3.2.14

Istiqamah Seorang Gagalis

Rentetan hidup yang aku pernah tempuhi yang acapkali membuatkan aku terhantuk berkali-kali. Bukan sekali. Bukan dua. Bukan tiga. Banyak. Lepas satu-satu. Selepas jatuh di timpa tangga, dah kena timpa tangga tiba-tiba ada lembu lalu, berak atas kepala aku pulak. Habis busuk satu badan aku. Bertimpa-timpa. Sampai lah satu badai ke satu badai, akhirnya aku terduduk di sini.

Pernah dulu aku pasang azam nak jadi Isteri Solehah. Aku berharap nak mati sebagai isteri solehah. Aku buat apa yang patut seorang isteri solehah buat. Korang pun tau bagaimana method-nya. Aku cuba untuk menjadi sempurna. Masa tu aku bermisi, kalau tak dapat jadi wanita solehah tak apa, tapi aku nak jadi isteri solehah untuk suami aku sorang ja takpa lah. Tapi semakin aku nak jadi sempurna di hati manusia, semakin manusia mendambakan kesempurnaan yang hakikatnya aku tak boleh jadi pun.

Aku semakin sedar bahawa semakin kita nak jadi baik, semakin ujian datang bertimpa. Semakin setan syok nak goda kita. Dan sepatutnya, setiap kali di duga, aku kembali ke tali Tuhan. Malangnya pada ketika itu, aku berpaling ke arah yang membuatkan aku sendiri tak kenal siapa aku. Perasaan malas, putus asa, merajai hati aku. Sabar aku tak sehebat mana. Tak sehebat Siti Hajar sewaktu ditinggal suami di padang pasir yang gering. Ternyata aku bukan isteri Nabi. Aku berpaling untuk terus berusaha. Masih aku salahkan diri sendiri, walau orang cakap "stop blaming yourself". Tapi ego aku memang tak tinggi. Aku masih tak jumpa jalan keluar untuk aku berhenti dari menyalahkan diri sendiri.

Baru aku faham kadang aku nampak orang duk cakap "Doakan saya istiqamah, doakan saya istiqamah", sebab nak istiqamah ni mencabar juga rupa-rupanya.

Sekarang semua dah jadi. Aku tak boleh nak ubah sejarah. Aku tak boleh nak balik ke waktu yang mana-mana pun. Yang aku faham, aku kena teruskan hidup. Aku mungkin boleh jadi kuat. Tapi aku tak boleh jadi gembira. Aku tak reti. Atau mungkin belum reti buat masa ini. Aku bukan jenis berfoya-foya. Aku homie. Family person. Katak bawah tempurung. Macam mana kalau kau tak ada sesuatu, kau nak happy kan diri sendiri? Orang campak aku dalam bilik kosong tak bagi apa-apa, lepas tu orang cakap aku tak pandai gembirakan diri sendiri. Semudah nafas kita berkata "Allah ada," ya betul. Malangnya kita semua human attached sangat. Termasuk lah aku. Sedangkan Adam di Syurga pun retikan sunyi. Benda mudah nak fikir. Tapi zaman sekarang orang berfalsafah untuk nampak cool semata-mata.

Aku bercakap dengan rakan-rakan sekapal, aku dapat sedikit semangat baru. Aku baca banyak sumber, aku dapat semangat lagi. Aku dekatkan diri dengan Pencipta, dapat lagi semangat baru. Tapi semangat aku mudah hilang bila aku keseorangan. Mencari dan mencari dan sekali lagi aku terfikir, susahnya nak istiqamah ni.

Sekejam mana pun fasa yang aku lalui, sumpah, aku taknak duduk lama-lama di sini. Aku nak cuba istiqamah sekali lagi. Mohon tuhan beri aku peluang lagi dan lagi.

Aku nak bangun! Aku nak bangun! Aku nak bangun dan download movie banyak-banyak dan layan dari pagi ke malam sampai ke pagi!




Terima lah Hungry heart by Bruce Springsteen. Ya, aku baru nak tengok Warm Bodies ni.


16 comments :

AL NURUL ISWAN BIN MUSTAPHA said...

jika terlalu mengejar kesempurnaan, kita akan hilang jati diri dalam kesempurnaan itu. hakikatnya, tiada siapa yang sempurna. hipokrit semata. just be yourself.

NaniRostam said...

Atas nama manusia mereka ada nafsu dan keinginan. Kerana mereka insani kadang rasional kadang tak ketentuan. Kadang mahu ikut hati kadang ingin realistic. Tiada manusia yang sempurna walau dalam ingin berpura.


Memang.

Berpegang pada tali Allah harus meniti landasan yang betul. Namun laluan sering kali terlalu kecil sehingga membuat kaki tergelincir dan tubuh terhuyung hayang mengimbangi diri.


Itu adalah proses untuk diri menjadi lebih jati mencari redha Illahi.

Sukar.

Tidak mudah antara pura pura dan selamba.


Dua dua tidak mudah di diterima.


Tawakal.


Lalui hidup ini seadanya sambil diri selalu bertanya dan mengadu padaNya.

Lalu.

Setiap keputusan harus ada dateline.


Beri masa pada diri.


Beri masa untuk mengadili.

Dimana kita.

Dimana hati kita.

Semuga ada ketetapan olehNya

agar bahagia itu sempurna.

xxxxxxxx said...

If you need zombies to make your heart skips a beat again...hmm that's just plain sad b-( ...firstly, they simply don't exist...secondly, thinking the unthinkable won't get you outside of your bed...less dreaming, more living B-)

Alip Apai said...

Istiqamah memang susah. Allah lebih suka orang istiqamah buat benda kecil dari sibuk buat yang beaar tapi cuma sekali. Jadi mungkin kau boleh mula kembali dengan istiqamah yang sekecil kecilnya sbg seorang isteri,

chuya - the mother of A's said...

Noe.. kita xkenal each other.. tp kita pernah melalui sesuatu yg sama cuma xserupa.. kesakitan tu inshaallah buat kita matang.. kegembiraan boleh dicari...

Gembira bagaimana kita mahu.. gembira dengan anak2? Suami disisi? Keluarga? Kawan2? Atau... dengan yang SATU... kalau kita pilih yang SATU, kita mungkin boleh dapat semua yang diatas.. atau atlis separuh atau 3/4...

Doa dan terus berdoa.. gagal bukan maksud kita xberguna.. gagal tu allah beri sebab tahu kita mampu dapat kejayaan lebih baik dimasa akan datang...

Percaya.. allah berikan pelangi selepas hujan ribut... percaya k...

Kamu akan temuinya satu hari nanti dan kamu akan merasa "ahhh kesakitan itu rupanya indah"

mint_pudina said...

i dont have great words.

you're strong, dont worry about it.
you'll get through it.
everyone does.

time heals, kan..

ibu grace said...

salam Noe..ni kali ke-3 kot saya komen kat blog.

awak akan rasa kosong, tak happy bila berseorangan di rumah kan? ok lah mungkin di ofis ada kawan meja sebelah, lunch hour boleh keluar sekejap. dan bila balik rumah, awak tak happy

apa kata pindah duduk dengan mak, atau ajak mak duduk KL.

itu je yg saya rasa mungkin boleh bagi pendapat skit. Semoga Noe terus istiqamah dalam berusaha menjadi baik. Jika tak dapat di sini, tunggulah yang kekal nya di sana.

Salam..

hikari said...

nak pesan bersabarlah mungkin terlalu cliche.

berimanlah. jika tidak di sini, di sana masih ada harapan.

zara aulia said...

Noe jln hidup ni dah di tentukan...menyerah lah bila lelah..jgn paksa diri..

peej said...

if tak kuasa download tengok kat viooz.co pun boleh.
macam2 ada. paling best cerita zaman dulu2 pun banyak. sengih2 teringat zaman remaja :D

azeah hj.ismail said...

Noe,u jangan tinggai baca surah 'alam nashrah' everytime.. :]

ddJaafar said...

warm bodies.tak jemu la tengok.hahaha.

noe,ko kuat.aku tau ko mampu lalui hari2 dengan tabah.

ieda iedana said...

Salam,

Kak, jangan letakkan kebahagiaan atas manusia. sebab manusia sifat nya sementara, dan tidak sempurna.

letak kebahagiaan atas sang Pencipta, moga kekal sampai syurga.

Maybe akak tak sempat / terlambat jadi isteri solehah, tapi akak still berpeluang jadi ibu yang baik.

dan mungkin hikmahnya, dengan cara ini akak akan lebih kuat. Tuhan Maha Adil =)

*hugs*

anakpaksalleh said...


aku pernah raser aper ko raser...memang sakit raser nk lari drp semua nyer... tapi Alhamdulillah, kini satu persatu hikmah nyer terbuka.. syukur atas semua nikmat nyer n kini aku mampu tersenyum kembali :)

Ina Fahmi said...

Adeh...tak blh nk share lak

makansiput said...

Learn to unattached our heart from getting pleased by human. Instead, learn to.please Allah on eveything we do. It's hard. It really is. My turning point was listening to yasmin mogahed's talk on pain. Ada kt website dia. I finally learn how pain isn't always a disaster. And how at times we need that pain to remove obstacles that keep us away from jannah. May Allah forgive and guide us to His path.