16.6.14

Siapa Punya Pasal?


Manusia punya tahap merapu perangai adalah apabila menggunakan fizikal untuk menjadi bahan ejekan.

Dan lebih merapu lagi apabila diri sendiri yang merendahkan diri sendiri hanya kerana rupa dan bentuk badan idaman sendiri tidak seperti yang kita selalu nampak di majalah dan televisi. 90% warga manusia seluruh dunia dilahir sempurna ada 2 kaki yang boleh berjalan, 2 tangan yang boleh menggapai, hidung, telinga segala sempurna;

tapi hanya kerana gemuk; kita bilang kita tak sempurna
tapi hanya kerana hidung kemik; kita rasa "im not perfect"
tapi hanya kerana pendek; kita claim diri kita mempunyai kekurangan fizikal.

Kurus itu sempurna atas kata siapa?
Hidung mancung itu perfect pun atas kata siapa?
Tinggi itu kelebihan fizikal pun atas kata siapa?

Kita mengkategorikan fizikal kita (dan orang lain) kurang dan lebih macam otak letak kat luar kepala. Macam takda rasa malu mengkategorikan ciptaan Tuhan sesuka hati. Sakit hati aku tak habis setakat mendengar orang ungkapkan "Saya terima segala kekurangan fizikal awak,"

Okay apa kekurangan fizikal yang dimaksudkan? Takda kaki? Takda tangan? Hidung kat dahi? Telinga kat leher? Perut kat dubur?

Atau sekadar pinggul besar, perut berlipat, lengan berselulit, berbulu, rambut kasar, mata sepet, bergigi jarang dan kulit tak licin? Apa kena mengenanya sifat-sifat yang aku sebut dalam perenggan ini dengan 'kekurangan fizikal'? Apa yang kurang? Hanya kerana tak menepati citarasa nafsu kau, kau rasa ianya 'kurang'?

Silapnya kitaran manusia bermula apabila kita membenarkan orang menkategorikan keindahan perbezaan yang Allah kurniakan sebagai satu kekurangan dan ketidaksempurnaan. Dan kita membenarkan diri sendiri, mengecam diri sendiri hanya kerana perkara sedemikian.

Siapa punya pasal semua ni?

Televisi? Majalah kecantikan?

Bincang pakai akal yang paling dalam.

Silakan.





13 comments :

Sal Bee Yah said...

nica sharing kak...manusia selalu rasa diri sendiri tak perfect padahal Tuhan dah ciptakan takde cacat.terlampau terpengaruh dengan definisi cantik yang mainstream :)

KiD said...

manusia boleh adaptasi dengan kekurangan seseorang, tapi ia perlukan keberanian untuk terima kekurangan tu & kekuatan untuk abaikan apa kata orang.
tak ada manusia sempurna kan.

Na Rieana said...

Cuma nak cakap. saya suka tulisan anda ini.
jelas tepat dan mendalam.
well, kita semua sempurna namun kadang-kala manusia jua lah punca kita merasa kita tidak sempurna.
ada saja point yang dibilang tak sempurna.

Na Rieana said...
This comment has been removed by the author.
Shamriza said...

i love this entry..
tq for sharing..
now i have an idea how to react bila org kata saya tk cantik and gemok..

dyna syamsuri said...

thank u kak. betul. saya setuju. kita cepat sangat tengok yg kurus tggi itu cantik.kulit putih tu cantik. sy lebih bertenaga lps baca ni

Qiela said...

Lani dah ada push up bra - Nora Danish.

xxxxxxxx said...

Dah dibincangkan kat layar perak Holiwud..."Shallow Hal wants a gal" B-)

xxxxxxxx said...

http://youtu.be/9y3Fa_q1L9g

ZAR said...

imej visual.

haidar abdullah said...

Kalau dah dapat, tak sabar nak tunggu malam ke siang...

Mar Mansor said...

perbandingan y sering kita dengar dari iklan2..
"suami malu berjalan dengan saya kerana gemukssss"
apakah

diod pemancar cahaya said...

ouch.