21.2.14

Perbandingan

Aku pernah ke kursus motivasi pembagunan bla bla bla entah apa tak ingat yang dikelolakan oleh organisasi aku sendiri. Aku tak ingat nama motivator tu tapi ada sesetengah ilmu yang dia sampaikan melekat dalam kepala otak aku. Salah satunya ialah;

"Tak ada sesiapa pun dalam dunia ni suka apabila dibandingkan. Kalau terdesak sangat nak bandingkan pun, bandingkan si pulan itu, dengan dirinya yang sendiri,"

Betul. Perbandingan adalah disaster dalam setiap hubungan dalam dunia ni. Hubungan ibu bapa dan anak-anak. Perhubungan pekerja dengan majikan sampai lah kehubungan suami isteri atau pasangan kekasih misalnya. Aku sangat takut kalau-kalau aku tercakap sesuatu yang buat anak-anak aku rasa macam aku membandingkan sesama mereka.

Kadang-kadang perbandingan itu terjadi pada perkataan yang sangat ringkas. Contoh waktu kita suap anak kita makan misalnya;

"Kakak makan la...tengok adik pandai, adik makan..kakak pun makan sekali la.."

atau situasi lain;

"Awak ni malas masak, cuba tengok bini Roslan tu hari-hari masak!"
"Awak ni layan saya teruk! tengok suami Fauziah tu tiap-tiap bulan bagi bunga!"
"Saya cemburu tengok boyfriend Ayu. Selalu belikan hadiah,"

Kau memang tak da niat nak bandingkan pun. Niat murni nak suruh berubah jadi lebih baik je konon. Tapi ayat tu boleh mencalar perasaan dan sekali gus meruntuhkan institusi sesebuah hubungan tu. Faham?

Berdasarkan kursus yang aku pegi tu, kata kuncinya adalah "Bandingkan dia, dengan diri dia sendiri,"

Contoh;

"Kakak makan la...dulu kakak suka makan..dulu kakak baik.."
"Awak dulu rajin masak..kenapa sekarang malas?"
"Awak dulu layan saya elok je.. kenapa sekarang lain..?"
"Deknoe dulu baik je..kenapa sekarang jadi macam ni?" 

Simple je kan? Itu pun motivator tu cakap kalau dah TERDESAK sangat  nak membandingkan. Last option dimana seelok-eloknya kalau kau nak nasihat atau tegur orang, kau ambil contoh-contoh yang nabi ajar. Atau ustaz ajar. Atau ulama ajar. Atau dari mana-mana sumber yang kita tak boleh nak lawan. Ya lah, kalau kau bagi contoh nabi, takkan dia nak lawan nabi kan? Dan yang baiknya kalau bagi contoh nabi ni, kedua-dua pihak boleh muhasabah. Sebab dia lah satu-satunya manusia yang sempurna yang kita kenal.

Kalau kau nasihat isteri kau, lepas tu kau bagi contoh isteri kawan kau, memang lah isteri kau marah, sebab keburukan yang dia ada, mungkin isteri kawan kau tu takda. Tapi kebaikan yang isteri kau ada, mungkin isteri kawan kau tu pun takda.

Manusia kan tak sempurna?

Kadang kita nak bagi nasihat, tapi tak kena cara. Kita rasa, apabila kita ni adalah 'pemberi nasihat' kita dah cukup baik dah. Kita rasa kita ni murni dah. Dan orang yang tak boleh terima nasihat kita tu lah yang paling salah di hati kita. Dan oleh kerana taksub akan nasihat tu kita cenderung nak membuat perbandingan yang akhirnya melukakan hati orang. Tak salah nak transparent. Tapi belajar lah jaga hati. Ingat, once kita dah kata perkara negatif kat hati orang, jangan lah paksa orang tu nak jadi positif untuk menerimanya.

Lillahi aku pernah terima emel yang bertanya, macam mana rutin aku dalam rumahtangga dulu. Macam mana aku tangani waktu. Ye lah aku bekerja sibuk, balik rumah aku masak, jaga anak, kemas rumah, layan suami tanpa gagal. Free free sikit pergi bercuti. Orang bertanya adalah akibat aku duk upload gamba kat instagram. Setiap kali lepas masak, aku upload. Dan bila orang dah mula komen "untungnya ada isteri rajin masak" aku dah mula rasa tak sedap hati. Nak-nak dia tu aku kenal adalah seorang suami kepada kenalan. Jadi aku berhenti upload gambar masakan dan apa-apa gambar yang menggambarkan rutin aku.

Tup-tup aku yang korang nampak elok bahagia, akhirnya ada kisah yang memisahkan kami. Bercerai juga. Berbaloi tak agak-agak korang membandingkan-bandingkan bini korang dengan aku? Kot la ada kan? Harap-harap takda.

Dulu aku pernah terlepas cakap kat Fandi yang buat dia rasa aku bandingkan dia. Dia freak out sangat-sangat masa tu. Aku memang rasa bersalah yang amat dan itu lah kali pertama dan terkahir aku terbandingkan dia. Dan syukur, Fandi tak pernah bandingkan aku dengan sesiapa pun. Aku bagitau ni sebab aku tanak korang anggap aku menulis kali ni adalah berkenaan dengan hal rumah tangga aku yang lepas.

Al-maklum lah, selepas semua terjadi, orang akan mudah nak reflek penulisan aku dengan apa yang dah jadi.

So, Ini memang topik general, ya.

Sekian.






25 comments :

Xuriana said...

i agree. i myself try my hardest not to compare my kids with one another. takut nanti ada yang terasa hati, jealous and demotivated.
lagipun dulu masa kecik2 kalau people compare me with my cousins or friends, i pun x suka. so dari situ i learn not to compare dlm segala hal.
begitulah ceritanya.

aNNor said...

kaknoe, walaupun kaknoe xkenal sy, tp sy sll bc blog kaknoe, post pasal tiang tu betul2 buat airmata sy menitis.xtau kenapa.tersentuh hati.xtau knp.harap kaknoe tabah.

Nurhanisah said...

saya pun agree akak! :)
kita pun tak suka kalau parents,kawan-kawan etc bandingkan kita dengan orang lain.tp kadang2 tak perasan yang kita pun buat benda yg sama tsk.a very good reminder indeed!

Irfa said...

telan air lior baca
sbb akak pun kdg2 bila marah angin puting beliung dtg, mulut tu laju je membebel,selalunya bndingkan anak2 je sesama sndiri.bandingkan suami belum lagi.huhu

Linda said...

terima kasih Noe...entry awak mmg selalu melekat dlm kepala otak saya ...hihi...saya suka, tulisan awak mmg best!

CAHAYA MATA said...

(-___-)"

ha'ah..tak niat nak bandingkan pun.. niat nk dia berubah je.. hukk hukk hukkk..

insaf..
insaf..

balik umah cium tangan minta mahapp... :(


.

zara aulia said...

hahaha..memang dasar mulut..selalu laju jerk nak cakap ....nasib ada yang tolong mengingat kan

afzan sky said...

Terima kasih atas entry ini.

Nurul Fahri said...

Betul saya setuju.
Kadang tak ada langsung niat nak bandingkan. Cakap tak fikir dulu .


Satu lagi nasihat yang akan lekat dalam otak sampai bila-bila.

Thanks Noe.

J u l i a 。.゜✿ said...

good entry noe.. =)

Maszwin Mujahid said...

Thanx kak..tips didik anak..laaa..sy pnh jgk ni banding anak2..huhuhu

Miz Dayah said...

nice entry sis. kdg2 kita tak prasan kan yg kita terbandingkan dia sbb sebnanye nak dia berubah. and solution yg akak bg which is compare kan diri dia dgn diri dia sendiri is gud...:-)

FataMorgana said...

No matter what happened you'll always be my inspiration. I gave up before this and I learned to do not lean to anyone. Thanks for your posts.

xxxxxxxx said...

...and as impossible as it may seem, try not to be an egomaniac when someone said something like, "takde yang lagi kiut daripade kucen preknen main tisu"...yeah, last time checked, the world's still revolving around the sun, not YOU b-(

mummy_icha said...

Kdg x dpt nk elak drp m'banding2kan wpun kita sndiri (kalau x bc entry ni pun nescaya) tahu yg kita x suka dibandingkan, jd secara fitrahnya xde sapa suka dibandingkan. Tp dah nama pun manusia ~ slalu lupa, terlajak kata, terlepas ckp, ter itu ter ini. Harap taubat diterima Tuhan, dan maaf diberikan oleh yg kita banding2kan tu.. Akak selalu mbandingkn diri sndiri dgn org lain yg lbh bernasib baik supaya akak berusaha utk jd mcm dia. Especially org yg rajin memasak, rajin bercantik2 utk self confidence, rajin mencuba byk benda dlm kekurangan yg ada, rajin berusaha kearah kebaikan. Pastu, akak suka jugak banding2kan husband akk dengan orang2 soleh yg suka habiskan masa dengan ustaz2 di majlis ilmu, lepak disurau, qiamullail, dengan tujuan supaya dia ikut jd mcm org2 tu. Akak rasa perbandingan yg mcm ni, dikira positif utk kebaikan kot? Kdg kita perlu cermin utk lihat diri sndiri. Tp selalunya cermin org lain juga yg byk menyedarkan kita..

Nadt said...

Betul..kadang2 bila da geram sgt tu yg terlepas cakap dan terbandingkan jugak suami dengan suami org lain. Sikit2 sy melenting cakap 'cik mok tu rajin je tolong bini dia kemas umah. Cik mok tu rajin cat dinding umah. Cik mok tu tak kisah pun penat ulang alik keja naik moto lebih 100km setiap hari. Cik mok tu..cik mok ni...bla..bla..' selalu sy bandingkan suami sy dgn cik mok smpaikan satu hari suami sy balas 'ayang jgn nk banding2kan abang dgn cik mok lg.' Time tu baru la terkedu, terus tersedar xbrani nk kondem lagi.

THE Unknown said...

serius..
jangan bandingkan anak dengan anak yang lain..
atau anak jiran,kawan,saudara atau sesiapa pun..
sebab nanti anak tuh akan rasa sakit hati,jiwa,tertekan,tidak dikasihi..
macam aku.
:(

Nad said...

kalau bandingkan sesama anak untuk bg mereka bersaing? ok tak? macam..

"adik, cuba makan banyak banyak macam abang awak. nanti boleh kuat. boleh main lawan lawan dengan abang"

Fahreen Fredo said...

Alamak. Aku penah buat ni. isk

Deqna said...

Salam.

Saya suka entry nie. Lepas baca ni saya tidak lagi membandingkan si adik dengan si kakak. But now saya bandingkan mereka dengan diri mereka sendiri... tq :)

Deqna said...

Salam.

Saya suka entry nie. Lepas baca ni saya tidak lagi membandingkan si adik dengan si kakak. But now saya bandingkan mereka dengan diri mereka sendiri... tq :)

O'gosh Iskandar said...

yup...comparison..worst than mengumpat pada saya....anyway, thanks for post..really wakes me up...

Anugerah Indah said...

suka juga

jom sihat

NuryaMohd said...

sy dulu masa remaja selalu mak bandingkan sy dgn maksu sy yg beza dlm 6tahun dgn sy.. mybe dia look perfect n mak sy nak sy tiru sikapnya yang rajin, dengar kata... tp masa tu sy rasa perbandingan itu adalah the worst feeling yang sy alami... sy seriously tk suka dibandingkan dgn maksu sy tu sbb wp btul ada kebaikan dia tu, tp oleh kerana ade keburukan dia tu yg sy tahu jadi sy menolak dlm diam pendapt mak saya tu... huhu... pendek kata perbandingan itu mmg menyakitkan...

test pen biru said...

Setuju sgt. Lepas nie tak mo banding2 la