sebelah mini mart tu. Dan aku tak pasti wad CCU tu kat area-area tu je ke. Aku pun ingat ingat lupa ni.

Arakian maka tersebutlah kisahnya; dalam otak tengah berserabut sebab abah masih tak sihat-sihat. Aku konon nak turun dari wad CCU ke mart untuk beli apa-apa lah untuk diminum. Waktu dalam jam 8 malam. Bukan waktu melawat kalau aku tak silap. Dalam lif seorang diri yang berhenti di tingkat berapa entah (aku lupa) lalu masuk lah seorang wanita tua yang berkerusi roda ditolak seorang perempuan yang aku percaya dari raut wajah, dia adalah orang gaji kepada wanita tua tu.

Makcik tua tu pandang aku senyum hambar. Aku balas senyum yang semacam hambar juga. Tidak ada berbual atau bertegur sapa. Makcik tu gemuk. Nampak uzur. Rambut putih. Kening pun putih. Duduk membongkok di kerusi rodanya. Tak ada unsur-unsur menakutkan terbit dari situasi itu.

Cuma sebaik sahaja sampai ke ground floor, sambil aku melangkah keluar dari perut lif, makcik tu bersuara;

"Semuanya akan selamat, Faridah.."

Lalu pintu lif tutup. Dan makcik tu tak keluar pun dari lif. Aku sekadar berkerut-kerut.

Sampai sekarang aku tertanya.

Macam mana makcik tu tau nama aku Faridah? Adakah nama maid dia Faridah? dan Makcik tu sebenarnya manusia ke bukan?





16 comments :

DYatie said...

Errrrr. Seram lak rasa nya..

Ahmad Arba'in Ali said...

meremang bulu tengkuk.

Ashypink said...

Giler seram huhuuuuh

xxxxxxxx said...

"Selamat" is subjective..."Faridah" is not so subjective but can be coincidental

The Farhanah said...

Atau pun nama makcik tu Faridah?
She was just trying to convince herself yang semuanya akan selamat.

Dia pegi turun tempat parking kat LG... Kalau ada underground parking lot lah haha.



Aini Amir said...

ko dh sampai kat Ground Floor, dh makcik tu turun level berapa?

Fara Dilot said...

u dr opis? pkai tag opis? i slalu lupa bukak tag opis walopon tgh mengulat.. hahaha

O'gosh Iskandar said...

err..ok..ulp!

FIERA said...

harap2 nama makcik tu faridah lah... atau pun name maid die tu....

haidar abdullah said...

Ni real seram Ganas

Mahu semua bulu atas bdn tegak

perrhhh

Hanys Jehari said...

Adoih. Seramnya. Ni mcm ikln kt fb, ada mayat tekn lif. Huhu. Elakkn ke spital.jom ambik supplemen. Huhu

Nor Rimah said...

hahaha.. sib baik ko x melompat kan noe

mrs.smile said...

alahai..tetiba rasa seram dah ler tinggal sorang2 huuuuuuu

Alif said...

Seram gak bace nie..huhuhh

Syazni Rahim said...

hoi seram!

Chentaku Orchid said...

Confirm lepas ni turun lif opic tak dernyer sorang2 lg...dh la shift malam...Balik kul 2am....seram....