16.12.13

Weekend Untuk Kita #011 - Bilik Kecik dan Anak-Anak Kecik

Ini gabungan hujung minggu lepas dengan minggu ini. Minggu lepas dengan anak-anak. Minggu ni, sehari (Sabtu) je dapat dengan anak-anak. Macam yang biasa-biasa, hujung minggu dah janji nak bawak anak berlibur. Duit lebih sikit pergi ke shopping mall, indoor playground. Jkids terutamanya. Kali ini di The Curve. Tak se-best Paradigm.


Gigi jarang, tak pandai simpan rahsia, hihihi.

Satu perkara tentang Natrah, dia tak macam kakak dia. Dia manja melebih-lebih. Sabrina pun manja, tapi Natrah lagi manja. Dependent. Asyik melekat dengan aku. Tengah duk seronok-seronok main kat playground pun dia boleh datang gian nak berdukung dengan aku. Orang cakap anak tengah memang macam tu. Tapi dia ni anak bungsu. Ke nanti dia akan jadi anak tengah juga? Eh.

Minggu ni sempat bercucuk tanam. Di balkoni yang sekangkang monyet. Berteman anak kecik yang sedang bernafsu nak menjelajah dunia dia sendiri.

Oleh kerana banyak tanaman aku musnah akibat Malaysia di landa jerebu haritu, hari ni aku nak semai pokok baru. Harap bertumbuh lah macam yang diharapkan. Kesian jugak tengok balkoni sendu je.

Taman Faridah Utama. kof kof kof.
Ya tuan-tuan dan puan-puan. Ini lah gambaran sedikit sebanyak Bilik Kecik tempat aku bercumbu dengan hobi. Belum tersusun sepenuhnya. Tapi boleh dikatakan telah beroperasi. Dari dulu berangan nak ada craft room ala-ala mat saleh tapi dapat yang macam ni pun jadi lah. Nama pun bilik kecik. Nanti kalau dah siap, aku share lagi.

Small Office Home Office.


Saja nak share, baru 2 minggu dilancarkan, buku Desaturasi Merah Jambu dah masuk cetakan kedua. Terima kasih atas sokongan korang semua. Bagi yang berminat nak beli, korang boleh emel ke faridahnoor@gmail.com. RM20 kalau kamu nak ambil sendiri dari aku. RM26 kalau nak pos di dalam semenanjung. Rm30 ke Sabah/Sarawak. Dalam seminggu, aku akan pos dua kali iaitu pada hari Selasa dan Khamis.

Salam ketemu lagi!


15 comments :

DYatie said...

And finally u're officially a writer. Congrats dear. Berimpian tinggi untuk punyaa mini library tapi mungkin 5 tahun lagi. >_<

:: Mrs.Eady :: said...

cantik nyer gambar!

Makwe Kintan said...

bila baca keratan 'nak' tu, terasa jiwa ni seperti diresap sesuatu.. saya tertarik..In Shaa Allah saya akan beli buku sis.. nti saya email ye..

chiku the chucuru said...

okeh.. jeles la saya ngn bilik kecik itu...

O'gosh Iskandar said...

bole x share home office tu...suka sangat sebab semua warna putih...please...

cik sepet said...

baca desaturasi merah jambu buat kali kedua.. memang best !

Byzura Mj (By) said...

suka decoration rumah ko! noe aku ade email.. nanti ko check eah :)

xxxxxxxx said...

Ibu jari...hantu! :-ss

Ladynoe™ said...

Ha'ah. Memang jenis tak cantik.

xxxxxxxx said...

Gak apa-an. Tipikal manusia. Vokal AIM-worthy, badan Sumo-wrestler. Nak 'perfect' sila sign-up Devil's Club >:)

Tuan Besar said...

Bila baca "NAK" rasa macam nak beli. Nak nak nak beli :p hahahaha lol

dali said...

assalam noe.. aku baru berbulan jer membaca blog kau ni. lepas tu bizi kdg2 tertinggal keretapi gak.. suke penulisan kau cam jujur sgt & bijak.. adore bilik kecik tu.. aku pun plan nk buat, kat bilik anak kecik aku duaorg.. sbb dorg tak tido situ aku buat soho.. nnti sile kongsikan pic ye.. so far aku ader meja putih ikea tu je.. sadis.. take care ok..

Time Traveller said...

Best nyer buat garden kat balkoni..
mesti comel jer hahaha.. :D

Jangan tanam pokok mangga dah la hahahaa..

Seronok pulak tengok dak kecik tu nak bercucuk tanam :D

~fam~ said...

Salam kak noe.
Saya ada email request pasal nak beli buku merah jambu tu. Tapi kak tak reply lagi. Nanti check email ye.
pankek_pandan@yahoo.com

Thanks kak noe:)

waNi said...

kak noe, kat mana nak beli blok huruf tu eh?