22.9.14

The Bidadari 2014


Seperti biasa, kalau benda-benda camni aku memang minat nak pergi. Kebetulan, ada masa, ada kemampuan, sihat badan.

Ini konvensyen Bidadari pertama yang aku pergi. Even ni berlangsung dua hari, 30 dan 31 Ogos lepas di Putrajaya International Convention Centre. Majlis ilmu ni disampaikan oleh ustazah dan pakar motivasi yang boleh dikatakan bagus juga. Ya tuhan bestnya aku harap ada lah kesempatan aku nak pergi di masa akan datang. Macam selalu, aku rasa macam nak kongsi dengan korang serba sedikit input yang aku dah catit. Tak banyak. Mana yang aku rasa menarik nak kongsi je.

Mungkin korang rasa ni semua common sense atau korang dah tau. Tapi takpalah, untuk refresh balik jiwa dan akal kita kan. Ok go;

Sesi Ustazah Ummi Rose

  1. Apabila kita mengejar dunia, dunia akan lari daripada kita. Tetapi apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita pula. 


Sesi Profesor Muhaya

  1. Kalau nak cari pasangan yang baik, cuba buat langkah yang ini. Tulis kriteria pasangan yang diingini, selepas tulis tu tengok balik, berapa kriteria yang kita tulis tu, ada pada kita? *wink*
  2. Jangan terpesona pada manusia. Berhenti idolakan manusia kecuali Nabi Muhammad SAW.
  3. Petanda orang yang belum bebas adalah dia hidup terlampau fokus pada dunia, contoh; sibuk sental sinki, ambil masa lama kemas rumah, tapi bab solat dan mengaji, sekejap je atau tak buat langsung.
  4. Tamak dibolehkan kepada dua perkara. Satu, ilmu dan dua, pengampunan Allah. 
  5. Kalau bangun tidur terus check phone, itu maknanya kita ada masalah dengan diri dan tuhan. Sepatutnya bangun tidur, ambil masa berdoa dan syukur kerana masih bernyawa.
  6. Bila kita nampak atau jumpa manusia tak sempurna fizikal atau sikap, ucapkan lah SUBHANALLAH, semua manusia pun tak sempurna.
  7. Kalau kita berhenti judge orang otomatik, kita akan kurang marah kat orang.
  8. Tak perlu sayang cium-cium laga pipi tiga kali tu semua buang masa. Amalkan Salam, senyum, Eye contact, selawat. Sudah. 
  9. Apabila kita diberikan kasih sayang, ianya secara automatik menguatkan fizikal dan mental kita. Perkara sebaliknya berlaku apabila kita tahu kita dibenci pula.
  10. Siapa selalu sakit seperti batuk selesema, bangun tidur doa lah mintak kat Allah supaya sihat selalu.
  11. Dalam hidup, kita selalu dapat apa yang kita jangkakan. Elakkan fikir dan cakap benda buruk. Contoh "Aku ni entah lah, rasa macam akan bercerai je." Itu doa. 
  12. Fikir baik, buat baik, rasa baik - DAPAT BAIK.
  13. If you're not happy todaym that means you're not grateful yesterday.
  14. Fokus diri untuk bersyukur. Setiap kejadian yang buruk menimpa; contoh kalau dengar orang mengumpat kita atau kita stress kerja, daripada kita fokuskan yang negatif tentangnya, cuba kita fokus untuk bersyukur. Kalau kita stress kerja, cepat-cepat rasa bersyukur mengenangkan ramainya penganggur yang takda kerja kat luar sana.
  15. Perbaiki diir sendiri daulu setiap kali kita rasa tak puas hati dengan orang sekeliling. 
  16. Orang yang takut/tak suka hidup seorang, adalah orang yang benci diri sendiri secara tak langsung. Jenis nak pergi mana-mana semua nak kena berteman misalnya.
  17. Jangan bajet bagus. (amboi)

Sesi Dr Rubiah K. Hamzah
  1. Bersahabatlah dengan Al_quran
  2. Ibu yang banyak kerja, adalah ibu yang pejabatnya di rumah. 
  3. Orang kaya yang tak ada semangat umpana unggun api yang tak pernah menyala
  4. Produktif tak datang sendiri, mesti usaha
  5. Kamu tak menyemai, mana mungkin kamu akan menuai
  6. Jangan menyusahkan diri untuk bersaing dengan lelaki. 
  7. Didik anak mengikut zamannya. Bukan zaman kita. (Aku rasa ini sangat aplicable terhadap aku dan kita ibu-ibu. Tak boleh dah kan nak buat style mak abah kita garang dulu. Lain zaman lain acunya)

Dr. Rubiah K. Hamzah. Dia ni kelakar. 

Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail 


  1. Setiap apa yang kita buat (kebaikan/ibadah), anggaplah ianya sebagai sesuatu yang kecil sahaja. Jangan pernah rasa cukup dengan amal kita.
  2. Pastikan anggota-anggota kita jadi saksi kebaikan kita (bukan keburukan) di mahkamah Allah kelak.
  3. Antara ciri wanita solehah yang mungkin boleh jadi panduan kita 
  • islam
  • beriman
  • taat
  • benar
  • sabar
  • rendah diri
  • rajin berpuasa
  • menjaga kehormatan
  • Banyak bersedekah
  • banyak ingat Allah

Ustazah Fatimah Syarha
  1. Dalam mendidik dan mengajar anak, takpa lah kalau anak jemu, tapi bukan kita yang jemu. (ini topik mengajar anak mengaji alQuran. Kalau kita ajar, mereka akan jemu, tapi kita sebagai ibu/bapa, jangan jemu. Sesekali jangan.
  2. Ajar anak buat pilihan. Contoh pergi ke pasar nak beli epal, tanya anak kamu "Nak epal merah atau epal hijau?" Efeknya dah besar nanti anak kita akan jadi orang yang boleh dibawa berbincang dan bermesyuarah. Now faham kan kenapa sesetengah orang tak boleh dibawa berbincang dan nak ikut kepala batu dia je?
  3. Yang menggambarkan harga diri kita sebenarnya bukan lah sifat luaran, tapi sifat dalaman lah yang menentukan nilai kita. Ambil satu botol kosong. Isi air mineral, kita akan jual dengan harga RM1. Ambil botol yang sama, kita isi madu, kita akan jual dengan harga RM60. Ambil botol yang sama, kita isi dengan air longkang, kita tak boleh jual langsung pun.


Hari kedua

Dr Nik Salida


  1. Rindu adalah RACUN kepada CINTA (bagi yang belum bernikah). Bila belum nikah, kita rindu, memang kita akan cenderung untuk buat perkara yang dilarang Allah. Sebab tu agama suruh kita segerakan menghalalkan perhubungan. 
  2. Bercinta sebelum dapat restu Ibu bapa adalah langkah yang salah. Patut kalau dah berkenan, sebelum terlanjur menyayangi bertahun-tahun, beritahu ibu bapa dulu. Jangan nak kawen, baru nak beritahu ibu bapa. Kalau ibu bapa tak restu, kan dah payah ceritanya. 

Sister Anne Djik

  1. Bila orang marah kita, sebelum jawab cuba SENYUM dulu. 

Ustazah Zawiah Hassan

  1. Islam tak pernah larang umatnya mencari kekayaan/harta/rezeki malah disuruh supaya berusaha. Ramai orang salah dalam konsep bersyukur. 
  2. Islam sederhana bermaksud; Perempuan dibolehkan keluar rumah, tetapi ada batas. Perempuan boleh berkawan dengan lelaki; tetapi ada batas. 
  3. Islam itu indah dan pengamal tak perlu rasa kecil dan ketinggalan dalam mempraktikkannya. Terutama dari segi pakaian, jangan rasa bila kita tututp aurat dengan sempurna, kita ni dah tak moden dan ketinggalan dari orang lain yang seksi dan sentiasa berfesyen.
Dr. Isam Rajab

  1. Lelaki yang baik dengan 1000 orang masih tidak akan dianggap baik di sisi ALLAH SEHINGGA DIA BAIK DENGAN ISTERINYA.
  2. PREVENTION IS NOT SOLUTION. Bermaksud, dalam mendidik anak-anak, dalam setiap apa yang kita larang; contoh kalau kita larang anak main game, tanpa memberi apa-apa alternatif kepada mereka hanya akan membuat mereka stress. ALTERNATIVE IS SOLUTION. Kena lah ibu bapa sentiasa kreatif dalam hal macam ni.
  3. Personaliti anak, akan mula establish apabila berumur 6-7 tahun. Jadi sebelum berumur 7 tahun, APAKAH YANG TELAH KITA CORAKKAN UNTUK MEREKA?
  4. Cuba, 1 jam sebelum tidur, jauhkan diri dari gadjet. Bukan anak-anak je. Tapi ibu bapa pun. Dalam tempoh 1 jam itu, pasangkan audio ayat-ayat alQuran. 
  5. Hiaskan rumah dengan audio selawat, nasyid dan bacaan ayat Quran. Bagus untuk perkembangan minda anak-anak.

Sekian sahaja ini je lah yang aku dapat kongsi dengan korang. Maaf kalau ada yang kurang. Terima kasih kerana membaca. Aku tak banyak bergamba sebab pergi pun sorang je. Ini je lah yang ada sikit itu pun sebab terserempak dengan kawan-kawan pembaca.


Yang mengandung, yang pakai jubah biru tu sorang je tau.


Hadirin hadirat sekalian

Yana ni tokey kedai jubah Yusra. 2 hari aku jeling-jeling jubah kat booth dia. Akhirnya aku beli juga 2 helai jubah. Selesa, cutting cantik. entah la mungkin aku baru lagi nak berjinak so rasa jakun juga. Fabrik jubah dari Yusra ni kan, macam sesuai dengan jiwa aku; seperti jeans, kodroi, linen dan bermacam lagi dari fabrik yang lasak la senang cerita. Benda baik perlu lah dihebahkan. Boleh jenguk sendiri ke www.yusra.my okay?



Dr. Muhaya kata, "Berhenti Ber-SELFIE!" aku kata "Kasi chan please?"

Okay bye.



22 comments :

FaiiYatt said...

Very inspired. Ada terkene sikit2. Hehe. Teringin jugak nak pegi aktiviti ilmiah cenggini..anak kecik2 lagi..cantik cangat noe skrg..serius cantik..bukan amik ati tau

Haqq dan Laeka said...

Lawanya :)

Terima kasih kerana berkongsi ilmu ya

sick child said...

cantiknye kulit ko T___T

intz said...

Salam awak,
Tahnaks ye share post ini, saya pergi bidadari tahun lepas, tahun ni tak berkesempatan, mujur ada insan mcam awak sudi nak share nota kuliah :)

:|: TinTa Kibod :|: said...

Salam & thanks Noe..
perkongsian yg bermanfaat...
setepek kena kt diri sendiri T_T...

CikLily Putih said...

info yang sangat bagus, ada yang terkena pada diri sendiri jugak...

nanti nak cilok sket ek.. untuk pedoman diri..

cik said...

Allahuakbar.
Kita pun pergi sorang jugak kak Noe.
Tp konvensyen tu mmg ohsem! pergi sorang pun selamba je. Speaker yang hebat2 masyaAllah. kita ada tambahan sikit bagi talk Ustaz Isam, "anything we want our child to do/ to be, we must do with them together, eat / pray / solat together.

Moga bermanfaat juga. Amin.

fitraa said...

hi.. saya salah seorang silent reader block awak. thanks for the info.. macamane nak pergi event2 mcm ni ye? boleh share tak? thank you.

Atikah Honeybee said...

thanx sbb share. good for me..

Faarihin said...

Alhamdulillah.. Banyak perkongsian yang saya dapat hari ini. Tak sia-sia blogwalking pada petang yang damai ini. Hehe.

Salam kenal tuan blog.. \[^__^]

~ Cik Azz ~ said...

Alhamdulillah, dapat jugak sedikit info.. Terima kasih atas perkongsian..

Suriya Majid said...

wow bestnya speaker..hopefully tahun depan ada lagi..noe, senyum kamu sepesen :D

Fashion Pria said...

Cakep :)

Anisa sarwani said...

dan aku kata "selfie la lagi"..kbaii

Siti Aisya Ibrahim said...

bagusnya input the bidadari ni... wahhh... :D

KhaiZa said...

yup... ada benda yang disampaikan tu kita dah tahu.. tapi biasalah kita ni alpa.. sekejap je ingat pastu.. Thanks sebab kongsi.. boleh refresh diri saya jugak.. sama2 mengingati.. InsyaALLAH.. amin

haidar abdullah said...

Terima Kasih sangat sangat sangat. Sungguh.

Mar Mansor said...

alhamdulillah..hari ini saya dapat ilmu..nak pergi jauh sangat..kalo tak dapat juga ilmu begini..

Rosalena Irma Alip said...

salam, boleh saya share notes bidadari punya talk ni tak? seronok baca :)

lala yusof said...

sangat2 berguna info ini, thanks akak

Natasya mohamed wazir said...

Ldy noe thank you for your sharing...nak jugk pergi program macam ni insyaAllah jika diberi kesempatan..

Ayat last sgtlah mencuit hati..:)

aishah said...

tgh stress keje + dok pikir memanjang pasal org mengumpat kt ofis.baca topik ni release trus stress.esp point prof muhaya.kena bersyukur kita ada kerja berbanding menganggur.thanx noe atas perkongsian.may Allah bless :)