3.12.13

Weekend Untuk Kita #010- Desaturasi Merah Jambu di PartyDubook 2013



Macam biasa, orang nak keluar buku, aku pun nak keluar buku. Aku persembahkan Desaturasi Merah Jambu sebagai medan pertama untuk luahan rasa di atas semua yang telah terjadi. Buku ni dikeluarkan untuk mengupas sedikit sebanyak tentang hati seorang perempuan secara rawak. 

Tidak lupa juga ada diselitkan sedikit sebanyak artikel dari blog ini yang dimana aku dah private kan supaya ianya dapat dibaca dari buku ini sahaja. Hehehe.

Kenapa Desaturasi? Lawan kepada saturasi. Proses warna yang vivid berubah menjadi pudar dan gelap kalau ditafsirkan dari sudut artistik pencampuran warna. Ada kaitan serba sedikit lah dengan kehidupan seseorang. Nak tau lebih lanjut, kamu baca lah sendiri. 



30 Nov 2013 / PartDubook by Dubook Press di Red Bungalow / Pelancaran Desturasi Merah Jambu buat kali pertama.

Sesi mengulas isi buku dan menjawab soalan. Tapi jenis tak suka bercakap depan orang, jadi aku nyanyi ja. Duet dengan penerbit sendiri. Lagu Jamal Abdillah dan siti sarah tu apa da tajuk dia? "Kenangan manis kau dan aku.."


 Bergambar dengan rakan-rakan pembaca. Thanx gambar ni semua aku cilok dari instagram depa. Aku malas nak shoot sangat. Macam malu segan dan rasa sangat tua sebab dah lama sangat tak ke event-event macam ni. 

 Betullah cakap mak aku, nak pikat hati orang paling senang dengan masakan. Laksa di atas dihadiahkan oleh salah seorang pembaca yang datang nak beli Desaturasi Merah Jambu ni. Sampai sekarang aku terharu. Bukan hanya kerana laksanya sedap. Tapi sampai sekarang aku terasa 'manis'nya tuan pemberi laksa ni. "Kak Noe, Tasha bawa laksa untuk kak Noe sebab tau kak Noe suka makan laksa..," terima kasih Tasha (ke Tiqa?)


Bagi yang ingin membeli Desaturasi Merah Jambu ni, boleh dapatkan pada DubookPress.com. Aku akan umumkan bila kamu boleh membelinya secara terus dari aku beserta Autograph dan bookmark, 






22 comments :

NURUL JAMIAN said...

Tahniah Noe

MyLadyBuzz said...

Segerakan penjualan buku dengan tandatangannya .. tak sabar pula hati ni .. heh~

ddJaafar said...

tolong bagitau bila.nak otograp sekali plisss.

ps:dapat sticker kereta dubook tu tak?hehhe.

Ahmad Arba'in Ali said...

nk beli lah.. sebab cover dia bibir seksi gilak. haha.

mommyNadia said...

Wowee!! Tahniah Noe!

Mar Mansor said...

tahniah..bestnye dah publish hasil karya sndri..judul y menarik

yatie chomeyl said...

nk beli tp tggu yg dpt autograph la hehe

Makwe Kintan said...

macam best buku ni.. you masih gojes la kak noe.. (n____n)

Niza Romli said...

macam tak sabarr je nak beli :)

Capt Lalok said...

nak..nak beli..

J u l i a 。.゜✿ said...

noe.. ju nak beli buku noe yang ada autograph. siap dengan kiss noe sekali tau kat tepi signature noe tu tau.

so proud of you.

nanti announce bila available k !

J u l i a 。.゜✿ said...

oh lagi satu... book cover sangat pretty. =)

xxxxxxxx said...

Contemplating on the possibility of ownership based on the thickness ratio of my wallet to your book's...

~ Cik Azz ~ said...

Wahh... dah ada buku.. Tahniah3..

Akak nak oder satu sebab akak suka baca novel walaupun buku Noe bukannya novel..

Nanti war-warkan ya.. :)

Byzura Mj (By) said...

Noe macam mana nak beli? online ade?

Ayuni Ayatillah said...

Wah tahniah Noe. Suka gaya penulisan awak, saya lemah sgt menulis dalam BM dengan indah dan "sampai".

Congratulations again!

safiyyah osman said...

Xsabaqnyaaaaaa nk beli!

haidar abdullah said...

Jutaan tahniah! Saya pasti membelinya, dengan autograph nya sekali ya. Pasti!

maz said...

Noe,
nk request..

kasi lah sikit review pasal buku ni, novel ka cerpen ka puisi ka.. snap 1 page pun ok. klu gaya penceritaan mcm blog ni, sy suke!! hihi

hdsykn said...

Dah beli! hihihi pastu suami bawak balik kelantan pule.. patut beli dua haritu uhuhu

fathen yaya said...

salam noe,
nak beli buku kamu.
nak beli terus dari kamu.

Cik Ketam said...

Dah habis baca. =)
Best. Part akhir, ada tersentuh.