26.12.13

Sikap Terhadap Kesalahan Diri

Rentetan yang aku petik dari kisah Iblis dan Nabi Adam A.S seperti yang Dr.Maza ceritakan.

Iblis buat dosa, terus dijatuhkan sebagai derhaka dan kafir.
Adam A.S buat dosa, diberi pengampunan dan diangkat menjadi khalifah?

Dua hukuman yang berbeza diatas kederhakaan. Kenapa? Hukuman terhadap sesuatu kesalahan itu tidak pernah ada double standard. Allah itu mahal adil. Cuma bagaimana sikap kita terhadap kesalahan?

Iblis, apabila salah, dia tak mengaku. Enggan. Takbur. Mencari pelepasan. Ujub. Pertikai.
Adam A.S apabila salah, dia mengaku salah. Malu. Mohon ampun. Bertaubat.

Apakah similariti dan pengajaran dari kisah ini yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita masa kini?

Agak-agak pernah tak kita melaungkan cela orang lain, sementara cela sendiri kita alaskan dengan alasan dan pelepasan. Ujub dengan merasa 'tak apa' dengan dosa? Atau tak sedar langsung yang kita pun berdosa?

Nah korang tengok lah sendiri video ni.




2 comments :

xxxxxxxx said...

"Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya." 18:54

Rapunzel Cikilolo said...

ya allah...

tersentuhnya dengar ceramah ni...