27.3.14

Apa Yang Aku Faham

Islam tidak menyuruh umatnya mencari penyakit. Atau membiarkan hidup susah berlarutan. Islam selalu menggalakkan kita mengelak bencana. Berusaha untuk keluar dari kesusahan. Sekiranya kita tahu apa-apa perkara yang mengundang keburukan, kita dikehendaki elak atau cari jalan penyelesaian. Islam tidak suruh orang duduk di rumah sahaja tidak bekerja. Tidak ada janji rezeki itu akan datang bergolek dengan doa tanpa usaha. Islam tidak suruh berkahwin dan buat hal sendiri masing-masing tanpa usaha untuk kekal bercinta. Sebelum berkahwin pun, Islam suruh kita bijak memilih pasangan. 

Islam menyuruh kita berubat atau mencari penawar sekiranya sakit. Islam bukan agama yang menyuruh kita kekal dalam penderitaan dan bala bencana. Islam tak suruh kita menyeberangi sungai yang penuh bahaya tanpa tujuan apa-apa.

Qada' dan Qadar adalah apabila, seat belt dah pakai. Memandu hemah. Kereta pun elok tak barai. Sekali ada kereta lain langgar kita. Itu baru ujian. Sekiranya kerja pun dah rajin, disiplin dan konsisten, sekali kena buang kerja juga, itu ujian. Kalau dah usaha patuh, setia, taat, sabar, bercerai juga, itu baru ujian. Sebab dalam dunia ni bukan kita seorang sahaja yang hidup dan boleh berfikiran sama, atau berdaya usaha yang sama. Kau ikhlas, orang lain tidak. Kau drive bagus, orang lain drive macam syaitan - begitulah. 

Kalau sendiri tahu akibat buruk bagi setiap perbuatan, tapi kita buat juga - itu mencari penyakit namanya. Pada ketika kesusahan akibat kebodohan itu berlaku, itu adalah kifarah dan yang terbaik adalah diam. Muhasabah. Walau hati ingin juga percaya ianya adalah ujian, hakikatnya kita perlu membayar sejumlah 'harga' yang mungkin terlalu mahal untuk mendapatkan hikmah seperti yang diperkatakan. Dan hikmah yang kita perolehi adalah kerana kita Sabar dan bertaubat. Bukan kerana kita dah buat benda bodoh. 

Usaha adalah kata kunci bagi point yang aku ingin sampaikan.

Ini apa yang aku faham bila dengar DrMaza kat radio Era pagi tadi. 
Kalau salah tolong tunjukkan.




6 comments :

sarah said...

sebab tu kena fikir dulu sebelum bertindak..

Petak Bunga said...

selagi tak ditimpa musibah..selagi tu kita leka.
musibah tu kadang2 rahmat.

xxxxxxxx said...

http://youtu.be/NS0mYC3Q9Fw

Sylarius Yusof said...

Welcome to the real world. Kadang kita rasa dunia seperti tidak adil buat orang-orang yang berusaha. Kecewa tu memang ada. Tapi nak taknak, kena hadap juga. Sebab dunia ni jarang nak ada happy ending macam filem-filem Disney. Kadang-kadang je berlaku.

Phoebe said...

Salam sis. Well said indeed.

Siti Aisya Ibrahim said...

setuju dengan akak....kite sefahaman... :D