25.12.13

Sekapal

Ada satu masa hidup aku rasa macam serba tak kena. Aku duduk seorang, aku menangis, aku cuba berada di tengah orang ramai, bergelak ketawa dengan kawan-kawan. Tapi kepala aku ingatkan yang bukan-bukan. Hati pun semacam ada ‘denyut’ berpanjangan. Rutin terganggu. Kerja pun tak menentu. Semacam memberi masalah kepada ramai orang.

Dalam semua hal, aku letakkan ke atas tanggungan sendiri. Cuma apabila ada yang menasihat jangan letakkan semua salah ke atas diri sendiri, maka aku bahagiakan 90% portion untuk aku telan dan lagi 10% untuk sebab-sebab lain untuk menyedapkan hati. 

Sehinggalah pada suatu hari aku dapat 3 miss-call di talifon bimbit aku. Dari seorang kawan yang aku tak pernah nak jangka akan hubungi aku. Sebab ye lah sekarang ni apa-apa pun texting sahaja. Jadi aku text dia balik, dan dia terus call aku sejurus terima text aku. 

Jauh di talian aku dengar kawan aku yang aku kenal lama sebagai seorang yang sangat bahagia dan happy go lucky menangis teresak esak. Ada sesuatu yang berharga dalam hidup dia telah direntap takdir. Seseorang.

Sejak itu kami berbagi cerita. Satu kapal atas sebab yang jauh berbeza.

-dan sejak kami rajin berbagi rasa, aku mulai sedar bahawa nasib aku tidaklah seteruk mana. Ya, tidak seteruk mana. Ada yang lebih menyedihkan. Ada yang lebih layak diberi kasihan. 

Kita selalu disedarkan untuk melihat yang lebih keterbawah dari nasib kita. Bukan untuk meninggikan diri, cuma untuk berasa lebih faham bahawa takdir hidup kita tidak lah kejam mana. Doa banyak-banyak dan percaya akan keajaibannya. Muslihat Tuhan itu selalunya akan dialaskan dengan seribu hikmah yang hanya orang bersabar sahaja bakal merasakan - dan apabila melihat sahabat terdekat tertimpa kehilangan yang lebih tragis, aku rasa macam kesedihan aku kian beransur pergi. Rasa macam aku kena lebih kuat sebab ada orang lebih layak sedih dari diri aku sendiri. Aku kena kuat untuk buat orang pun jadi kuat sekali. Nak-nak, dia sahabat aku.

Buat sahabat sekapal, aku ada untuk kau terus bercerita. Sesekali rasa rapuh, ingat ada orang lebih malang dari kita untuk segala hal. Sesekali merindu, tak mengapa.

Atas dasar cinta kita sejak kecil, aku doakan kau cepat berlabuh dari pelayaran ini.

Betapa aku tidak sanggup melihat kau bersedih lama.


13 comments :

Ahmad Arba'in Ali said...

why you always write something like you're single lady?

i always think bila kita kahwin, we'll be happy. sharing all love and life with someone.

hmm.

Dex Banner said...

It's Merry Christmas! Share the spirit of peace and joy on this ...

Wahida Yaakub said...

"Muslihat Tuhan itu selalunya akan dialaskan dengan seribu hikmah yang hanya orang bersabar sahaja bakal merasakan"

i like this. i'm your silent reader... whatever that you're facing now... i hope you be strong... and i know you are...

~ Cik Azz ~ said...

Dalam apa-apa hal yang melanda, bertabahlah...

Memang mudah bercakap tapi kena fikir balik, sampai bila kita nak terus meratapi nasib diri..

Moga kita semua terus diberi kekuatan semangat, ketabahan yang jitu serta kesabaran yang kuat.. Amin..

Mrs. Ihtifaz said...

Bersabarlah...

Pulangan sabar itu manis.......

Susah, tapi indah..
InsyaAllah semoga Allah memudahkan untukmu.

@MrsIhtifaz

Maryam said...

I adore you and hope you will be stronger day by day too kak noe :)

xxxxxxxx said...

I've very little doubt on kak noe's ability to grow back her wings...I cannot say the same bout you though :-"

Petak Bunga said...

insyallah, tak lama lg kita akan tinggalkan semua kesedihan ni. sekejap je ujian allah.

satu hari bila kita ingat-ingat balik, kita dah pun laluinya.
dengan sgt tabah.

Allah tak akan uji umatnya yang x dapat menahan ujian.

mummy_icha said...

faham sangat dgn situasi ni. tabahlah okey. both of u.

Nawal Aizad said...

One day you'll look back and laugh at all thats happened. Time will make it better...

Dunia ni penjara bagi orang mukmin..

Makwe Kintan said...

Ya Rabbi..aku tersentuh sungguh membaca ni.. you so strong.. & saya juga harap saya akan sekuat you sis noe.. mungkin akan jd 'sekapal'..

kueh bakar said...


Dua-dua dalam kapal
tapi laut lain-lain
mungkin kau selat Melaka
mungkin dia laut China selatan
nyata, kapal dia dan laut dia lebih gelora

apa pun, semoga selamat sampai ke daratan

mint_pudina said...

all the best for you & family in 2014 onwards!!