14.11.13

Rindu (v)

Aku rindu.

Rindu pada diri aku yang ketawa tanpa menyembunyikan duka. Aku rindu saat aku tak perlu takutkan apa-apa. Aku rindu saat kerisauan tiada. Aku rindu saat aku boleh dapatkan apa sahaja. Aku rindu tidur yang nyenyak tanpa terjaga di pagi hari dan menangis sampai sakit kepala. Aku rindu saat kasih berputik dan berkembang menjadi taman bunga. Aku rindu waktu dimana malam anak-anak ku sentiasa disamping aku. Aku rindu merenung dengan perasaan cinta. Aku rindu untuk percaya bahawa ia sentiasa ada. Aku rindu berjalan dengan yakin dan pasti. Aku rindu untuk merancang dan akhirnya menjadi. Aku rindu untuk berterbang membelah awan tinggi. Aku rindu keikhlasan senyum sendiri.

Aku rindu saat aku boleh berkata;

"Aku bahagia," 



22 comments :

Aini Amir said...

--aku bahagia--

nie eim said...

Kau bahagia.


.
.
.
.

Aku rindu juga saat aku boleh tidur 8 jam direct.. tapi alhamdulillah Tuhan ganti dengan anak :)

arLene said...

salam noe, aku tak kenal kau personally tapi boleh tak aku suggest ko pegi honeymoon..dekat pun takpe, bawak anak2 pun boleh...sebab kadang2 bila dalam persekitaran biasa, kita hanya akan dengar kata2 dari orang2 biasa...bila jauh, kita akan dengar kata hati kita sendiri...at least that works for me...hope everything works out for you :)

nUR_rOsALiNdA said...

Menangis baca entry ni..
Jujurnya, entry ni sangat kena dengan aku sekarang :'(

dali said...

hi noe..silent follower kau.. just bertabah.. semoga semua menjadi lebih baik.. allah x menduga apa yg tak tertanggung oleh kita.. ingatan utk diri sendiri jugak.. kdg2 kita ingat org lain bahagia, kdg2 dorang cuma pandai sembunyikan derita.
assalam

MyLadyBuzz said...

Always pray to have eyes that see the best in people, a heart that forgives the worst, a mind that forgets the bad, and a soul that NEVER loses faith in God..

Regards,
Isteri kesepian

haha .. take care noe ..

J u l i a 。.゜✿ said...

apa ni noe..
apa ni.. apa ni..

=(

~ Cik Azz ~ said...

Moga semuanya baik2 sahaja..

Bersabarlah.. InsyaAllah, satu hari nanti, pasti bahagia itu datang sendiri..

zara aulia said...

noe,
rasa sesak berat dan dalam ..aku doakan kau cepat keluar dari kemelut ini.
salam

Sarina Binti Md Juhari Bin Rashid said...

Noe, aku tahu kekuatan kau... terus kuat. Sejenis apapun dugaannya kau boleh, semoga usai segalanya dan kau segera sembuh.

*hugs

-icha03- said...

awak,

tolong kuat.
ye?

xxxxxxxx said...

If there's no love, don't let the void be filled with hatred... http://www.youtube.com/watch?v=sAQhusHvp0Q

Life can be stagnant sometimes, just bear with it. It will pass, sooner than expected...inshaAllah.

xxxxxxxx said...

Here's another one: http://www.youtube.com/watch?v=IXXFo9hQAPQ

huda said...

blogwalking.. nice blog :)

visiting me back
hudakassim.blogspot.com

Maszwin Mujahid said...

why ni akak..sya silent reader slama ni..saya stuju dgn komen atas2 tu suh kak kluar pegi bcuti dgn suami n anak2..tenangkan fikiran..actually i love your writing sis.smoga d permudahkan..:-)

fathen yaya said...

noe,

...

*hugs*

Adara's Closet said...

me too.. i am a silent reader for almost a year.. i start to fall in love with 'you' because you speak other people's mind almost precisely most of the time, and express other people's heart that it makes my heart throb with joy, knowing that I am not all alone wading the wave.. find the true love in Allah, you will find love everywhere even in your greatest enemy.. be strong.. be persistent.. be patient..

Ingrid Dients said...

I am another silent reader. Teramat sebak reading this entry. We are going through the same thing right now.

InshaAllah, our happy ever after will come. He breaks us to make us.

Azie Azra said...

terasa sangat kata-kata tu :(

Hikari said...

i feel you..

cikji said...

before dis just silent reader jer tp entry ni membuatkan terdetik hati nak komen.

-- sukar nak gambarkan dgn kata2 tapi hanya hati yang dapat berbicara--

be strong!

cik said...

di saat ada suratan dan kebetulan.
kita pilih jalan selesai.
kita buat sampai ada jalan.
walau jalan itu buat hati barai.

bertabah.
bertabah.
bertabah.

1001 kata pun, Allah juga yang takdirkan segala.