15.9.14

Salam Sesuci Amboi Bersama Lifebuoy

Macam semua orang tahu, sebaik sahaja kita jadi ibu, atau bapa, kita akan jadi sedikit peduli dengan tahap kebersihan di sekeliling kita terutama sekali di rumah lah. Selagi tempat dan keadaan itu berada di dalam kawalan kita, sebaiknya kita akan jaga sebab taknak anak sakit dijangkiti kuman yang bukan-bukan. Fakta ni semua orang pun tahu. Tapi saja ja aku nak cakap nampak sikit macam educated kihkohkih. 

Okay untuk topik kali ni aku nak share tentang produk LifeBuoy yang aku dah guna sebagai ejen pembersih kami sekeluarga. Dari Hand Sanitizer, sampai lah ke sabun badan yang wangi dan mempunyai kuasa pelindungan terhadap bakteria. Bukan apa, kanak-kanak ni senang sangat terdedah dengan benda berkuman ni. Kadang-kadang, makanan dah jatuh pun diorang kutip masuk mulut. Pegang tempat kotor tak basuh tangan semula. Sebab diorang tak reti jaga diri sendiri pun satu hal. Sebagai ibu yang steady dan cemerlang, kenalah aku peduli lebih sikit akan hal-hal sebegini. Kena ajar mereka guna hand sanitizer misalnya kan. So mana kami pergi kami bawa hand sanitize sekali. Harap sikap ni terbawa sampai ke besar lah.


Lepas tu kan, kalau cakap tentang produk sabun anti bacteria ni kan, aku akan terus ingat Lifebuoy. Sebab? Sebab WANGIIIII..Memang ada produk anti bacteria sepertinya tapi bau tak sewangi Lifebuoy. Contoh macam sabun mandi ni, ia datang dalam 2 jenis iaitu yang seketul camni dan satu lagi jenis cecair pencuci badan.



Maklumat lanjut tentang Produk Lifebuoy boleh diterokai melalui iklan-iklan komersil yang boleh ditonton di sini http://www.youtube.com/user/Lifebuoy




Akhir kata dari kami tiga beranak, SEBARKAN KEMESRAAN, BUKAN KUMAN





No comments :