7.12.13

Ketenangan Yang Sombong

Aku sujud dalam tangis. Aku baca kalam Allah walau gagap. Zikir di bibir. Zikirkan telinga. Aku pujuk hati untuk percaya semua ini adalah takdir.

Tapi kenapa ketenangan terlalu sombong untuk hadir?

Aku sibukkan diri. Aku menulis. Aku melukis. Aku mereka cipta. Aku mengemas rumah. Aku berlari. Aku ketawa. Aku melawak macam biasa. Aku berbual macam tak ada apa-apa.

Masih kenapa ketenangan terlalu sombong untuk menyapa?

Aku berjalan seorang. Makan di restoran kapitalis. Sepinggan nasi RM30. Beli perabut baru. Beli perhiasan baru. Tengok wayang.

Duhai kenapa ketenangan masih sombong untuk datang?

Seperti separa gila. Aku runsingkan hal yang kecil-kecil. Aku renguskan hal yang ringan-ringan.

Jangan dipaling rahmat-Mu terhadap aku Ya Tuhan, sesungguhnya aku rindukan ketenangan.

(Hela nafas panjang)






21 comments :

FataMorgana said...

We're masters of our mind, captain of our soul.

Puan, i think i just saw your daughter in the newspaper. KWSP ads.

:)

zara aulia said...

ketenangan bukan sombong noe..cuma masa belum menjemput dia datang..

talkwithmykeyboard said...

Ketenangan juga masih sombong dengan saya kak noe..runsing dah masih gundah gulana.. :(

xxxxxxxx said...

How can our hearts be at ease when we have not make sufficient preparation for the hereafter? Each worldly suffering, as little as they come, indeed can be redeemed for our sins...the only prerequisite: perseverance.

In other words, http://www.youtube.com/watch?v=Q4Y-FbeCX14

Makwe Kintan said...

Tenang itu adakalanya egois dalam memilih pendamping..suatu saat nanti ia akan hadir juga.. saat itu kita tak mencarinya lagi..

Dark @ng3L said...

ketenangan itu akan datang sendiri tanpa kita sedari nanti. Sabar, Insya Allah..

fiszah_pjo said...

cuba cari apa punca ketenangan tu hilang,mungkin kecelaruan tu puncanya.cari punca dan settledown..mungkin perlu memaafkan dan melepaskan,ketenangan muncul kemudiannya.jika ketenangan yg dicari melibat kecelaruan dari manusia..cari la manusia utk dptkan ketenangan tu..ehhehe

ily♥ said...

menerima segala ketentuan dengan penuh redha..
mengakui kita sebagai hambaNya, memang selayaknya diuji oleh Dia..
Memahami sedalamnya makna disebalik zikrullah..
Jgn dipersalah ketenangan yang masih sombong menjengah..
Syukuri nikmat-Nya kerana beri peluang untuk kita mendekatiNya..
Semoga akak temui sinar bahagia, pakej bersama mardhotillah..

ASY 705 said...

Lady noe,bykkn bace yassin.klu boleh hr2 lepas waktu solat.InsyaAllah,ketenangan itu akan hadir.it works on me ��

aSma anak Pak Wahab said...

Kau kena lepaskan.. Selagi kau x melepaskan simpul tu terus berbuku Noe..Lepaskan..lepaskan..

ita citot said...

Sabar dalam bersabar. Memang payah. Sungguh. Tapi... Sabar laa... =)

Byzura Mj (By) said...

aku pernah begitu. aku cuba berbicara dengan tuhan, baca kalimahnya dan berbicara dgn air. Alhamdulillah ketenangan itu datang. Tak lama sekejap.

dhaniah said...

la tahzan.jgn bsedih..baca buku itu.baca quran dan maknanya. allah bg dugaan supaya mahu kita merayu,bersyujud dan dekat dgnnya.moga kamu lebih tabah.... tiada apa didunia yg kekal abadi...

hikari said...

boarding on the same boat sistahhh!

petua aku buat hari2; mula baca dan fahamkan surah ar-rahman

aku buat utk mengelakkan diri aku merungut hari2. merungut bererti kita tak bersyukur atas nikmatNya

ok take care!

LML; not to be confused with MLM said...

time.
beri diri masa.

NeemoNeemo™ said...

Ketenangan ada dalam rumah noe sendiri. Noe kena buka hati untuk terima dia masuk dalam hati.

chuya - the mother of A's said...

been there..
:)

im happy now.. sumpah.. aku lebih bahagia.. :)

dont worry.. lepaskan fasa kritikal ni.. dan kamu akan lihat hikmahnya...

mula2 kuantan mendung..
hujan turun 3 hari berturut2...
banjir..
abis segala barangan musnah...

hikmahnya?

mak dapat tilam baru..
mak dapat banyak baju2 walaupun yg dah terpakai...

:) jgn pandang kesedihannya.. pandang hikmahnya :)

cayurk..

Unknown said...

apa dia restoran kapitalis tu? Contoh?

Ciare Baha said...

All the best for you Ladynoe (1st time comment after so many years...finally not a silent reader anymore :) )

U're a strong woman, ever..

makansiput said...

Hati tu kak noe. Allah nak betulkan sesuatu dlm diri kita ni, dia "miss call" hati kita. Dia nak suruh kita betulkan kedudukan Dia dlm hati kita. Bersyukurlah dpt "miss call" ni. Tandanya dia masih syg..

Audit diri. Ingat balik apa mungkin jd penghalang ketenangan ni. Salah kita pada Dia, pada manusia..

He found you lost and He guide you (ad-dhuha)

shahirahkhairudin said...

Noe kuat. Mesti kena kuat untuk lepaskan diri dari fasa ini.

Selepas ribut, pasti akan tenang. It's just a matter of time noe. Stay strong.