28.1.14

Fiksyen

Selalu aku perhati kalau drama televisyen mula mempersembahkan satu watak lelaki yang baik, suami yang penyayang, ambil berat terhadap pasangan, romantis, ikhlas, jujur dan segalanya baik, akan ada hati naluri terdetik bahawa alangkah bagusnya kalau kita peroleh pasangan seperti itu. 

Kemudian kita akan diberitahu bahawa watak itu hanya fiksyen. Tak ada lelaki sebaik itu. Manusia banyak kelemahan. Kemudian wujud pihak yang mengkritis ketelanjuran tuan direktor yang menghidangkan fiksyen terlalu tinggi. Berhenti lah berangan. Itu semua fiksyen semata.

Lalu siaran berganti siaran, kita tonton pula drama televisyen mengisahkan lelaki yang sangat jahat. Menabur janji palsu. Menganiaya rasa, mental, tubuh dan emosi pasangan serta orang sekelilingnya. Sampai kita jadi benci, turut beremosi lalu bertanya "Ada ke lelaki sejahat ini?" 

Dan orang yang sama juga mengatakan; "Ada. Ini normal. Pengarah selalunya akan buat cerita base on real life" katanya.

Persoalan yang bermain di benak aku kini, jam 2.45 pagi 28 januari 2014, apakah memang watak yang baik dikalangan kita hanyalah fiksyen semata-mata? Mengapa kita (ya KITA) mengabaikan tauladan fiksyen yang baik kerana ego dan memilih untuk kekal cela seperti 'base on real life'? 



P/s: ini adalah topik general. 


5 comments :

xxxxxxxx said...

'Fiction' is too harsh. 'Ideal' is more fitting. Minor deviation is standard. Exceeds it by two is not.

makansiput said...

Masyarakat negatif. Reality is harsh. Karma is a bitch. Things are too good to be true.
Macam tu lah agaknye. Takdek pulak cakap things are too bad to be wrong.

Sarah Zulkifli said...

ego dah sampai tahap mane tah , pemikiran sudah jadi tak betol . real life pon ade orang baik baik apa . :)

Petak Bunga said...

baik hati + bodoh + kena buli + redha je..

Pumpkin Pie said...

yup,
pelik kan?
haih...Dunia ..
(geleng kepala sikit)

*sambung kerja*