23.2.14

Darjat

Semenjak dua menjak ni aku cuba kan diri untuk mendekati perkara perkara remeh dunia seperti gincu misalnya. Aku lepak dengan penyelia aku yang merupakan seorang timbalan pengurus yang berumur 40-an bertopengkan 20-an. Dia banyak koleksi gincu dan dalam banyak-banyak gincu dia aku berkenan kat satu warna. Rasa best, warna macam kena dan lembab-lembab serta ringan di bibir. Jenama christian Dior dan lalu aku bertanya

"Cantiknya. Nak beli lah nanti. Berapa harga ni?"

"Ala murah je ni. Estimate dalam harga macam 2 pack susu anak awak,"

"Oh rm40?"

"Eh, awak guna susu apa?"

Kami bertentang mata. 



Sekian.






26 comments :

HaFizaH aYu said...

hehe terus tanya brand susu anak yer hurmmm

The wife said...

Kita memang tak serupa.

Krik krik..

Aishah Abd Mutalib said...

kan senang klu jwb jer trus soalan tu. payah btl klu org main jwb pertanyaan dengan perbandingan.

Leya said...

krik..krik...mungkin anak dia susu enfagrow kot

Irfa said...

kalau dutch lady 456 mcm anak akak, satu pek rm17,hihi
#akakpakaisilkygirlitupunsebatangsetahunbaruhabis

haidar abdullah said...

Yeah.. dugro ttp di hati

zara aulia said...

Perbandingsn terlalu random..pstu tersedar

Cik Nadz said...

Perbandingan..that awkward moment dan antara 2 darjat. lucu. Pernah terkena jugak tapi bukan pasal susu anak. Eh!:p

Farina Rashid said...

Uikkk, kawan aku pernah cerita kat aku perihal boss dia.
Boss dia ni pompuan yang single berumur 40-an ke 50-an kot (aku lupa, tapi dah tua gak la)
Boss dia ni pakai kete BMW.
Ada sekali Boss dia cite yang dia baru tukar tayar kete dia. Tak pastila bape bijik dia tukar.
Kawan kepada kawan aku ni tanya, "Berapa habis Boss?"
Boss jawab, "Adalah dalam sebulan gaji you !!!"

Berlagak s*^$ !!!
Hahahaha...

@ju said...

wah jawapan dia bukan main lagi ek...cakap ajelah stret harga gincu tu abis cerita kan...
Setakat harga 2 pack harga susu tu...boleh aje kalo nak beli kan Noe?
eh, akak pulak yang emo...huhu...

Noriza Razak said...

kalau Pediasure dua tin dah RM151.80 erm mestilah mahal tgk jenis lipstikla..

Petak Bunga said...

susu dutchlady jer..

Maszwin Mujahid said...

Anmum setin 70++.kalau 2 huhuhuhu..xmampu la pakai lipstik mahal2..murah2 sudah..huhuh

xxxxxxxx said...

Playing with the wrong color and you'll get saturated :-"

Fahreen Fredo said...

Hahahaha. Kalau tanye aku pon estimate harga rm40. Kah kah

Memang berdarjat la kite. Koh koh

hikari said...
This comment has been removed by the author.
hikari said...

anak aku dua2 minum susu dutch lady je.
murah.
senang dapat.
sedap pun sedap.

jimat duit. lebihan buat beli lipstik kristian dior.

sekian.

Nurul M. said...

susu anak ai 21.90 offer.offer lagi 20.90 satu pek.gincu pakai bertahun2 tak habis.sebab selalu tak pakai.malas.
0-10.
ai ni 1 je kot.

NeemoNeemo™ said...

Macam 4 tahun dulu neem kagum kawan ada iPad. Pastu dia cakap "alah, tak mahal, harga sama macam henfon je."

This was 4 years ago, and I was using Nokia 3120.

~ Cik Azz ~ said...

Mana lagi mahal..

Harga lipstik, harga susu atau harga sebuah jawapan..?

Kenapa mesti nak ada kona baring bila nak jawab soalan ehh..

*Dah bertahun-tahun tak pakai lipstik.. :D

mrs.smile said...

okey...pernah terkena situasi mcm nie!

cuma bukan di compare dengan harga susu hehehe

O'gosh Iskandar said...

err..heheh...maybe dia maksudkan susu enfalac..kihkih...pakai macam saya je..susu anak dutch lady...lipstick beli kat watson x pernah lbh rm40 dan tahan 6 bulan sebatang...cukup...

Rapunzel Cikilolo said...

saya dulu pakai dumex...

hahaha.

R.R.Z said...

x pakai lipstick..pakai lipbalm sajo
T_T

hukk..

Mar Mansor said...

erkkk...krik krik..
mendalam nih

Siti Aisya Ibrahim said...

lol.. :D