30.1.14

Mengenal Hikmah (Momen Kuarantin Bersama Natrah)

Semua orang cakap setiap benda berlaku mempunyai hikmah tersembunyi. Hanya orang yang sabar akan rasa hikmahnya. Kadang-kadang kita sendiri dapat rasa. Kadang-kadang tak semena-mena tuhan nak tunjuk kat kita.

Macam baru-baru ni besday Sabrina, abah dia bawa ke Legoland. Tak bawak Natrah. Aku ni sensetif sikit sebab jenis memang tak suka pisah-pisah anak. Kalau boleh nak sama-sama ja dalam aktiviti apa-apa pun. Tapi aku takdak la komplen apa-apa la. Macam biasa aku diam ja la. Abah diorang cakap, kalau bawa Natrah nanti Sabrina susah nak main game-game kat sana sebab kebanyakkan game kat Legoland tu tak sesuai dengan umur. Betul juga kan.

Tapi apa nak buat sebagai mak-mak hati tisu, ada juga simpan rasa kesiannyaaa Natrah kena tinggal. Aku punya sensetif adalah tahap anak aku sunat pun aku menangis beriya. Jumaat malam sebelum esoknya hari Sabrina nak berangkat dengan Abah dia, aku cuba explain kat Natrah

"Esok kakak dengan abah nak gi Legoland, adik tinggal dengan mak, OK?"
dan Natrah respon "Nak ikut Abah," berkali-kali. Sedih okay.

Tiba-tiba Jumaat lepas aku jumpa tanda-tanda Natrah kena cacar air/demam campak. Ok..

Fikir-fikir balik..kalau abah dia nak bawa Natrah dan dah belanjakan tiket untuk 3 orang ke Legoland serta untuk benda-benda lain kat sana, mesti agak membazir sebab, ya la, Natrah tak boleh nak ikut. Itulah hikmahnya kat situ. 

And peluang Natrah kena kuarantin sekali ni, aku boleh spend time melayan kerenah dia. Sebagai ibu yang berkarier, bukan selalu boleh luangkan masa macam ni dengan anak-anak. Hikmah lagi. Gitu.



Natrah ni clingy. Ke mana aku pergi dia nak ikut sama. Aku nak layan Insidious 2 pun dia nak layan sekali menonton macam faham sangat gayanya.




Okay Herbalife shake ni aku kena bancuh lebih sikit sebab Natrah pun suka juga.




Eh hai. Meet our new friend, Nenet. :)



Kawan-kawan main sama-sama.




Apabila dia berjaga, aku letih melayan kerenah. Apabila dia tidur, aku rindu mendengar keletah.

Tak ada benda kritikal berlaku. Cuma demam campak biasa. Aku bawa dia ke hospital dan doktor saran ambil Zovirax. Senang jaga Natrah sebab dia jenis tak takut makan ubat. Cuma masa mula-mula badan dia miang tu agak rasa helpless juga aku tak tau nak buat apa untuk lega kan gatal dia. Aku kena demam campak dulu masa aku tingkatan 2. Masa tu mak aku kurung aku dalam bilik gelap. Mak aku cakap jangan garu, aku tak garu. Ini budak 2 tahun pun belum cecah lagi. Agak kesian juga bila dia menggelupur gatal sana sini terutama di bahagian genital.

Tapi Alhamdulillah selepas Abah dia carikan daun semambu/neem, aku buat air mandi dia, terus okay pulak jadinya. Tak ada pula dia mengaduh gatal. Kalau tak sebelum tu, dia punya naif "Mak..gatal..nyamuk banyak..." kesian okay.

Buat masa ni aku terpisah kejap la dengan Sabrina dalam seminggu lebih sebab taknak kasi Sabrina berjangkit pula. Nasib baik ada facetime untuk lepas rindu. Natrah tak pernah pisah dengan kakak dia. Agak kerap juga dia mengaduh "Nak kakak..nak kakak," especially masa nak tido malam.

Okay lah ini tips yang aku nak share untuk mak-mak yang mungkin anak korang kena cacar air

  1. Daun mambu tu buat mandi. Rendam dengan air panas, kemudian campur air suam. Agak-agak suhu dia sesuai, kamu boleh jirus pelan-pelan.
  2. Elak makanan berminyak. Dalam tempoh kuarantin ni, Natrah makan makaroni dan kentang rebus je. Aku buat sup ayam, ayam aku makan, kentang dia makan. 
  3. Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang selalu. Tapi kalau boleh yang longgar. 
  4. Zovirax ni ubat anti virus. Agak membantu juga. Gelembung air tu cepat kecut dan dia bantutkan pertumbuhan gelembung baru. Tapi ubat ni kena bagi 5 jam sekali. Kena bagi ikut masa dan kamu kena gigihkan diri lah.
  5. Aku cuba bagi air kelapa, tapi Natrah tak mahu. Tapi tak mendatangkan masalah apa-apa. Jadi kalau anak kamu rijek air kelapa, jangan bimbang sangat.
  6. Jangan sapu calamine losyen tu. Ianya menambah gatal.
  7. Elak dari badan dia berpeluh.
  8. Rajinkan tukar baju. Siang dua kali. Malam dua kali. Aku cadangkan selepas mandi pagi, tengahari, mandi petang dan sebelum tidur.
  9. Asingkan baju basuhan anak yang dijangkiti
  10. Rajinkan tukar diaper. Sekurang kurangnya 5 kali sehari.
  11. Aku rancang lepas ni kalau ada kesan parut aku nak cuba hilangkan dengan melumur vitamin E shaklee tu ja.
Sekian saja tips berdasarkan pengalaman. Kamu juga boleh kongsi tips di ruang komen. Kalau nak lah.





9 comments :

xxxxxxxx said...

There's something eerie and insidious bout that first picture...seems that IT is watching her instead :-ss

Nadya said...

Semoga cepat sembuh ya Natrah. :)

Pumpkin Pie said...

oh my ....comelnya nenet main sama natrah .. haha ..

ddJaafar said...

sedih hati tengok anak anak terpisah.mesti adik akan carik kakak/abang punya.

ooh.anak dd aritu dd letak calamine dan biarkan tak pakai baju sebab taknak berpeluh.siang malam pakai pampers & panties.cepat jugak baik.alhamdulillah.

Ladynoe™ said...

Ha'ah adik la selalu cari kakak. Kakak mcm steady ja. Hhehe

noly anna said...

salam.siannya kena demam campak.kalau ada parut nak try hilangkan guna marine essence pun boleh jugak.berkesan hilangkan parut nyamuk dgn gatal2 kat badan anak noly :)

xxxxxxxx said...

2:232

IDAYU ARIFFIN said...

natrah is so awesome girl . cuteeeeee sgt niee :)

Syu said...

Syu takde tips. Tapi nak cakap, Syu sayang Kak Noe sejak yang Kak Noe tak pernah tahu :-)