27.11.13

Weekend Untuk Kita #009 - Be Brave & Take Charge

Ini tentang Bengkel yang aku pergi minggu lepas. Bertempat di D'Muara Marine Park Sungai Haji Dorani, Sungai Besar. Biasalah, gomen dan kursus ibarat kuku dan jari. Tak dapat dipisahkan kecuali cagu. Lepas kursus, kursus, lepas kursus, kursus lagi. Ini kali pertama aku ke area Sungai Besar sana. Ya Rabbi jauhnya terasa pemanduan. Patut lah rumah banglo 2 tingkat kat sana harga bawah RM400k lagi.

Tak ada benda sangat aku nak cerita. Korang layan je lah gambar yang ada. Banyak ni;


Pagi yang sayu tak sayu sangat sebelum bertolak Natrah macam exited nak ikut sebab tengok aku dah bersiap pakai tudung.. Tsk.


Sesi taklimat yang nampak macam serius sebab dalam perjalanan dari pejabat ke Sungai Besar, kami akan main Treasure Hunt. Sebagai manusia yang boring, ya, ini adalah kali pertama aku main treasure hunt. Ada sesiapa pembaca kat sini tak pernah main treasure hunt? Ada? Ya Allah ada lagi orang yang lebih boring.





Acah acah berlepas.


Sumpah, dua gambar di atas ni adalah salah satu task yang terkandung dalam Treasure Hunt tersebut. Best juga Kuala Selangor ni. Tepi-tepi jalan mereka meniaga buah-buahan macam ni. Dah rasa macam balik Labis pun ada.

Sungai Besar, Kuala Selangor. Panas terik tempat ni.

  
Ni lah apartment kos rendah tempat aku dan 3 orang lagi kawan menginap. Oleh kerana aku manusia leceh, aku bagi 0.01 bintang untuk apartment kat D'Muara Marine Park ni. Ada tahi cicak. Cadar tak best. Kombinasi warna interior pun tak best. Malam tu aku tidur kat sofa ja. Tapi kat Chalet nampak best. Mengadap laut. Selesa. Bersih. Ada aircond. Malang lah nasib aku terambik kunci apartment waktu pilih kunci sebelum tu.

Food Porn versi Melayu.



Petang sikit, main paintball.



The housemates : Kiri - Geng akak besar. Kiri - Geng Akak kecik. 




Lepas tu jalan menyusuri kuala di petang hari. Minah yang berbaju hitam merah tu umur dah 41 tahun. Rasa macam tak adil ja hidup ni.

Yang ni pula akhir 20-an. Jaw line dah takda. Dah semakin berevolusi jadi makcik-makcik. Sesiapa nak jual produk penyerlah jaw line, sila tinggalkan iklan anda di ruang komen.


Makan malam, tak sah tak ada karaoke. Aku tak nyanyi. Semenjak dah bertudung, rasa macam menyanyi di khalayak ramai macam satu perbuatan tak patut. Mungkin sebab aku dah jadi mak orang. Terkinja-kinja mengundang muntah ja nanti. Tapi ada jugak aku joget sikit-sikit sebab kena karaoke berkumpulan. Sikit ja..


Dan aku makan benda ni. Mentarang namanya. Sepanjang-panjang jalan dari Kuala Selangor ke Sungai Besar ni memang ramai orang dok jual benda ni kat tepi jalan. Aku jarang makan benda-benda eksotik ni. Agak jakun juga. Nasib baik sedap. Mentarang ni di bakar pastu cicah dengan sambal belacan. Boleh tahan lah rasa dia.


Hari KEDUA : Sukaneka tua bangka #rhyme. 


Ini keluarga kedua aku. Macam adik beradik dah aku rasa. Cuma tak sampai tahap jadi penjamin personal loan la.




Perjalanan balik singgah membeli kerepek.


Selfie terakhir sebelum kulit aku burn sebab kat sana    -  memang   -  panas  -    nirrojim. Snap guna front camera pun teserlah keterbakarannya. 

Kesimpulannya, bengkel ni memang best macam tahun-tahun yang sebelumnya. Aku percaya masing-masing pun gembira. Melupakan kerja. Melupakan masalah buat sementara. Luangkan masa untuk diri sendiri dan kawan-kawan.


Bagi yang teringin nak ke D'Muara Marine Park ni, aku cadangkan korang menginap di chalet sahaja. Chaletnya selesa, ada aircond, pemandangan tepi laut (Sila rujuk gambar atas ni). Sesuai untuk pasangan yang masih lovey dovey berpeluk tak ada anak menyelit kat tengah dan merengek nak menyusu. Malam sikit boleh makan mentarang sampai kenyang. Pagi esok boleh main paintball berdua. Kira macam "abang tembak ayang, ayang tembak abang" gitew.. geli tak geli tak?

Okay sekian cerita takde mende.

Bye.



12 comments :

azasuhaiza said...

my hometown...

Nur Hafizah said...

wahh kurusnya.. jeles i..

saya pun dalam proses menguruskan badan. belum selesai lagi...

jemput singgah blog.

http://myparentsmybestfriend.blogspot.com/

Hanys Jehari said...

Mcm best je

NeemoNeemo™ said...

*Nangis tengok akak umur 41 cantik dan slim

xxxxxxxx said...

Huh? Mengundang muntah? Mengundang komen pun idak yob...*sigh* *criket* ...well excuse me if I find baring is far less boring than treasure hunting! [-(

http://pixhost.me/avaxhome/e9/af/0029afe9.jpeg

ddJaafar said...

apesal org berusia di opis noe semua masih gorgeous.

rowie tu 50 lebih tahu?nangis tgk muka macam sebaya dengan aku.

zara aulia said...

Memang sedey aku tengok kakak baju merah hitam tu

uwaaa sedey kalau di banding kan dengan usia aku

mummy_icha said...

area my hometown, except that my hometown lebih jauh ke dalam kat kawasan bending/sawah padi. Yer, sini memang panas. So far tak pernah lagi stay kat Muara Sg Hj Dorani tu. Dulu2 sblm dinaikkan chalet, situ tapak pasar malam. Murah2 aje. Dan ramai orang lepak2 petang2 sambil hirup angin pantai yang airnya hitam :-) kenangan sungguh

Nursyuhaida said...

mentarang ni pun saya first time dengar. kalau mentekedarah penah lah dengar. Hahahaha.

abang tembang ayang, ayang tembang abang.

k lah saje je tulis balik.sebab kelakar tapi macam geli. Hahaha

Mrs. Ihtifaz said...

my hometown too..!!
cuma saya pun kedalam sikit, area sawah padi.
say whatever you want but this is the best place for me to live. mana nak cari area yang duit RM50 boleh buat belanja dapur 4-5 hari? sini boleh..
ye, sangat teringin nak balik bermastautin disini buat selamanya.. (sebab sekarang dah bawa hidup mengikut suami, meninggalkan kampung halaman..)
moga-moga tercapai impian ni..
thanks Noe sbb datang sini...sayang saye takde berkesempatan balik kampung waktu ni..kalau tak tengok Noe dari jauh pun cukupla..
yela..teringin nak tengok in real life...sejak dah bertahun2 menjadi pembaca je..pembaca senyap pulak tu.
ok bye!

gadis jumaat said...

mata noe nampak sedey... T_T

Irfa said...

"abang tembak ayang, ayang tembak abang"

terus tergelak, sib tak tersembur air kat pc,huhu