18.6.14

Keikhlasan yang hampir mustahil

Apabila Tuhan menyeru umat manusia supaya ikhlas, aku dah tahu bahawa ikhlas adalah satu kata kerja yang bukan calang-calang senang.

Logiknya; perkara senang tak payah disuruh. Ianya akan berlaku sendiri by nature. Tapi betapa manusia itu berjuang dari satu bab ke satu bab, termasuk lah bab ikhlas dalam mengerjakan serba-serbi perbuatannya di dunia ini.

Berapa ramai antara kita bagi hadiah tanpa harap orang bagi hadiah kat kita balik? Berapa ramai antara kita bagi hadiah tanpa harap orang tu akan sayang kita macam yang kita mahu? Berapa ramai orang menolong tapi tak harap orang yang ditolong itu manipulasi kehidupan dia tanpa mengikut cara yang kita jangka? Berapa ramai yang acah-acah buat orang gembira tanpa harap orang yang sama menggembirakan kita balik? Berapa ramai isteri berbakti dengan harapan suami tak berpoligami?

Ada. Tapi hampir mustahil ada. 

Kadang-kadang mulut tak menyebut, tapi hati bercakap sorang-sorang. Betapa susahnya kau nak berada dalam landasan ikhlas tu, sampai kadang-kadang tergelincir sikit, kita akan senyap-senyap mengharap balasan dari manusia. Apabila perkara yang diharapkan tak menjadi, kita akan senyap-senyap rasa macam pertolongan kita tak berbaloi.

Pernah satu ketika dulu, waktu aku ditimpa susah, aku minta bantuan kepada manusia. Manusia yang satu waktu dulu yang sangat aku percaya, tapi sering menghampakan aku. Kadang-kadang bila dah tolong, pertolongan disebut-sebut, dan ganti diminta-minta. 

Bukan sekali dua aku jumpa situasi awalnya “let me help you” dah di akhiri dengan “You ingat I hamba you ke?”

Sampai satu waktu yang lain, aku ditimpa susah, dan aku merintih dengan Allah, tak lama lepas tu, pertolongan itu datang dalam situasi yang buat aku meremang-remang sendiri. Aku bukan ujub, tapi aku nak cerita dan nak orang percaya bahawa tuhan bekerja mengikut style-Nya yang misteri dan tersendiri. So apa-apa hal, minta kat Dia dulu. Dia dulu.

Dan;

peristiwa itu menjadi titik paling penting dalam hidup aku, yang menyedarkan aku bahawa betapa membazirnya hidup seorang manusia (kita semua) apabila usianya dihabiskan dengan mengharap simpati raih dari manusia lain yang rata-rata nilai keikhlasannya yang hampir mustahil.

Hampir mustahil.


9 comments :

Linda said...

mmm...pedulikan saja manusia, apatah lagi penghargaannya inikan pulak balasannya...yang penting dalam hidup ini bila kita mampu berjalan dalam landasan kemanusiaan...

xxxxxxxx said...

And naturally we 'believe' in the seen more than the unseen, deceit by the very sensory perceptions which purpose is to aid our journey through this transient world, habitually abused and misused into making ourselves become ungodly instead.

zella y said...

hurm..
xdinafikan..slalu bharap kpd manusia..dan manusia itu selalu menyecewakan...

thanks for the post...
tetibe tersedar..

Cik Sally said...

ladynoe, minta share ye..nanti saya letak link ke blog ladynoe..sy nk share ke tumblr..tq

haidar abdullah said...

Nampak susah kan?? Tak mengapa.. kita beri sepenuhnya kerana Allah. InsyaAllah :)

waiem said...

Tolong manusia jangan harap balasan manusia. Ikhlas tolong manusia sebab kita mahu Allah tolong kita bila kita memerlukan.

Kita mudahkan hidup orang, Allah akan mudahkan hidup kita.

Amalkan tu je dalam hidup. Insya Allah akan rasa happy :)

Nazirah Najib said...

apa yang selalu orng pesn kat saya. Jangn bergntung kepada orng sngt. sebb dia akan mengecewakn kita. Bergantung lah pada allah yang sentiasa mendengr masalah kita.



nazirahnaj.blogspot.com

xxxxxxxx said...

http://youtu.be/jv1qpxY-_AA

Ninja Baker said...

teringat kisah sahabat nabi yg perlukan garam.. dia pergi tunaikan solat sunat 2 rakaat di masjid.. mintak garam pada Allah.. otw balik rumah.. jumpa kabilah yang perlukan pertolongan utk angkat barang .. kabilah tuh takda benda nak bg pada sahabat tu, yg ada garam je.. haha..