29.5.14

Perasaan Aneh

"Blog is so 2007" kelicap burung-burung di persada Twitter.

Tapi aku masih tenang nak menulis lagi. The thing is idea banyak tapi masa terhad. Aku tulis benda ni dari awal minggu, sekarang baru publish. Tanpa kisah ada orang nak peduli untuk membaca atau tidak, selamba aku kibas-kibas habuk yang dah berkumpul di atas 'permukaan' blog aku ni.

Aku cuma nak kongsi tentang perasaan aneh yang aku baru rasa baru-baru ni.

Kenapa aku panggil aneh? Sebab Wallahi aku tak pernah rasa macam ni. Aku cuba recall bila kali terakhir aku berperasaan macam ni, ternyata memang tak pernah tersimpan di mana-mana bilik dalam cerebrum aku.

Perasaan di mana aku dah tak rasa kebergantungan, tak mengharap, tak meminta pada mahluk yang rata-rata maha mengecewakan, dan perasaan di mana aku sedar bahawa hidup aku ni, hanya urusan aku dan pencipta aku.

Perasaan di mana aku bangun tidur dan yang aku tahu ialah setiap kebaikan yang aku rancang untuk lakukan adalah untuk Tuhan aku, dan setiap keburukan yang mungkin lantas aku lakukan adalah semata-mata untuk aku kembali memohon kepada Dia petunjuk.

Serius, perasaan ini aneh.

Aku tak tau apa nama bagi perasaan ini.

Cuba korang tengok video ni.



Logiknya ringkas : Sebuah kereta yang diisi jus oren sebagai bahan bakar yang menggantikan petrol. kereta kau takkan bergerak. Kereta kau mungkin akan rosak. Yang kau ada hanyalah sebuah kereta dan kereta semata-mata.

Begitulah hati dan kehidupan yang diisi dengan perkara yang selain dari Allah SWT. Apabila hati diisi oleh perkara dunia (duit, suami, isteri, boyfriend, kerja, dan duit lagi) yang menjadikan kedudukan Allah pada tangga yang selepasnya, hati kau akan rosak. Yang kau ada hanyalah hati dan hati semata-mata.

Berapa ramai diantara kita yang mengaku seronok tapi tak bahagia? Dan berapa ramai pula yang kita nampak susah, miskin, sunyi tapi sebenarnya mempunyai kebahagiaan yang tiada tara.

Sebenarnya kita dah tau semua ni. Tapi "Tahu dan Sedar" itu memberi impak yang berbeza dari segi makna dan pengertian. Kita tahu kita hidup memang untuk tuhan. Tapi berapa ramai antara kita sebenar-benarnya sedar yang hidup kita memang untuk tuhan?

Kau tahu dia banyak keburukan dan tidak baik untuk diri kau. Tapi kau dah sayang dan nak jugak bercinta dengan dia; kau sayang dia melampau lampau sampai tahap bila kau kehilangan dia, kau sedih beriya-iya. Tapi selepas jatuh tersungkur kena humban sakit pedih segala, baru kau sedar, yang, dia banyak keburukan dan tidak baik untuk diri kau.

Kita tahu semua perjalanan hidup ni dah ada template design, tapi sebagai manusia yang normal alpa, kau kena melalui pelbagai fasa demi fasa untuk sedar yang hidup ni dah ada template design and all we need to do is just follow.

Serius, perasaan ini aneh.

Aku tak tau apa nama bagi perasaan ini.

Cuma aku harap sangat-sangat, semoga perasaan ini kekal sampai aku mati.

Amin. Amin kan doa aku.








26 comments :

BLOG ANAK MAMA^^ said...

Lama tak bertandang kat sini...seriously aku pun rasa benda yang sama sejak mula minat layan ceramah2 Prof Muhaya...at the end.."redha yang ku tuju, Ilahi yang ku cari".. aku rasa bahagia bila itu yang aku dan suami paksikan. Sempat makan nasi ngn telur goreng boh kicap pun aku dah bahagia^^.

Aini Amir said...

aku budget ko dh xnak menulis. ingat ko aktif kat twitter. atau ko tgh pk idea nak menulis dlm buku desturasi merah jambu 2.

Ladynoe™ said...

AiniAmir:
Alo...baru sebulan tak menulis dah rindu kew. kohkohkoh

PetakBunga said...

selalu fikir pasal duit sb x kaya lg..
agaknya kalau dah kaya apa plk aku nk fikir?
aku x fikir lg sb x kaya.

sweet tooth said...

Amin...

reenapple said...

Aku pernah alami perasaan itu. Dan ia memang aneh. Dan bila ujian diturnkan pada aku, barulah aku sedar kita sebenarnya dicipta untuk beribadah pada Pencipta kita.

Yan said...

Setia menunggu utk baca entry2 noe.
Ermm.. perasaan aneh tersebut turut saya rasainya bila usia makin meningkat ni. Sering fikir dan berperang dgn jiwa sndr.

xxxxxxxx said...

Nothing last forever or at least remain exactly the same with the passage of time...but of course no harm in regulating the undulating trend via du'a and perseverance...ameen too to all who long for such an emotion o:-)

zella y said...

rindu sgt kat blog ni..
sy xde twitter nak follow..
xde IG nak follow

amin...saya doakan..

saya harap saya pun akan dpt benda yg sama..amin...

.dida mumin♥ said...

God grace...

haidar abdullah said...

Finally! Sy menanti awk menulis kembali..

Amin.

Mar Mansor said...

in sha Allah..

syuhadaa said...

Aku pun mahu perasaan semacam itu, Kak Noe!

meenyusuf said...

Noe..I'm glad you love the video.Stay strong sister and La Ila Ha Illallah

Nadt said...

Moga terus istiqamah. stay strong. :)

shidah said...

amin... utk penulis dan untuk kita semua para pembaca..

ladynoe, aku pun dah lama TAU, dan cuba untuk SEDAR, tp sedih sbb aku tau yg aku masih tak sedar2... mungkin sikit masa lagi aku akan SEDAR sepenuhnya...

ni semua nikmat dari Allah, untuk TAU dan SEDAR.

semoga kita terus tabah...

xxxxxxxx said...

http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140607/ke_02/Reunion-musnahkan-rumah-tangga-kami

ZAR said...

Perasaan ni nama dia,cugito ergo sum

Ninja Baker said...

serius aku pernah dianugerahkan perasaan ini .. seriously.. ANUGERAH!! selepas aku faham dan semakin faham .. barulah si DIA bukakan pintu2 kenikmatan yang tak pernah aku jangka.. nikmat dari satu kejatuhan!!! tahniah ladynoe!! seriously.. TAHNIAH!!

Fuzah said...

aminnnn....mendoakan yang terbaik...

xxxxxxxx said...

http://youtu.be/JAiNsvy-aA8

Liyana said...

Saya nak juga rasa perasaan macam perasaan kakak ni. Masih mencari. Tapi entahlah sebab malas, atau kurang sedar, saya rasa perasaan tu hadir hilang macam tu saja.

Cuma saya nak tambah satu, akak.

Kita selalu lupa yang anak-anak pun perkara dunia juga. Segala perkara dunia tu lah medium untuk ke Tuhan nanti. Jadi, soalnya, bagaimana nak constantly remind diri kita untuk jadikan dunia sebagai perantara kepada Tuhan, bukan destinasi?

Saya harap kakak tenang, dan saya harapkan saya pun tenang juga menghadap dunia. :')

kakcik lala said...
This comment has been removed by the author.
maz said...

Quates dari Radhi OAG kerap terngiang2 di hati sejak akhir2 ini "dunia ini tempat Meninggal, bukan untuk Tinggal"

intz said...

Saya pun tahu, tp kadang2 tak sedar. Saya teringin perasaan yg takde nama ni noe.

Siti Aisya Ibrahim said...

wahh...tinggi bahasa akak...dalam maksudnya...terima kasih mengingatkan saya tentang tujuan hidup di dunia ni... :D