4.2.14

Bahana Genre Romantik

Aku memang tak gemar romantic genre. Dari kecik aku memang tak suka nak baca novel romantik apatah lagi romantic movie. Memang tak ada kritikan khusus untuk genre ni tapi aku jenis akan absorb dalam semua benda yang aku baca dan tonton. Tapi kadang-kadang aku terjebak jugak melayan romantic genre dan bahananya memang aku mudah absorb dan masuk ke dalam alam fiksyen.



Macam sebelum ni aku tonton Maid In Manhattan. Kisah ibu tunggal yang bekerja sebagai maid di sebuah hotel yang akhirnya berjaya memikat hati seorang senator sebab dia dah curi pakai baju-baju perempuan kaya. Mula-mula kantoi Senator tu agak kecewa tapi cinta punya pasal dan oleh kerana maid tu pun muka lawa, body hot, Senator tu ketepikan darjat, utamakan cinta. Like seriously? Gila fairy tale. Dan bahananya aku memang harap nak jadi maid kat mana-mana hotel dengan harapan ada ahli politik hensem mengorat aku. Lepas tu aku fikir balik mana ada ahli politik kita hensem. Zizi Ezzete pun dapat Bung Mokhtar ja.


Lepas tu aku tonton The Vow. Okay Channing Tatum memang hot gila dengan mata kecik senyum nampak sepet tu. Tapi itu bukan point-nya. The Vow ni mengisahkan Isteri dia yang kemalangan dan hilang ingatan. Lepas tu suami dia punya sayang dia mengorat balik isteri dia. Diulangi Suami mengorat Isteri. Fenomena suami mengorat isteri is very rare!!! I was like omagad omagad suwitnya.. Aku tengok The Vow ni sambil tersenyum sangkut dagu kat lutut sambil makan kuaci feeling-feeling comel. Dramanya adalah bila Rachel Adams (isteri) dah hilang ingatan dan dia tak ingat pun segala memori dia dengan suami dia. The best part is dia tak ingat pun pengalaman perit yang dia pernah lalui. Macam reborn. Jadi orang baru dan semua orang pun terima dia macam tak pernah jadi apa-apa. Bahananya adalah betapa aku naknya bangun tidur tiba-tiba hilang ingatan dan kembali ke memori semasa aku form 4 time sibuk-sibuk dengan alam remaja ni. Masa tu mesti aku terkejut eh apsal jeans aku semua besar. Eh apsal aku dah hitam. Eh apsal aku nampak tua sangat ni. Eh siapa budak perempuan dua orang ni?!! Errr.. Tapi part eksiden tu aku taknak la.


Romantik genre seterusnya yang aku ingat pernah tonton ialah Forest Gump. It's all about Forest Gump kan? Tapi dalam setiap babak mesti ada kisah dia dengan Jenny. Jenny ni agak b****y sikit tapi Forest Gump yang bodoh-bodoh alang ni tak kisah pun. Jauh macam mana pun dia akan kirimkan poskad. Jauh macam mana pun dia akan cari Jenny ni. Jenny macam biasa ada kehidupan b****y yan tersendiri, lepas tu bila dah kena AIDS baru dia balik cari Forest Gump. Tapi bahana dari Forest Gump ni tak teruk sangat. Aku taknak jadi Jenny pun. Aku just membayangkan bestnya kalau Forest Gump jadi boyfriend aku. Walau aku tau akau akan cepat stress kalau cakap banyak kali kau tak faham-faham, tapi dia ada hati dan cinta yang besar. dia kata "Im not smart man but I am smart enough to know what love is," Dan dia pandai main PingPong.



Lepas tu Eternal Sunshine of the Spotless Mind. Hmmmm cerita ni sedih. Kisah seorang lelaki yang cuba nak lupakan kekasih dia. Dia pergi kesebuah syarikat yang menjalankan servis padam memori yang tidak dikehendaki. Seriously? Forgetting people boleh jadi sesusah itu? Bisik hati ku pada ketika itu. But now, seriously, aku SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT harap, Lacuna Inc wujud dan aku sanggup keluarkan saving aku untuk mendapatkan servis mereka. Ini lah bahananya.


Beralih pulak dengan 500 Days of Summer. Dah la soundtrack banyak best-best. Eh tapi movie ni tak meninggalkan kesan sangat dalam pemikiran aku. Terima kasih Marc Webb di atas kekurangan efek fiksyen melampau tersebut. To me it is just normal romantic genre yang represent normal people punya love story. Kita jatuh cinta. Kita jadi bosan. Kita berpisah. Kita jumpa orang baru.


Aku pernah tonton One Day. Oh Anne Hathaway, dalam cerita ni dia jadi macam agak loser. Jatuh cinta dengan lelaki yang sebenarnya anggap dia kawan ja. Tapi kejap-kejap diorang cuba nak get in relationship, tapi Dexter ni jenis suka berfoya-foya and things get awkward lepas tu mereka kawan-kawan je balik. Lepas tu masing-masing dah kahwin. Lepas tu bercerai, dan jumpa balik, lepas tu mereka akhirnya berkahwin dan, baru sekejap je Anne Hathaway ni merasa bahagia, dia pun mati kena langgar. Bagi aku ni macam real life story juga. Walaupun kisah ni macam meletihkan dimana kau kena simpan perasaan cinta kat orang yang anggap kau kawan ja. Okay cerita ni tak mendatangkan apa-apa bahana. Aku tak ada simpan harapan nak bersama dengan mana-mana lelaki pun selepas bertahun terpisah. Eh ke ada? Eh takda. Jap ingat balik. Emmm okay takda. 


Dan semalam, aku tonton Warm Bodies. Kisah zombie yang jatuh cinta dengan anak gadis general tentara yang menjalankan operasi memburu mayat-mayat hidup ni. Bayangkan dalam ramai-ramai manusia yang sepatutnya jadi makanan zombie, boleh pulak dia terpikat kat salah seorang. Siap jaga dan protect dia dari diserang zombie-zombie lain. Omagaddddd sweetnyaaaaaaaa..."I want a Zombie boyfriend now! I want a Zombie boyfriend nowwww!!!!" teriak hati kecil ku di suatu sudut yang kurang matang.

Nampak tak? Nampak tak bahananya?

Sebab tu aku malas nak tonton filem filem romantic genre ni. Aku cepat menyerap. Belum lagi aku nak sebut tentang Twilight. Puas aku pujuk hati aku yang pontianak melayu semua buruk dan tahu bertenggek atas pokok ja.

Kawan cadang aku tonton filem Note Book. 

Aku angguk sambil hati aku berkata "Jangan harap!"

Okay sekarang aku nak sambung download lebih banyak lagi horror movie. Peliknya selepas aku tonton genre horror, aku tak terbayangkan sikit pun.







37 comments :

J u l i a 。.゜✿ said...

ju suka tengok 50 first dates !

& suka tengok based on true story movies

& biography movies too

=)

Nadya said...

Notebook buat ko jd depress noe. percayalahhhh

Ladynoe™ said...

Hahahaha yaaa tengok trailer pun dah boleh agak.

xxxxxxxx said...

menyerap > menyiram > menyirap

p/s: Are we forgetting KJ?? pffffttt!

p/p/s: A lock without a key...encircled entwined forever memory

Ladynoe™ said...

Of course not. He is just not my taste.

syuhadaa said...

Horror movie? Insidious, Insidious 2 are my favourite. Dan The Conjuring.

Tapi tiga-tiganya dari pengarah yang sama, so jalan cerita & sinematografi agak sama.

Tapi kalau sekadar untuk hiburan, ape salahnya, kan?

Enjoiceeee Kak Noee. <3

xxxxxxxx said...

Regardless of personal preference, gotta give credit where it is due...you don't have to like what you believe is right B-)

aryu said...

Akak. Try drama korea la pulok. Hehehehe

hikari said...

aku cadangkan ko tengok cerita PREMIUM RUSH pun bagus. tak pun TRUE BLOOD.

hehe

AL NURUL ISWAN BIN MUSTAPHA said...

Bung Mokhtar! wakaka...

xxxxxxxx said...

http://www.universityherald.com/articles/7277/20140204/romantic-movies-reduce-divorce-rates-newlyweds-study.htm

Hanys Jehari said...

Noe, tgk la cite miracle in cell no 7. Kelakar, sedih.. Best!

Jumiyatul said...

Noe, kau try tengok series Orange is The New Black. Tak romantic langsung! Tapi takut kau terdorong nak jedi lesbo pulak nanti...hihihihii..

ddJaafar said...

warm bodies besttttt.

Byzura Mj (By) said...

oh my noe! ko mengibas kembali. ok jiwang sekarang. hahaha

BaTiK_PiNk said...

Part Bung Mokhtar tu dah tergelak kekeh2 dah.....omg! But seriously....romantic movie banyak pengaruhi emosi kita, like kita nak jadi watak tu sebab dalam real life kita tak boleh...so, let's dream on!

~bumbumbee~ said...

Sila tonton cerita cinta Thailand tajuk "A crazy little thing called love"

seriously akan terjebak dengan sangat syahdu gitu...seriously sila layan...memang sangat best kalo nak verangan... (^_^)

Qistin Fadzin said...
This comment has been removed by the author.
Qistin Fadzin said...

Yeahhhh... go for THE NOTEBOOK!!!
Trick mind your bagi alasan konon2 nak tgk abs Ryan Gosling jeee...

Lagi satu love story yg menyentap jiwa - Brokeback Mountain. Seriously. *klasifikasi horror movie jgk ni. :P

akiss. said...

500 Days of Summer best sbb bukan citer love story sangat, cuma cerita pasal Summer perempuan yang konon hati kering x percaya pasal cinta dan akhirnya berkahwin. my fav :)

Fahreen Fredo said...

Aku memang minat genre romantic. Kadang lepak sorang2 kat living room tu argh mulalah layan jiwa sorang2. Ade satu dua movie yang best sentiasa dalam pala otak aku jalan cerita dia. Kena carik balik nak tengok. HAHA

Reen Tart Nenas said...

tengok p.s i love you. confirm menanges. kalau menanges la :p hahaha

Twins said...

kak tengok tv series pulak, the vampire diaries. damaon salvatore hensem hehe

Fyza said...

salam kak noe

sila tgk serendipity n wicker park (ade josh harnett) ...eternal sunshine pn my fav ;))

Zinedine Zaiddin said...

Tunggu saya jadi politician..nanti Malaysia ada la politician hensem sorang. hahahaha

From: Day XX - Dah Lama Habis Dah

Ashypink said...

ok Twilight mmg aku suka gila...everyyear mesti tgk dgn kakak aku..somehow sedih gila bila takada..forever ok haha

noe pls tgk wedding planner kalo tak tgk lagila - j.lo dgn matthew mcconaughey the proposal-ryan reynold n sandra bullock-PA hensem yg tiba2 in love dgn bosnya yg paksa kahwin dgn dia sbb visanya nak expired dh..PA dia ni pulak rupanya anak org kaya hahaha

ps i love u tu pon kena tgk tangkap leleh nangis - mmg suka romantic comedy

Sarah Zulkifli said...

tak minat romantic bagai , layan cite paling romantik pon setakat mohabattein

nadia shaiful said...

KJ tu rasanya sorang ahli politik yang hensem.

xxxxxxxx said...

Anyone else wanna raise their hands? B-)

makcik tempe said...

dik boleh buat tutorial download movie tak ?

ujee said...

the proposal?
a walk to remember?
closer?

qistin fadzin: brokeback mountain..wuhuu...cite gay kan?tp aku tgk terbahak2...mcm klaka...kalo hubungan yg betull mmg romantika de'amore...


ms. noe..insidicious 2 tu dnlod ke..or dvd? boleh x bg link kalo leh dnlod..thanks

ninna kata said...

okey.. lepas tengok twilight aku cuba membayangkan ketika dimana saat bulu aku meremang tu, edward cullen yang bakal muncul.. dan bukan yang hodoh2 tersebut.. paling kurang pon biarlaa macam jasper ke.. takpon paling hensem jacob.. eh.. jacob pontianak ke?? dowh!!

Irfa said...

emm akak kalau tgk citer sedih, terbawak mood sedih berhari2
haru betul

Eja Yang said...


Maid In Manhattan paling best...

nancy said...

The last summer dan Preety women ....

afza said...

Silver Linings Playbook

Ezza Sim said...

The Vow maybe...