19.11.13

Tiang

2005


Ada tiang-tiang besar di sepanjang perjalanan dari pintu masuk kampus ke kelas masing-masing semasa aku masih di Politeknik Johor Bahru dulu. Aku nampak kau perhati aku sambil tersenyum dari tingkat atas. Aku malu. Aku menyuruk belakang tiang. Aku toleh, kau masih di situ. Aku malu. aku menyorok lagi. Aku toleh, kau tiada, baru aku berlalu pergi.

2013

Ada tiang-tiang besar di sepanjang perjalanan dari pintu bilik sulh ke tangga menurun ke lobi Mahkamah Syariah. Aku nampak wajah keruh kau bermain dengan telefon bimbit di celahan tiang. Entah apa di dalam fikiran kita yang semakin menjauh  kontra meninggalkan segala rasa yang ada. Aku sayu - dan berlalu pergi.


66 comments :

arLene said...

:( takmola gitu...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

be strong dear.. Allah berikanlah yang terbaik dalam hidup insan ini ya Allah.. amin..

ana kimi said...

tak kan la kot, hurm~ moga akak tabah

Rhyati said...

Ya Allah.. mudahkanlah urusan yang terbaik untuk hamba Mu ini ya Allah.. terbaik di sisi Mu ya Allah..

yatie chomeyl said...

May Allah helps you to go through any problem that you are facing. Hugs XOXO

NURUL JAMIAN said...

aku tak tahu lah ini perasaan aku je ke atau apa. kalau aku silap aku minta maaf noe. tapi aku perasan dah lama dan rasa lain macam sejak beberapa bulan ni bila baca tweet ko dan now entri ko

apa-apa pun aku harap semuanya baik-baik saja

ily♥ said...

Assalamualaikum..kak, dah lama sy jadi silent reader..seronok baca tulisan akak..yg happy, yg seram, yg sedih, semua pun terkesan di hati...

Kak, whatever that u r going thru now, semoga Allah memberi yang terbaik buat kamu. Kita hidup merancang, Allah jua punya perancangan, tapi yakinlah, rancangan Allah yang terbaik utk kita.

Kita diuji bukan kerana Allah benci. Percayalah Allah sangat mengasihanimu, lantaran itu kau diuji supaya lebih dekat dan ingat padaNya..

Be strong kak. Cinta pada Allah yang Esa akan menghadirkan rasa cinta manusia.

nurul asyikin said...

MENULIS TANPA SPESIFIKASI,
tapi perasaan yang membaca entri ini kali pun tak tahu apa jenis spesifikasinya.

semoga bertemu sinar baru. love u kak noe.

sha said...

i'm one of your blog reader dari zaman dulu2 lagi.

semoga tabah noe.

Byzura Mj (By) said...

be a strong mom Noe. Banyakkan baca Al quran ya. Semoga tenang.

Syuhada Adros said...

Kak Noe ade doa dari kami semua. Bertabah Kak Noe.

Reen Tart Nenas said...

bertabahlah. from entry2 yang lepas sudah ada hint2 nya. insyallah, kau kuat noe. demi anak2. hanya kau dan Allah swt yang lebih mengetahui.

*hugsss wpun x kenal hehehhehe

Nur Hafizah said...

whatever it is.. lihat dunia dari mata burung. In shaa Allah..

aSma anak Pak Wahab said...

noe..aku terkedu. Walau kenal kau sekadar di alam maya..aku..terkedu..sungguh..

Arni Yusnita Ahmad said...

kak noe, be strong ;)

-ur silent reader

MyLadyBuzz said...

i hv a new Entry for you noe ...

http://www.myladybuzz.blogspot.com

BetiZaini said...

Salam Hi,

i'm your reader since misi 5 April n am following ur twit too..patutlah rase mcm 'something'.

Please be strong. May Allah give the best to you in any way. Insya Allah.

ita citot said...

Tak pernah komen. Tapi kali ni rasa nak komen. Sebab telah melaluinya. Turun naik tangga, keluar masuk dewan bicara. Semuanya di Mahkamah Syariah. Pelbagai prosedur, berkecamuk rasa, macam2.
Kuatkan semangat. Tabahkan hati. Semoga dipermudahkan semuanya. Dan semoga Allah beri yang terbaik. Aamiin...

kueh bakar said...

Tak macam hati; Kadang terbit rasa suka, tapi kau risau aliran kesukaan kau tu terlarang. Atau kalau tak terlarang pun, kau kena fikir banyak aliran hati-hati lain. Hati tak boleh bercabang-cabang macam sungai; kata mereka. Kena terus mengalir ke haluan yang satu sampai bertemu laut; dengan tenang. Atau aliran yang dah sedia ada tak boleh ada rasa benci. Kalau tak nanti; berdosa. Masuk neraka. Kadang-kadang aliran deras, puas kau hala ke arah yang betul, kau bina benteng. Susun batu tinggi-tinggi. Tapi tetap masuk ke cabang yang terlarang. Mula-mula sikit. Lama-lama susah nak disekat lagi.

Sampai lah satu ketika sungai dalam hati kau diracun polusi yang melampau sampai tahap serik nak mengalir lagi.

Masa tu ‘kerajaan’ pun dah tak larat nak launch kempen “Sayangilah sungai kita”

~ Cik Azz ~ said...

Ya Allah..
Ya Allah..
Ya Allah..

Moga semuanya baik2 saja.. Moga Allah kembalikan kebahagiaan dan keceriaan kepada kamu dan keluarga sepertimana dahulu.. Amin Ya Robbal A'lamin..

Sabar ya... Sedih baca entry ni.. :'(

shana said...

semoga tabah noe...

walau apapun terjadi, be strong coz aku tau kau kuat... Insyaallah kau akan berjaya lalui setiap ujian yg mendatang kerana Allah tahu apa yg terbaik utk hambanya n Dia x akan berika ujian yg x mampu hambanya pikul.. be strong dear...

tiang2 kat jabatan tu memang besar... n aku masih ingat group amin n yan buat kaligrafi kat situ waktu sem 1...

salam sayang
hana....

vanilla said...

Tak pandai nak karang ayat puitis macam kamu Noe. Apapun, semoga dipermudahkan urusan kamu, Allah ada:)

Makwe Kintan said...

Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka. Be strong sis noe <3

SUHANA said...

smoga ko dan anak2 berada dlm keadaan baik2 sahaja..segala apa
yg terjadi ingatlah Allah sentiasa bersama kita...!!!

SUHANA said...

smoga ko dan anak2 berada dlm keadaan baik2 sahaja..segala apa
yg terjadi ingatlah Allah sentiasa bersama kita...!!!

Sarah Zulkifli said...

kuatkan semangat :)

xxxxxxxx said...

I'm going to be frank, first word that slipped out of my mind - "dafuq?!!" :-o ...and such expression almost never happened to me. T'was not shock and awe...just pure unadulterated shock.

The good thing is, you're still able to see the foundation of it all...something had survive obliteration...and most probably you'll need to see those pillars stay erected for the kids' sake.



Petak Bunga said...

insyallah semua akan baik2..

zurainah said...

salam..i'm ur silent reader too..rs mcm pelik gak tgk ur tweet n post before ni...semoga tabah menghadapi semua ni..Allah maha adil..be strong ok..=)

ddJaafar said...

taktau kalau ini betul betul seperti yang aku rasa.

noe,take care of yourself & your kids.actually,rindu pada entry hebat & gambar best di instagram.


ps : your big fan.

Adara's Closet said...

deep in my heart.. am shouting.. jangan la.. jangan laa.. jangan la macam ni.. all the best prayers for both of you N&F.. prayers that you both will stay strong .. together..

eiyra'z said...

btol ape yg aku pikir selama ni noe..aku kenal ko melalui misi5april kebetulan ko kwn kpd mai..noe..moga ko tabah melalui hari2 yg mendatang.aku pcy ko kuat dan ko tau ape yg ko buat.jdkan hari2 yg berlalu sbg pemangkin semngat ko utk menempuh hari2 yg mendatang yg penuh dugaan dan tohmahan.be strong noe for urself, sabrina n natrah.

DYatie said...

Semoga baik2 sahaja noe.

JH said...

Berat mata memandang... Berat lagi hati memikul.. Am a silent reader who is going through something similar. Moga Allah tetapkan hati kita untuk membuat keputusan yang terbaik, Amin..

Seri Selaseh said...

semoga tabah ye. Walaupon kita tak pernah jumpa. Tapi still terasa sayu baca entry ni.

bunga daisy said...

drama kehidupan...bahagia, sedih, perit, jerih, gembira, mcm tu la kite semua...ada satu sy nak highlight...mostly kite share cerita naik pelamin....seronok dgr,tumpang gembira sekali..now kali ni,noe share ttg naik court...interesting actually, sbb bole dpt rasekan kesedihan, keperihan, kehancuran yg noe rase...we feel that...and most of us doakan kegembiraan akan kembali menyelinapi kehidupan noe selepas ini..dun worry...Allah akan bagi pelangi yg cantik buat noe lepas ni..

Yatie Shukelily said...

you're strong women.. adore you... seorang wanita hanya menyedari kekuatannya pabila diuji...

nita azlin said...

Bergenang air mata baca entry ni.Teringat suami & anak2.Coz hari2 awak sama macam hari2 kami..
Berdoa dlm hati agar apa yg saya sangka interpretation di sebalik entry ini adalah sebaliknya.
Tapi jika benar2 berlaku, semoga Allah bagi sejuta kekuatan utk awak hadapi semua ujian ini.
Damn, air mata mengalir lg..

gadis jumaat said...

Sebak lepas baca ni.. Banyak kali masuk blog noe harini kalau2 intisari berita berubah, tapi tak.. Sebak, sebab isunya sangat dekat dengan kebanyakan kita.

After all benda2 camni buat kita sedar takde satu apa pon kat dunia ni yang kekal..

Mother of Two said...

salam sis noe,

silent reader noe jugak..dah lama. tabahkan hati yer.. akak pun faham.. hidup berumah tangga banyak dugaan.. sy pun also sama.. cuma bila terkenang anak2 terpaksa bersabar banyak. take care...

THE Unknown said...

salam sis..
saya dah lama follow blog sis semenjak blog cursing malay listkan blog sis nih...

harinih saya tergerak hati nak komen..
tapi saya taktau nak bagi reaksi camner..
jadi saya hanya boleh ucapkan be strong sis..

maaf kalau ayat saya macam biol sikit..

Riochan said...

Aku lelaki:

Aku start bc blog kau sebelum ko kawen, da kawen, ada anak smpi skang..

Aku bc ngomelan pasal kad kahwin ko, pasal breastfeeding & psl colleague ko..

Hidup/life semua da diatur. Kisah hidup ko pon dah diatur. Yg confirm, semua yg terjadi adalah yg terbaik utk ko.

So, chin up & be strong. Apa apapun yg bakal jadi, its for the best & percayalah yg ko da buat yg betul & terbaik. Just hope that everything went well..

.dida mumin♥ said...

i hope i can 'got' u.... :(

Siti Noor said...

Assalamualaikum Kak,

Moga Akak sentiasa tabah menghadapi Ujian Allah berikan.
Allah sentiasa bersama Akak..

" Wahai orang beriman, cukuplah Allah bagi kamu dan orang Mukminin yang mengikuti kamu"
(Al-Anfal:64)

Cik Yunie said...

since september aku dh dpt agak pasal ni.nak suruh kau bertabah pun,kau memang dah cukup tabah sebab boleh nak hadap benda macam ni.aku cuma boleh doakan agar tuhan berikan yang terbaik untuk kau,anak² kau dan hidup kau.

Jue Rayhan said...

Bertabah lah dear.. Nasib kita serupa.. Semoga Allah swt memberikan yang lebih baik utk kita.

J u l i a 。.゜✿ said...

Noe..
Apa ni noeeee.
Apa niii

Bertakung air mata ju disini.

Info Inspiration said...

'gemala hati'

Mcjust said...

Salam Kak Noe...

Semoga tabah hati. Saya ni silent reader, ni baru first time comment.

Sebak dan sedih baca tulisan Kak Noe yang kali ni.Duk baca entry2 sebelum ni pun rasa macam something wrong je and takut ada sesuatu berlaku.

Kuatkan semangat demi anak-anak dan demi diri sendiri... Believe in God, and a new light shall shine your life.

Take care, Kak Noe.

I pray for your happiness. :')

Bunga Rampai said...

take care Noe. jangan ada benci.....

Bunga Rampai said...

take care Noe. jangan ada benci.....

Fakhrurazi said...

Saya bc blog anda sejak dari entry pertama lagi..
Baca tulisan anda, menyelusuri kehidupan anda, banyak saya pelajari.
Tapi entry kali ni, buat saya sebak,tak tahu kenapa..
Semoga sentiasa kuat.

azzamoro said...

noe, huggggsss.

Tak mampu nak kata apa apa. Sebab berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. hanya yang memikul je tahu rasanya macam mana.

take care.dear.

kiranajoe said...

meremang bulu roma.tapi kenapa perlu ada titik penamat? sila bertahan, sila tabah dan sila kembali ke tiang Politeknik Johor Bahru.tolong lah, demi dua anak comel itu.

saya tak suka titik.

ederq said...

sending zillions virtual hugs for u noe

Nad said...

kak.
patut la tweet akak seperti something..

nah bahu..

zara aulia said...


Baca Entry ko
congak tambah tolak aku agak agak apa issue nya
tapi cuba deny tak mo terima

tapi hari ni mata terbeliak
mulut aku tak mampu nak senyum mcm baca entry ko sebelum-sebelum ni

Noe,nangis kalau ko perlu menangis
jerit kalau perlu menjerit
tidor sepuas nya kalau itu kau perlukan untuk terus tabah

Jangan paksa diri dalam apa jua situasi
just go through the flow
insyaAllah ada cahaya tu di hujung..

itu janji Nya

Maszwin Mujahid said...

akak...semoga di permudahkan...

Nor Rimah said...

As-salam, kami doakan yg terbaik utk mu yangg.. moga tabah dan kuat mengharung dugaan dari ALLAH. Sentiasa berdoa dan bermunajat kepadaNYA. Moga segala2nya berlalu dengan mudah

♥mamaTisyaThaqif♥ said...

salam noe.
lama xjengah sini..
tau2 terjumpa post ni.

be strong tau..
Allah always with us.

Jac Farrah said...

Kak Noe,
Saya hanyalah silent reader kat blog akak selama ni. dan saya jugak one of your followers kat twitter.

tapi entry ni buat saya nak komen. rasa sedih walaupun kita tak pernah jumpa in person. walaupun kita hanya kenal di alam maya, tapi tweet-tweet akak kebelakangan ni seolah-olah bagi hint, tapi saya fikirkan hanyalah kata-kata. dan kebetulan saya dah lama tak singgah blog akak. bila baca beberapa hari ni, baru saya tahu.

be strong.
akak ada anak-anak yang comey sangat. live for them. semua yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu juga dari Allah tetapi atas kelemahan kita. InShaaAllah, Allah akan luaskan nikmat dia untuk kita.

are-ya said...

be strong noe..what ever happen..always remember Him..

Irfa said...

tisu :(
moga noe kuat

Hally said...

Salam. Noe aku kenal ko dr maisarah mulop. Aku suka ttg ko. Ko jd idola aku. Aku selalu tgk gambo ngn Fandi kt devianart. Aku baca blog aku. Aku baca kisah percintaan,pertunangan,perkahwinan,waktu ko mengandung,waktu ko melahirkan sabrina dan natrah,waktu ko consume nk kurus.. semua aku baca dan aku mmg tak perasan ttg hal ini sehinggala Fandi bgtau td. Aku mmg terkejut sgt2. Satu hari suntuk aku view balik post2 ko. Aku cuba phm balik apa yg ko postkan. Walaubagaimana apa yg terjadi, ko ttp idola aku noe. Idola aku utk menjadi seorang yg kuat dan tabah. Semoga allah sentiasa titipkan semangat buat ko noe dan anak2.

across the horizon said...

kak, saya ada entry untuk akak.

http://fatinsyamirar.blogspot.com/2014/05/terkejut.html

yang ikhlas,
pembaca setia

nurulhuda husin said...

menitik air mata bc entry ni