19.2.14

"Kita tak boleh dapat semua"

Kawan-kawan aku semua comel dan prihatin. Bila aku dah single, ramai yang cuba merisik bertanya hal-hal;

"Takda pengganti ke?"
"Takda boyfriend baru ke?"
"Takda orang approach ke?"

dan kadang ada yang cadangkan lelaki yang macam ni. Lelaki yang macam tu. Jangan yang macam ni. Jangan yang macam tu. Ini baik. Itu tak sesuai. Pada hakikat semua manusia tak sempurna, tapi sebagai manusia juga, kita memang akan tenggelam dalam keinginan terhadap kebaikan. Dan dalam hal ni, kawan baik selalunya memang nak yang baik-baik sahaja untuk kita. Walau berkali-kali aku cakap, buat masa ni aku tak berminat nak 'mencari', tapi kawan-kawan aku keep on cakap akan hal yang sama. Benda-benda tu semua kadang-kadang menghiburkan. Kan aku cakap kawan-kawan aku semua comel?

Sampai lah ke satu soalan

"Okay, kau nak lelaki macam mana? Meh aku tolong carikan,"

Dan aku jawab

"Sedap mata memandang, boleh sayang anak-anak aku dan nak berkahwin sebab Allah,"

Pastu kawan aku jawab

"Ish, kita tak boleh dapat semua la Noe!"

Aku senyum angkat-angkat kening. Setuju. memang tak boleh nak dapat semua.

Tapi aku tak sebut pun pasal "lelaki kaya".


p/s: Perenggan ke 3. Baris ke-5. 5 ayat pertama dari kiri.










23 comments :

Linda said...

hihi..kann...takde pun cakap kaya :p Betullah kan kita mmg tak boleh dapat semua yg kita nak, kita akan dapat yang kita perlukan...insyaAllah :)

Irfa said...

emm adakah akak tertinggal bahagian ini? moga ketemu idaman hati ye

Mar Mansor said...

in sha Allah..setiap apa pun, kita cuba y terbaik..
jika sudah berusaha tetapi tidak juga berhasil, itu namanye bukan rezeki kita..
& dugaan setiap org berbeza..
moga terus hepy ya..

mizz miaizzati said...

tabah kan ati ye..cukup masa ada la kebahagian untuk kitaa...

Ashypink said...

speechless.follow noe dr misi5april lagi.pernah jumpa dekat sogo. dekat alamanda.speechless.but Allah knows best..

Zinedine Zaiddin said...

So....whats the answer of your riddle?

"Aku tak berminat nak mencari" ?

fiza zasmi said...

Perenggan ke 3. Baris ke-5. 5 ayat pertama dari kiri.

puas Fiza kira-kira.. hehehe.. goodluck kak..
good luck in every thing..

BIRU vs PINK said...

bertabahlah noe. semua org ada dugaan masing2. harap dapat menempuh dgn tabah.

Byzura Mj (By) said...

hanya Allah yang tahu. Bertabah demi anak ya Noe.

FataMorgana said...

terdiam kejap. ..

J u l i a 。.゜✿ said...

tak yah cari noe,
"janji Allah" itu akan datang sendiri.

itu pengalaman ju..

=)


UnaChenta said...

Kami doakan yang baik-baik untukmu lady noe.. Semua ini ada himah tersembunyi.. Love u strong lady!

xxxxxxxx said...

Tak 'payah' nak cari...satu je perenggan yg ade >5 baris...lagipun if it ain't broken@missing, don't bother fixing@replacing...

...tanah pun merah lagi Noe, tak payah nak desaturasi sangatla :-"

~ Cik Azz ~ said...

Allahu Akbar..!!!

Moga Noe makin sabar, kuat semangat dan tabah mengharungi hidup dengan anak2.. Bahagiakan diri Noe dan anak2 serta keluarga tersayang.. Itu yang lebih penting..



..nOWa.. said...

Semoga Allah berikan yang terbaik untuk Noe. Pada masa yang terbaik. Aamiin.

NuryaMohd said...

salam.. kenapa? apa dh jadi? tanah masih merah lagi? nk tahu cerita.... terkejut ni..

NuryaMohd said...

salam.. kenapa? apa dh jadi? tanah masih merah lagi? nk tahu cerita.... terkejut ni..

haidar abdullah said...

Ye. sangat terkejut

mummy_icha said...

Oh..

Hanys Jehari said...

Rilex rilex je.noe.
Allah akn bagi jugak nnt. Doa je.

Fahreen Fredo said...

Semoga tabah noe. :'(


Sayang kau.

ezzaty hassan said...

dah lama xmasuk blog ni. harini saya sedih terus rasa nak baca blog akak.. baru baca ni.. akak,takziah... syg akak semoga tabah .

O'gosh Iskandar said...

macam terkejut...saya selalu baca blog awak ni...kalau saya terlepas pun setiap kali singgah saya akan khatamkan semua entri walaupun x komen....tapi terkejut gak...anyway, i know u are strong...Allah x datangkan dugaan yang kita x mampu nak hadapi..bertabahlah Noe..